Teaser 10

944 66 7
                                        

"Miya ... we need to talk."

Setelah meletakkan pelembap di muka dan mengemaskan rambut, Rosemiya menghampiri si suami yang menanti.

Berbanding kerusi bertentangan, Rosemiya memilih merapati Jazil. Bahu kiri lelaki itu dielus lembut. Tanpa amaran dia melabuhkan punggung di atas sebelah paha Jazil yang 'sihat'. Kedua-dua kakinya berlunjur di sisi kerusi sementara sebelah lengan disangga di atas bahu suami.

"Rose."

Jazil mengeras. Tubuhnya bagai disimen. Guli mata sahaja yang bergerak selari alir darah menderas mengalahkan air terjun. Tindakan berani Rosemiya benar-benar menyergah semangatnya. Sia-sia segala usaha menenangkan diri sendiri.

Harum rambut Jazil mengisi rongga hidung. Memejam mata, Rosemiya melekatkan pipinya ke sisi kepala Jazil.

"Err ..."

Hendak menolak, Jazil khuatir tingkahnya akan menyebabkan sesuatu yang buruk. Lebih-lebih lagi wanita itu sedang mengandung. Sudahnya, dia sekadar membiarkan Rosemiya menampan badan di atas pahanya. Memberi peluang untuk wanita itu menyingkap rasa yang terpendam.

"Bukan Miya tapi Rose."

Menjarakkan dada dari Jazil, Rosemiya menentang renungan lelaki yang masih pegun.

"You used to be special by calling me Rose."

Sweet Rose [TERBIT]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang