Teaser 2

1.4K 57 0
                                    

"Dua minggu abang kat rumah, takkan tak puas lagi pandang abang?" Tanpa mengangkat muka pun Jazil tahu ke mana terpanahnya sepasang mata milik Rosemiya. Sejak tadi, wanita itu lebih selesa membiarkan dia mendominasi ruang perbualan. Entah perkara apalah yang berlegar dalam kepala si isteri. Teringin juga dia mencari tahu.

Malu disindir begitu, Rosemiya senyum sipu seraya menggeleng. Kembali menyuap makanan ke dalam mulut.

"Takkan pernah puas. Esok abang pergi lagi untuk tiga minggu and you know what?"

Saat ini renungan kedua-duanya saling bertaut. Bermain mata untuk seketika.

"I'll miss you like an idiot for three weeks!"

Jazil tertawa kecil. Lucu dengan mimik muka Rosemiya yang bersungguh-sungguh. Siap dengan postur badan yang melengkung sedikit. Dada wanita itu rapat ke meja dek semata-mata mahu berbisik dengannya.

"Tiga minggu tak lama Rose ..." Hanyasetelah keadaan tenang semula, barulah Jazil berperanan menenangkan Rosemiya.    

Sweet Rose [TERBIT]Where stories live. Discover now