"Awak lagi.."
"Miss tak reti cakap english.. What are u doing here? In my office?"
Okey. Mamat yang langgar aku tempoh hari. Dia gelar aku miss tak reti cakap english? What the.. Ergh. Aku terkejut. Terkejut beruk. Serius. Tak sangka boleh jumpa lagi.
Jap. Dia cakap 'in my office'? Okey ni tak lawak. Dia ke boss yang melalak tadi yang marah maki orang interview tadi? Okey. Sekarang turn aku mengadap dia. Serius ke wey? Aduiii.
Aku garu kepala yang ditutup dengan shawl. Entah. Aku mati kata.
"Err..saya tak.."
"Awak diterima kerja. Selamat datang ke Smart Diamond World. Dalam syarikat ini kami ju.."
"Saya minta maaf. Saya tak dapat terima jawatan ni.."aku potong percakapan lelaki ini.
Lelaki itu tenung aku tajam. Dia bangun dari kerusi dan berjalan ke arah aku. Aku cuak jugak lah. Pehal dia bangun?
"Kenapa awak tolak rezeki? Outside there many people want this job tau.. U got the job but u dont want? What is your problem?"
Amboii speak english ye. Ingat aku bodoh sangat tak faham. Tapi aku tengah fikir. Nak jawab pakai english jugak ke pakai Melayu je? Kang aku pakai english hancus lagi kena gelak. Em. Melayu jela.
"Kalau encik bagi jawatan tu kat saya semata-mata nak balas dendam. Encik silap ye. Saya tak nak jadi kuli encik di sini. Encik cari je orang lain.."
"Nope. I still want u to be my personal assistant. Only u.."
Serammmm. Serius seram. Pehal dia buat suara garau tu dekat dengan telinga aku. Sial betul. Jantung aku berdebar teruk. Pehal pulak jantung aku ni? Mungkin jantung aku pun seram dengan lelaki ni kut.
"Encik.. Dekat luar tu banyak lagi orang yang layak kan. Bagi je kat diorang.."
"Awak faham tak yang saya tak nak!! Saya nak awak je jadi p.a saya..faham bahasa tak? Saya cakap Melayu kan bukan english. Takkan tak faham.."marah lelaki ini. Aiskk. Dengan perli dia bagi kau. Kurang asam.
"Kalau saya tak nak jugak. Awak nak buat ape?"aku saja ugut lelaki ni. Nak tau jugak ape tindakan yang dia akan buat kalau aku tolak jugak permintaan dia.
Lelaki itu berdiri di sebelah aku. Dia tunduk sedang berfikir mungkin. Haa ambik kau. Aku silang tangan di dada. Kalau aku kat tempat dia memang aku akan cari orang lain je. Mesti akan ada satu yang lebih layak dapat jawatan tu.
"Saya masuk meminang awak.. "
"Haaa.."
Okey. Ini mengerunkan. Pehal pulak lelaki ni. Gila. Kalau aku tak terima jawatan tu dia nak masuk meminang aku. So aku jadi wife dia. Woii gila ke ape. Aku muda lagi kut nak kahwin. Tak nak. Mintak simpang lah.
"Yes. Saya jumpa keluarga awak dan masuk meminang awak. Senang. Awak nak jadi wife saya atau p.a saya? Pilih? Saya tak kisah."lelaki itu senyum sinis.
Aku dihimpit dua pilihan. Dua-dua buat aku pengsan dan sesak nafas. Kenapa dua-dua pilihan itu buat aku terseksa? Dua-dua pilihan tu aku tetap kena mengadap muka dia. Tak de ke pilihan yang tak de mengadap muka dia? Ye memang muka lelaki ni manis tapi aduii. Tak nak. Dia mesti pilih aku sebab aku pernah pekena dia dulu ni pasal english aku berterabur tu. Aduii. Semak.
"Tak de ke pilihan ketiga?"
"Jadi mama kepada anak-anak saya?"
Uish. Sah lelaki ni gila. Semua kena dengan dia. Ni kalau aku tanya pilihan keempat, mesti dia akan jawab 'jadi nenek kepada cucu-cucu dia nanti'. Tengok lah. Betul.
YOU ARE READING
BUAH HATI ENCIK BOSS
RomanceKisah percintaan antara encik boss dan staff kesayangan. Daripada bincang pasal kerja melangkah ke perbincangan peribadi. Daripada boss dan staff bertukar suami dan isteri. Mungkin enjoy. Tapi baca je. Cenggini 👍 kalau best. Komen kalau ada silap o...