Part 1
Lan Jiayi memegang dadanya yang terasa perit secara tiba-tiba. Dari mulutnya mula mengalir cecair merah. Dia memuntahkan darah dan akhirnya tertunduk kelesuan di pertengahan jalan. Jantungnya berdebar hebat. Dia tahu, dia sudah terlambat.
Namun langkah kakinya digagahkan juga berjalan. Sedikit saja lagi. Sikit lagi. Dia sudah berada di kawasan perumahan Hann Li. Dia cuma perlu bertahan. Dia perlu kuat. Dia tidak boleh hilang begitu saja tanpa melihat anaknya yang seorang itu.
Sampai saja, Lan Jiayi terdiam. Situasi di hadapannya itu begitu meruntun hati sehingga Lan Jiayi terjatuh melutut. Dari jauh dia sudah perasan namun entah mengapa sukar untuk dia percaya. Tapi bila berdiri betul di hadapan, dia tewas dengan perasaan sendiri.
Lan Jiayi menyentuh tubuh di dalam dakapan seorang gadis itu.
"Dali..Dali.." sejak awal hingga akhir, gadis itu tidak pernah berhenti memanggil lelaki tersebut walaupun dia tahu yang panggilannya tidak mungkin lagi akan dijawab. Dia mendakap Hann Li bagai harta yang tidak ternilai.
Air mata Lan Jiayi menitis. Kali kedua dia menangis. Pertama kali dia menangis adalah saat kematian Shi Ming.
"Shi Ming..kau..tahu apa yang kau dah buat?" soal Lan Jiayi pada wanita yang terduduk tidak jauh darinya.
Wanita yang tertunduk sejak tadi mendongakkan kepalanya. Matanya membuntang bulat saat melihat wajah yang dirinduinya itu.
"Tidak.. Tidak! Tak mungkin! Aku nampak kau mati dengan mata aku sendiri! Dia pembunuh!" Shi Ming mula hilang kawalan.
Betul tu. Dia melihat sendiri Lan Jiayi dibunuh oleh Dewa Maut yang baru itu. Dia telah berjaya membalas dendam. Jadi kenapa..Kenapa Lan Jiayi masih hidup?
"Shi Ming.. Apa yang kau lihat hanyalah ilusi yang dimainkan oleh Yurong." Lan Jiayi mengetap giginya. Tangannya digenggam erat sehingga kukunya tertanam ke dalam tapak tangan dan darah mengalir.
Lan Jiayi mengeluh. Dia tidak boleh salahkan Shi Ming juga. Sama seperti Lan Jiayi, mereka berdua telah dipermainkan oleh Yurong.
"Tidak..tidak.." Shi Ming menangis. Wajahnya basah dengan air mata yang mencurah-curah.
"Dia..anak kita berdua. Hann Li." ujar Lan Jiayi.
Shi Ming menggelengkan kepalanya. Mulutnya ditekup dengan tapak tangan bagi menghalang dirinya dari menjerit. Dia rasa bagai mahu menjadi gila. Bukan. Dia memang sudah gila diperalatkan oleh Yurong, kawan baiknya sendiri.
Part 2
Dia masih ingat, anak yang dia kandung. Saat dia mengandung, dia sentiasa mengusap perutnya sambil tersenyum.
"Anak bonda, anak bonda.. Membesarlah jadi anak yang baik." bisik Shi Ming.
Dia masih ingat, anak yang dia sayang. Anak yang dia sanggup gadaikan nyawa untuk memberi peluang supaya anak itu dapat meneruskan kehidupannya.
"Anak bonda, anak bonda.. Lepas ni kamu akan bersama Fu Ki Qin. Dia akan jaga kamu. Maafkan bonda." bisik Shi Ming.
Anak bonda tercinta. Anak bonda yang disayangi.
"Aaaa...waaa....!!" Shi Ming meraung. Akhirnya rasa sesak dan sakit di dalam dadanya itu adalah kerana ini.
Kerana lelaki itu adalah anaknya.
Kenapa dia terlalu lambat menyedari perkara tersebut? Kerana penipuan dan dendam, dia lupa satu perkara penting.
Dia dan Lan Jiayi mempunyai seorang anak bersama.
Lan Jiayi melihat wanita di hadapannya itu dengan mata yang berkaca. Rasa sesal. Namun kini dia tidak punya sebarang kekuatan untuk mengubah semula semua yang telah terjadi. Begitu juga dengan Shi Ming. Mereka hanyalah orang biasa. Bukan lagi dewa atau dewi.
