“Orang mengandung ni kena tunjuk perangai elok. Biar anak tu nanti mengikut benda yang baik-baik. Macam manalah nak jadi parent kalau benda kecil macam tu pun nak kena tegur.”
Sengaja Naura menaikkan oktaf suara. Melalui celah tingkap di hadapan singki, reaksi Rosemiya boleh diintip dengan jelas. Puas hati apabila si biras membentuk-bentukkan mulut petanda marah.
Berdesing-desing telinga Rosemiya diasak sindiran Naura yang seronok melancarkan serangan dari dalam. Habis sahaja semua pakaian dijemur, bakul laundry yang kosong diangkat lalu diletakkan di ruang membasuh. Setelah mencuci tangan, dia masuk semula ke dapur. Mencari Naura yang sedang membancuh minuman panas.
“Bab pendidikan anak-anak, bukan melibatkan parent aje tau. Orang sekeliling pun play an important role terutama mak saudara. So, kita kena sama-sama tunjukkan yang baik-baik demi kepentingan anak Miya dan bakal anak Kak Ngah.”
Geram yang mendongkol memaksa Rosemiya memilih untuk mengaitkan isu yang tidak sepatutnya dia sebut. Sensetif! Tetapi Naura juga sepatutnya tahu menjaga batas kata. Jika bukan kerana Naura yang meminta, dia tidak akan berani selancang ini.
***
Khas untuk Pesta Buku Kedah... Harga belum reveal lagi. Nanti bila dah tahu harga, saya akan buka untuk pre order.
Ni kompilasi dua cerita ya... 1 Sweet Rose, 1 lagi Kisah Baru dari penulis Laydee Amarfi.
YOU ARE READING
Sweet Rose [TERBIT]
Romanceuntuk tujuan publish, farah terpaksa padam ceritanya. So, farah tampal teaser aje ya.