"Takkan kereta boleh mati tiba-tiba."
Jazil menekan butang kuasa untuk menghidupkan enjin kereta Rosemiya tetapi gagal. Diulang beberapa kali, masih juga tidak membuahkan hasil. Bunyi pendek seolah jeritan keseksaan sahaja yang bergema.
"Correction. Bukan mati tiba-tiba tapi tak boleh nak start."
Itu tujuan utama Jazil dipanggil ke mari. Mana hendak tahu enjin keretanya pula buat hal. Pada siapa lagi dia harus meminta bantuan kalau tidak dengan suami sendiri. Walaupun Rosemiya sedang merajuk.
Sebelum ini pun memang Jazil yang menguruskan keretanya. Memeriksa air, bateri, radiator, tayar itu adalah peranan Jazil. Membawa kereta ke pusat servis pun tanggungjawab si suami. Rosemiya hanya tahu memandu sahaja.
"Tak servis ke?" Kali ini Jazil memasukkan sebelah kaki, hingga sebahagian tubuh berlaga dengan si isteri. Memijak pedal minyak, butang kuasa ditekan. Masih juga enjin gagal dihidupkan.
"Tak tahu. Biasanya abang yang buat semua."
Balasan Rosemiya menarik keluhan dari bibir Jazil. Kepalanya tergeleng kecil. Kesal dengan sikap tidak ambil peduli Rosemiya pada kenderaannya. Perempuan tipikal. Kereta baru pun boleh jadi teruk kalau dimilikki orang-orang seperti Rosemiya.
Menarik tuil bonet hadapan, Jazil menjarakkan tubuh. Mencari-cari punca enjin tidak dapat dihidupkan. Dibiarkan Rosemiya duduk berkampung di bawah bumbung kereta.
![](https://img.wattpad.com/cover/149606815-288-k645844.jpg)
YOU ARE READING
Sweet Rose [TERBIT]
Romanceuntuk tujuan publish, farah terpaksa padam ceritanya. So, farah tampal teaser aje ya.