BAB 9

5.6K 123 5
                                    

Sebulan kemudian..

Aku dan Anna teman kak Diana berjalan di mall hari ni. Hari ni kami semua dapat cuti dan nasib baik lah boss baik hati kasi kami cuti. Jadi shopping lah sat sehari ni sebab Kak Diana memang tengah nak habiskan beli barang hantaran dan segala persiapan kahwin. Sekali tu boleh beli barang-barang rumah.

"Kak pening ni. Adoiiii..."kak Diana pegang kepalanya dengan kedua belah tangan. Aku dan Anna saling berpandangan. Dah kenapa dengan kak Diana.

"Awat kak pening? Pasaipa.."soal Anna mahu tahu ape masalah bakal pengantin baru ni. Awal lagi dah sakit kepala kak ni.

"Kak pening ni.. baju kak tak pi tengok lagi. Barang hantaran ada tak settle lagi. Nak beli span gubah, bunga, kain, alahaii mak..kak pengsan lah macam ni.."

Kak Diana acah nak buat pengsan. Aku sambut badan kak Diana. Ape kak aku ni?

"Ape kak ni? Sabar lah. Benda boleh buat slow-slow. Kenapa nak kena pening-pening kepala. Kami ada dengan kak hari ni. Kak jangan risau. Kita nak keluar satu hari ni pun boleh je. Selesaikan semua benda tu terus."jelas aku menenangkan serabut dalam kepala kak Diana. Memang free pun hari ni kan apa salahnya kalau habiskan beli barang terus.

Kak Diana terus tak jadi pengsan. Bersinar-sinar mata kak Diana pandang aku.

"Betul ni zura? Anna..kau teman kak sekali kan hari ni. Kau jangan nak ngelat. Janji ekkk.."kak Diana pandang aku dengan Anna dengan muka garang. Siap tunjuk jari depan muka kami lagi.

"Ye kak. Janji.."serentak aku dan Anna membalas. Kak Diana senyum lebar.

"Jom..kita pi cari barang hantaran dulu. Lets go girlsss.!!!"semangat pulak kak Diana berjalan sambil menari. Ape kak ni? Aku dengan Anna garu kepala. Hahaha lawak lah kak ni. Sat nak pengsan sat tak jadi pengsan.

Jadi aku dan Anna pun teman lah kak Diana masuk satu kedai ke satu kedai ke kedai yang lain-lain. Dan tukang angkat barang-barang kak Diana mesti sah-sah lah aku dengan Anna. Tak cukup 2 tangan kami ni kami angkat pakai gigi tahu. Penatnya. Satu barang kami pun tak de. Semua ni barang kak Diana je. Kak Diana riang gembira mencari barang. Kami ni terseksa rasa macam nak balik rumah je. Amboiii kak Diana sakan belasah kami hari ni.

"Kak..banyak lagi ke barang kak nak beli lagi ni?"soal Anna yang kepenatan. Kedua-dua belah tangannya sedang memegang plastik2 barang kak Diana.

"Hmm sikit je lagi. Sabar jap ye sayang. Korang boleh pegang barang lagi kan. Jom kita pi kedai depan tu kejap.."

Diana terus berlalu pergi meninggalkan aku dan Anna. Hampehnya kak Diana ni. Kejam. Aku pandang Anna.

"Aku penat dah ni wey. Aku nak pi toilet sat ni. Cemana?"

Serius aku pulak nak terkucil. Tapi takkan nak biarkan barang-barang ni dekat Anna. Kesian Anna. Kat dia pun dah penuh dengan plastik barang. Aku lagi lah seksa. Dengan angkat barang-barang ni dengan nak pi toilet pulak ni. Hujung dah ni tau. Aku dah terkepit-kepit kaki dah ni. Dah menari-nari pun ada.

"Kita hantar barang ni dulu kat kereta lah. Tu macam banyak je lagi barang kak Diana nak beli."cadang Anna.

"Kan..bak kunci kereta. Aku pergi hantar kat kereta.."

"Jom lah. Aku ikut kau.."

"Tak yah la. Aku pi sorang je. Kau teman lah kak Diana. Satgi kau tak control dia,gila pulak dia membeli barang. Aku tak tau la. Ni kenduri kahwin ke mencekikdarah."

Anna gelak dengan kata-kata aku. Dia bagi aku kunci kereta.

"Pelaq lah hang. Kau boleh bawak sikit tak barang yang aku pegang ni?"soal Anna pandang-pandang keadaan aku. Kut boleh sumbat barang kat aku.

BUAH HATI ENCIK BOSSWhere stories live. Discover now