Part 1
Sshhrrr...
Shhrrr!!
Shi Ming lantas menoleh ke arah semak di tebing sungai.
"Wargh!!"
Debuk! Bush!
Seseorang baru saja jatuh dari atas pokok ke atas tanah. Habis tercabut semua daun pada pokok tersebut. Ajaib. Memang cuma tinggal ranting pokok yang telah bogel tanpa daunnya.
Shi Ming terkejut. Lantas dia bangun dari berendam di dalam air sungai. Baru saja dia nak berlama-lama mandi disitu. Ada pula yang datang mengacau.
"Aduh!" rintih seseorang itu.
Shi Ming hanya memerhati. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah tebing sungai untuk mengambil pakaiannya. Namun matanya bagai tertarik pada sayap seperti burung dibelakang seseorang itu.
Sangat cantik dan berkilau.
"Ahh! Tak guna punya petir!" seseorang itu mula menyumpah seranah. Dari percakapannya Shi Ming tahu dia telah disambar petir ketika terbang dan akhirnya terkandas di tepi sungai.
"Huh?" tanpa disangka, seseorang itu menoleh ke arah Shi Ming.
Reaksi spontan, Shi Ming juga turut menoleh ke belakang. Tidak mahu seseorang itu melihatnya. Tapi Shi Ming lupa, dia masih belum pakai pakaiannya lagi kerana sibuk memerhati sayap seseorang tadi.
"Wargh!! Maaf!! Tak tahu ada orang mandi!! Maaf!!" jeritnya kelam-kabut sambil menoleh ke arah lain. Pipinya berona merah.
Namun dari ekor matanya, dia kembali mencuri pandang ke arah tadi. Kelihatan rambut putih yang panjang itu masih basah. Tubuh itu putih mulus dan nampak sangat lembut. Hati lelakinya terpaku.
"Sudah minta maaf, tapi masih mahu mencuri lihat diri Kita." ejek Shi Ming sambil menarik pakaian miliknya lalu dibalut pada tubuh. Dia keluar dari air dan naik pada tebing sungai tersebut.
"Eh?" dia terdiam. Matanya masih terpaku melihat si cantik dihadapannya itu. Sepanjang hidupnya, dia tidak pernah lagi melihat makhluk secantik itu.
"Perempuan..yang sangat..cantik." tanpa sedar, mulut nya memuji.
Shi Ming yang baru saja mahu beredar, terhenti terus langkah kakinya. Wajahnya bertukar merah. Walaupun dia selalu dipuji cantik, tapi tak pernah lagi dia dipuji sebagai perempuan cantik! Oleh lelaki pula tu!
Semua orang tahu penduduk di Wilayah Beku tidak mempunyai jantina yang tetap jadi mereka boleh bersama dengan lelaki atau perempuan. Oleh itu, tidak akan ada sesiapa yang berani meneka jantina mereka sesuka hati.
Shi Ming memasamkan wajahnya sambil merenung tajam ke arah orang yang telah memujinya itu.
"Huh? Wajah kau merah! Kau berendam dalam air lama sangat ke?!" lelaki itu bersuara cemas.
Hilang terus perasaan nak marah dalam hati Shi Ming. Apa yang lelaki ni mengarut?
"Air sungai tu sejuk, bukan ke Kita sepatutnya nampak pucat?" ujar Shi Ming.
"Eh, sejuk?!" si lelaki bagai tidak percaya lantas dia mendekati sungai tersebut lalu dicelupkan tangannya.
"Yalah.. sejuk.." wajahnya nampak teruja, bagai tidak pernah melihat air sejuk.
Shi Ming hanya memerhati dari tepi. Dari mana datang lelaki pelik ni? Macam tak pernah lihat dunia luar.
"Di Diyu, air semua suam atau panas disebabkan oleh lahar api dan gunung berapi." ujar si lelaki tanpa dipinta.
![](https://img.wattpad.com/cover/153664383-288-k214015.jpg)
YOU ARE READING
Lagenda Tiga Alam Dunia (Completed)
Ficção Histórica#BOOK 2 (DUNIA KAYANGAN) siri tiga alam dunia #sambungan love like flowers #please read love like flowers first atau tak akan faham jalan cerita~ #please read the prince and the dancer for behind the scene punya story~ Buku ini berlatar belakangkan...