"Shi Ming.." panggil Lan Jiayi namun apa yang berlaku selepas itu mengejutkan dirinya.
Shi Ming telah mengelar dirinya sendiri.
Lan Jiayi bingkas bangun dan menyambut tubuh Shi Ming yang melayang jatuh.
Diam.
"Kenapa.." air matanya menitis jatuh dan mengalir pada pipi Shi Ming.
Tubuh wanita itu didakap erat. Masa Lan Jiayi juga sudah tidak lama. Dia telah berada di luar dari Diyu lebih dari yang sepatutnya. Darah membuak keluar dari mulutnya dan seluruh tubuh Lan Jiayi kini semakin lama semakin menghilang.
Lut sinar. Jika dilihat, pemandangan di belakangnya kelihatan. Tubuhnya kini tidak lagi dapat menyentuh sebarang benda dan lama kelamaan dia lesap dan hilang begitu saja sambil memeluk tubuh Shi Ming. Wanita itu juga turut sama hilang ditelan angin lalu. Kesemuanya seperti tidak pernah wujud.
Kelip-kelip malam berterbangan walaupun hari masih siang. Langit biru yang cerah semakin bertukar gelap selepas beberapa lama. Seorang gadis masih memeluk tubuh yang kaku tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.
Part 3
"Dali... Mika janji yang Mika akan bersama Kita."
"Dali.. Ingat tak, Mika cakap Mika cintakan Kita?"
"Dali.. Kalau cinta kenapa pergi tinggalkan Kita?"
"Mika penipu."
"Dali..bangun.."
"Dali, sampai bila nak tidur?"
"Dali.. Kalau Mika masih tak mahu bangun.. Kita.. Kita tak mahu bercakap dengan Dali lagi."
"Dali, maafkan Kita. Kita bergurau. Kita masih nak bercakap dengan Dali."
"Bangun la."
"Balas la."
"Kita dah minta maaf. Mika marahkan Kita?"
"Sebab tu tak mahu bercakap dengan Kita?"
"Ah, Kita tahu.. Sebab Kita tak ingat apa yang berlaku di masa lalu?"
"Maafkan Kita. Kita ingat. Sebenarnya Kita sengaja buat-buat lupa. Sebab bila Kita lihat Mika yang bersungguh-sungguh buat Kita rasa nak buli Mika."
"Mika masih ingat? Dulu Mika selalu buli Kita. Dasar perasan, tak tahu malu dan tak sedar diri."
"Masa pertama kali Kita jumpa Mika, Kita benci sangat dengan Mika. Sebab Mika malukan Kita."
"Lepas tu Kita cari Mika sampai ke Negara Li. Semuanya untuk balas dendam."
"Tapi Mika tak ingat Kita. Perasaan Kita masa tu sedih sangat. Akhirnya Kita lupa pada dendam tu."
"Sejak tu entah kenapa Kita asyik fikirkan Mika. Mika penuhi dalam minda dan fikiran Kita."
"Bila sedar, Mika dan menyelam masuk dalam hati Kita."
"Mika memang lelaki tak guna dan tak tahu malu. Buat apa saja supaya Kita jatuh cinta pada Mika."
"Ingat lagi bila Mika bawa Kita ke bilik Mika? Sebab tu semua orang salah faham. Mika menyusahkan hidup Kita."
"Sampai Kita sanggup tinggalkan keluarga Huo di Gunung Wu untuk bersama Mika."
"Sampai Kita sanggup gadaikan nyawa untuk ubah takdir Mika."
"Semuanya demi Mika. Jadi kenapa.. Kenapa Mika tinggalkan Kita?"
"Li Er. Bangun. Kita takkan berpura-pura hilang ingatan atau lupa lagi."
"Kita sebenarnya dah ingat semua memori kita yang dahulu."
"Maafkan Kita."
"Kita masih belum beritahu Mika lagi."
"Li Er, Kita cintakan Mika."
.
.
.
.
.
.
."Kalau Mika tak bangun.. Kita akan jadi pendeta di Wilayah Beku dan tak berkahwin selamanya. Kita akan mati keseorangan. Kita ugut Mika ni. Bangun la. Mika nak tengok Kita jadi pendeta ke?"
"Mika memang lelaki tak guna."

YOU ARE READING
Lagenda Tiga Alam Dunia (Completed)
Ficção Histórica#BOOK 2 (DUNIA KAYANGAN) siri tiga alam dunia #sambungan love like flowers #please read love like flowers first atau tak akan faham jalan cerita~ #please read the prince and the dancer for behind the scene punya story~ Buku ini berlatar belakangkan...