Aku dan En Azhar balik ke pejabat selepas selesai makan tengahari bersama Puan Zaiton, Amyra, Ammar dan Iqah. Puas aku menolak ajakan En Azhar tapi dia tetap nak aku turut serta makan bersama mereka.
"Awak tak makan dengan kami kan, awak tak hormat kami tau. Penat my mum datang nak makan dengan saya tau. Lepas tu awak tak nak makan pulak. Kesian my mum tau."En Azhar pujuk aku makan.
Aku sengih. Macam ugut je. Bukan tak hormat malah aku hormat en azhar dan keluarganya aku menolak. Aku takut menganggu mereka nak luang masa bersama. Siapa lah aku nak join mereka makan bersama. Aku sedar. Aku hanya pekerja. Mereka sekeluarga mempunyai sebuah syarikat besar dan beberapa cawangan kedai di merata negeri.
"Tapi kan..saya hormat en Azhar sekeluarga tau. En Azhar mesti nak luang masa dengan keluarga. Saya tak nak ganggu. En Azhar faham kan?"aku sedang dalam sesi berbincang dengan boss. Berdua sahaja. Kami berbincang jauh sedikit daripada yang lain.
"Takde ganggu pun lah. Awak PA saya. Mestilah saya ambil berat pasal awak. Makan awak semua saya kena jaga. Lagi-lagi saya dah janji dengan abah kan nak jaga awak betul-betul."
Aku jadi meremang kejap. Aku rasa En Azhar ni boss aku je bukannya en tunang aku tapi cara prihatin dia semacam. Entah kenapa aku rasa macam aku suka dia ambil berat pasal aku. Alahai. Hati tolong lah jangan cepat sangat jatuh hati.
"Ye saya tahu tu. Tapi kalau saya join ape kata family en Azhar.."aku cuba berdalih. Yela takut mereka tak selesa dengan kehadiran aku.
"Tak la. Amyra yang suruh ajak awak sekali tau. Cepat lah! Jangan melawan cakap sy boleh tak? Saya boss awak tau.."
Azhar keluarkan arahan. Eee kejam. Aku diam. Akhirnya aku turutkan sahaja. Aku duduk bersama mereka di meja makan. kami singgah beli makan di McD dulu sebab Ammar nak makan burger. Lepas tu kami ke restoran ini.
Aku perasan Iqah seperti nak berkepit dengan Azhar. Tengok lah. Sampai sahaja di meja makan.
"Azhar..u want to sit where?"tanya Iqah tersenyum.
Azhar masih memegang tangan Ammar. Dia kalih pandang Iqah.
"Here lah. Why?"
"I want to sit beside u. Hurry lah. Sit here.."
Beria-ria Iqah menyuruh Azhar duduk di sebelahnya. Azhar turutkan sahaja. Ammar duduk di sebelah kiri Azhar. Aku jeling. Malas nak layan. Aku duduk di kerusi depan Azhar. Sebaris dengan Amyra dan Puan Zaiton. Kami mula bincang nak makan ape.
Aku perhatikan sahaja gelagat Iqah yang banyak mulut. Ada saja topik nak cakap. Kami makan di restoran western. Tengok lah Iqah pun bersembang menggunakan bahasa Inggeris. Wow class sangat. Ingat aku low class sangat tak faham inggeris. Walaupun English aku hancuss tapi aku faham okey.
"Zura.. awak makan ketam tak?"soal Amyra sambil pandang aku.
Aku geleng. Baru aku teringat tadi En Azhar ada pesan ketam masak pedas. Mungkin Dorang perasan aku tak ambil ketam yang dah sedia hidang atas meja ni kut. Aku senyum.
"U tak makan ketam ke? Ruginya. Ammar pun makan tau. Cubalah u makan sikit. Sedap tau. U makan mesti nak lagi."
Azhar mahu mencubit sedikit ketam untuk Zura.
"Eh tak pela. Saya tak boleh makan pun. Alergik. Nanti kalau saya makan badan saya naik gatal-gatal. Saya tak boleh kerja pulak nanti. It's okey.."aku menjelaskan sebab aku tak makan seafood. Aku alergik. Kalau aku makan memang habis dari muka sampai hujung kaki aku akan gatal-gatal. Pastu aku jadi hodoh kejap lah masa tu.
"Sokay lah macam tu. I nak makan. Give ketam tu to me jela Azhar.."iqah potong cakap aku sambil dia menyuakan pinggannya ke arah Azhar.
Azhar pandang aku kejap. Dia berikan ketam yang dia cubit untuk aku tadi kepada Iqah. Iqah senyum puas.
YOU ARE READING
BUAH HATI ENCIK BOSS
RomanceKisah percintaan antara encik boss dan staff kesayangan. Daripada bincang pasal kerja melangkah ke perbincangan peribadi. Daripada boss dan staff bertukar suami dan isteri. Mungkin enjoy. Tapi baca je. Cenggini 👍 kalau best. Komen kalau ada silap o...