"Tak baik lagi ke dengan cik abang?"
Maklum dengan masalah yang menimpa Rosemiya, Munirah mempamer kepedulian. Namun jika tidak ditanya pun dia tahu apa jawapannya. Kalau sudah berbaik, mana mungkin muka Rosemiya sekelat itu.
"Dia langsung tak pujuk. Entah-entah langsung tak tahu yang I tengah merajuk."
Bibir Munirah terkeluar ke depan, terjuih-juih mengejek Rosemiya yang tiba-tiba sensetif. Padahal wanita itu dikenali sebagai setenang-tenang orang. Ternyata perubahan hormon di dalam tubuhnya menukar mengganggu personaliti Rosemiya.
"You ... dengan orang hilang ingatan pun nak berkira ke? Kesian dia. He needs you."
Pendapatnya, Jazil baru mahu belajar menerima dan mengenali Rosemiya. Peringkat sekarang bukanlah peringkat yang sesuai untuk si teman melayan rajuk. Menambahkan rintangan pada lorong Jazil untuk masuk ke dalam hati Rosemiya.
"Memanglah dia hilang ingatan. Tapi hati tu ada lagi, kan? Tak boleh ke concern sikit dengan I yang pregnant ni? Bukan anak orang lain, anak dia juga."
YOU ARE READING
Sweet Rose [TERBIT]
Romanceuntuk tujuan publish, farah terpaksa padam ceritanya. So, farah tampal teaser aje ya.