BAB 5

5.1K 131 3
                                    

"Azhar.."panggil seorang wanita yang sedikit berusia. Orangnya rendah, kecil molek dan persis seperti wanita Arab. Comel aje.

Azhar yang baru masuk ke dalam rumah terus menoleh.

"Yes mum.."

"I'm hungry la. Beli lah something. Or u want to cook?"soal wanita itu.

Wanita itu merupakan ibu kepada Azhar, namanya Zaiton. Azhar terus duduk di atas sofa. Ammar sedang bermain dengan Mona di ruang tamu.

"I tired lah.."balas Azhar

"Kami lapar lahh. Nak makan ape hari ni?"

"U cook lah.."usik Azhar. Sengaja mahu mengusik ibunya. Sekali-sekala nak juga dia rasa masakan ibunya. Tapi itulah ibunya selalu sibuk dengan urusan perniagaannya. Biasalah prestasi teruk sikit kebelakangan ini.

"I Don't want laa. I also tired.."

"Yelaa.. nak makan ape?"ujar ibunya mengalah.

"I want chickennn.."jerit Ammar gembira.

"Ada chicken ke dalam peti ais?"

"Go and see laa.."jerkah Zaiton geram dengan anaknya yang duduk sahaja. Nak suruh masak pun liat. Yang nak makan pun dia jugak nanti. Headache laa.

"Azmi where?"soal Azhar mahu tahu. Sunyi pulak rumah ni malam ni. Azmi adalah abang sulungnya dan ayah kepada Ammar.

"He go out with father. They go eat.."

"Then, why mum tak ikut?"pening lah dengan mum ni. Diorang dah makan kat luar ikut lah makan kat luar. Kenapa nak jugak dia masak? Anak mum ni dah la penat.

"I tired lah. Go lah cook.!!"

"Yelaa..yelaaa.."

Azhar terus merajinkan diri memasak di dapur. Malam ini dia hanya goreng ayam, dan buat nasi goreng sahaja. Nak suruh Mona masak, serius tak sedap. Rela aku masak sendiri.

"Azhar.. u got new personal assistant ekk? Tak bagitau mum pun. How? She okey?"soal Zaiton mahu tahu tentang staff baru anaknya. Mereka masih di dapur.

Zaiton risau jika staff baru ini seperti P.A Azhar yang lama. Staff yang sanggup mengkhianati majikannya dengan memberi maklumat kepada orang luar. Disebabkan itulah staff itu dipecat serta merta. Memang geram. Azhar memang seorang yang tegas. Dia memang tidak akan bayar gaji staff yang kurang ajar macam tu. Baru tahu akal. Buat perangai lagi. Ambik kau.

"She..okey lah. Dia rajin sangat. Tadi dia tolong i buat kerja. Teman beli barang. She cekap know. Mum tak jumpa dia lagi kan? U should meet her. She was so pretty.."Azhar senyum manis sambil angkat kening.

"Like something special je.."Zaiton mahu korek rahsia. Dia turut sama senyum nakal. Manalah tahu anak lelakinya itu dah berhasrat mahu berkahwin. Ceritanya macam beria je.

Anak-anaknya semua sudah ada keluarga sendiri, hanya Azhar yang tinggal masih belum nak berkahwin. Anak sulungnya, Azmi sudah berkahwin cuma malangnya isterinya meninggal sewaktu melahirkan Ammar. Kini Ammar sudah berusia 5 tahun. Otak cerdik budak kecik tu. Sejak isterinya meninggal, memang kami perasan perubahan pada Azmi. Azmi lebih banyak diam. Dia jarang ambil berat tentang Ammar. Kesihatannya pun diabaikannya.

Anak keduanya, Amyra juga sudah berkahwin. Suaminya nama Azad. Mereka sudah 3 tahun berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata. Tapi dia sebagai ibu, memang tidak putus-putus berdoa semoga anaknya itu mendapat zuriat. Zuriat kan penyeri rumah tangga. Setiap suami isteri mahukan anak termasuklah anak perempuannya.

Anak ketiganya pula, Azhar. Hanya dia seorang yang masih membujang. Maknya pun tak tahu la kenapa dia masih membujang. Umur dah 28 tahun. Bukan muda dah. Bila ditanya, katanya mahu membeli rumah dulu la, kereta lah dan nak menstabilkan bisnesnya dahulu baru dia akan berkahwin. Dia hanya sibukkan diri dengan pekerjaan, kawan-kawan dan Ammar sahaja.

BUAH HATI ENCIK BOSSWhere stories live. Discover now