Selepas makan, aku ikut encik Azhar pergi meeting di sebuah restoran. Meeting dengan klien yang ada kaitan dengan projek dekat Selayang. Aku duduk di sebelah boss. Bosan betul aku.
Aku nak buat ape? Duduk tunggu boss je? Alahai bosan. Aku tongkat dagu. Nak bukak telefon, boss tak kasi. Mendap gila. Dah 30minit diorang bincang. Pungpangpungpang je aku dengar tapi aku tak masuk telinga pun. Dengar macam tu je.
"Make sure u prepare all my things. If u can prepare it before next week. Everything is okey! All okey! I dont want any problem. Next week i will join u all to setup the important things at there. So after that two of u can handle it without me.."terang encik Azhar panjang lebar.
"Okey Azhar. Dont worry. I will settle it all for u."balas seorang lelaki yang iras pakistan. Ada gaya sekali tengok macam gaya encik Azhar la pulak. Em. Entah. Encik azhar cakap meeting dengan klien. Klien tak macam gaya klien pun.
Klien en azhar sekarang, di depan kami sekarang ni seorang lelaki iras pakistan ni dengan lelaki cina. Aku? Diam je. Ni hal diorang. Aku tunggu arahan encik Azhar sahaja. Kalau encik Azhar suruh aku dengar, catat dan ingat memang aku buat.
"About the thing u order, dont worry. All i bring it next week to u okey. At selayang.."ujar lelaki cina itu pula.
Encik Azhar angkat ibu jari tanda 'bagus'. Amboi. Smart lah boss. Cayalah.!
Satu jam dah berlalu..
Aku termenung. Saja termenung. Tak buat ape kan. Mereka masih bermeeting. Bila la nak habis? Aku mengeluh sambil dah bersandar ke sofa. Bosan. Mata aku dah bosan memerhatikan orang-orang dalam kedai ni. Couple bersweet-sweet lah. Family dengan anak-anak yang bising lah. Bosan. Tengok orang jela mampu, nak tengok boss kang dua orang depan ni cakap ape pulak. Aiskk tak nak lah!
Encik Azhar toleh pandang muka aku. Aku tak perasan pulak yang dia pandang aku. Aku ralik perhati orang-orang dalam kedai ni.
"Zura.. Penat ke?"soal boss. Aku terus bangun. Duduk elok-elok.
"Em.. Mengantuk je."
Encik Azhar seluk poket seluarnya. Dia keluarkan not rm50 dan disua kepada aku.
"Belilah kopi hilangkan mengantuk tu.."
"Tak pela encik. Lagipun saya tak minum kopi.."
"Belilah air yang awak boleh minum.."
"Tak pe. Saya nak minum saya pakai duit saya je ye.."
Aku ambil beg tangan aku. Aku kalau boleh tak nak lah menyusahkan boss. Minum pakai duit boss? Idak lerr. Dia masih pegang not rm50.
"Okey. Orderkan air kelapa ais satu dengan milo ais 3."arah encik Azhar.
Aku kerut dahi.
"3? Saya tak nak kan.."
"Saya minum 2 gelas. Saya suruh order, buat je.. Boleh tak?"
Aku diam. Jeling. Aku ambil duit en azhar sua tadi. Aku bangun dan pergi ke meja order. Baru sehari kerja dah macam-macam aku kena dengan boss. Ergh. Stress.
Aku duduk balik setelah selesai order minuman. Tunggu pesanan sampai pulak. Haa.
"Awak tak order air ke?"soal encik Azhar.
"Tak dahaga.."
"Heh.. Degil betul!.."ujar encik Azhar perlahan. Dia pandang tempat lain. Aku jeling. Suka hati aku lah nak minum ke tak nak ke. Duit aku. Bukan duit orang lain. Tak pakai duit dia pun kan. Sibuk.
"Okey. Done for today. I hope we can cooperate to handle this project. Goodluck gais.."encik Azhar senyum. Dua lelaki itu pun nampak tersenyum. Amboi dah selesai bincang senyum sampai telinga ye.
YOU ARE READING
BUAH HATI ENCIK BOSS
RomanceKisah percintaan antara encik boss dan staff kesayangan. Daripada bincang pasal kerja melangkah ke perbincangan peribadi. Daripada boss dan staff bertukar suami dan isteri. Mungkin enjoy. Tapi baca je. Cenggini 👍 kalau best. Komen kalau ada silap o...