Keesokan harinya...
Aku baru bangun daripada tidur. Aku toleh pandang jam di dinding. Sudah pukul 10pagi. Mujurlah en Azhar bagi aku cuti sebab semalam balik lewat malam. Gila ke ape. Sampai rumah pukul 1 pagi. Dengan badan penat. Kalau tak dapat cuti memang tak larat aku esok nak pergi kerja. Nasib lah dapat boss yang memahami.
Aku menguap sambil duduk atas katil. Aku tak dengar sebarang bunyi pulak dalam rumah sekarang ni. Sunyi. Mesti diorang tak de kat rumah. Yela yang cuti aku seorang je. Yang lain mesti dah berambus pi kerja. Hehehehe.
Rindu pula dekat ibu dengan abah. Ape lah khabar diorang. Aku capai telefon aku.
'Assalamualaikum ibu..'
Send. Saja aku whatsapp ibu. Rindu dekat ibu. Lama aku tunggu. Ibu masih tak online. Aku dah mula rasa nak telefon ibu.
Telefon aku bunyi. Whatsapp masuk. Aku senyum. Ibu whatsapp.
'ye anak bertuah. Waalaikumussalam.'
'ibu sihat ke? Abah? Buat ape tu? Rindu lah kat ibu dengan abah. Nak balik sana jumpa 😢'
Aku memang dah lama tak balik kampung. Rumah family aku di Taiping. Aku di Kuala Lumpur. Jauh jugak nak balik ke sana. 3 jam lebih jugak perjalanan balik ke Taiping.
Telefon aku berbunyi lagi.
'alhamdulillah. Ibu sihat. Abah pun sihat. Samalah rindu. Balik lah sini lekaih..'
'otw...'
Aku senyum. Yela. Nak balik kampung lah kejap. 3 jam pun alaa hmm. Lantak lah. Aku balik lewat malam sikit pun jadilah. Janji aku dapat lepas rindu dengan keluarga aku. Boleh demam rindu aku kalau aku masih tak balik kampung. Nak siap lepas tu pi ETS kita pi zupppp pi Taiping. Kan.
Aku bangun cepat dan bingkas capai tuala untuk bersiap. Ibu dan abah tunggu akak balikkkkkk..
***************
Di pejabat...
Azhar termenung sendiri di dalam bilik pejabatnya. Entah nak buat ape hari ni. Jadualnya hari ni cuma siapkan folder syarikat je. Papa dah minta jadi kena lah siapkan segera.
Diana masuk ke dalam bilik pejabat Azhar dengan secawan nescafe. Diletakkan dengan cermat di atas meja berhampiran dengan Azhar.
"Terima kasih Diana.."ucap Azhar.
"Ye encik. Encik Azhar okey ke hari ni? Saya tengok encik hari ni termenung je. Susah hati ke? Ada masalah ke encik Azhar? Bagitau lah saya."tanya Diana prihatin.
Bohong lah kalau dia tak perasan. Hari ni Diana lah yang mengambil alih kerja Azura. Pagi tadi dia teman Azhar handle akaun syarikat. Dari pagi tadi dia nampak Azhar muram dan termenung lama. Macam tak de mood je. Alahai. Dah kenapa dengan boss pagi ni.
"Hmm.. tak de ape pun. Cuma...hmm.."
Diana tunggu jawapan Azhar. Memang dia ingin tahu ape masalah bossnya. Dah macam orang putus cinta pun ada gayanya hari ni.
"Ye cuma..."ulang Diana.
"Azura ada kat rumah tak sekarang? Saya ingat nak suruh dia masuk kerja lah hari ni."
Terconget bahu Diana. Laa tengah berfikir pasal Azura rupanya. Patutlah pun. Rindu P.A dia rupanya tu yang buat muka lagu tu hari ni. P.A tak de depan mata hilang semangat lah kut boss ni. Alahai sweet.
"Hmm.. rasanya ada lah kut. Laaa kenapa encik nak kacau orang tengah cuti. Biarlah dia berehat kat rumah. Kesian dia encik. Kerja sebagai P.A ni bukan senang."bebel Diana. Dia kesian juga dengan Azura. Balik lewat malam. P.A ni bukan senang.
YOU ARE READING
BUAH HATI ENCIK BOSS
RomanceKisah percintaan antara encik boss dan staff kesayangan. Daripada bincang pasal kerja melangkah ke perbincangan peribadi. Daripada boss dan staff bertukar suami dan isteri. Mungkin enjoy. Tapi baca je. Cenggini 👍 kalau best. Komen kalau ada silap o...