Epilogue

770 54 28
                                    

"A-Xian, jadi budak baik." pesan pendeta itu sambil tersenyum. Pipinya diusap oleh pendeta itu dengan penuh kasih.

Shi Xian mengangguk. Dia memandang pendeta di hadapannya itu. Jarang sekali pendeta itu tersenyum. Jika dia tersenyum, maka bermaksud musim bunga akan tiba di Wilayah Beku. Cuma saat ini sahaja dia dapat melihat senyuman milik pendeta Wilayah Beku itu.

Sudah 450 tahun berlalu sejak ais mencair. Sumpahan di Wilayah Beku telah terlerai. Kini setiap sebulan pada setiap tahun akan ada satu musim bunga. Walaupun tidak seperti musim bunga di tempat lain, penduduk di Wilayah Beku masih gembira.

Musim bunga mereka hanya sekejap. Malah, bunga yang tumbuh pula tidaklah semekar di tempat lain. Salji masih ada. Apa yang menambahkan tarikan adalah bunga yang tetap mahu tumbuh walaupun dilitupi salji. Pokok-pokok tetap rendang dengan daun hijau walaupun ada sedikit salji di atasnya.

Suasana masih sejuk walaupun tidak sesejuk di waktu yang lain. Saat musim bunga tiba adalah saat di mana semua penduduk di Wilayah Beku bergembira. Selepas pemergian Dewa Agung Fu Hann Li, seolah-olah dia mahu memberitahu pada seseorang supaya jangan bersedih, musim bunga muncul di Wilayah Beku.

Sesuatu yang sangat ajaib dan tidak pernah terlintas di fikiran orang lain. Wilayah Beku yang dilitupi ais dan salji sepanjang tahun itu akan menikmati musim bunga! Walaupun untuk sementara, semua orang masih bergembira.

"Jiao Shi Xian! Jiao Shi Xian!" kedengaran suara kanak-kanak berteriak di hadapan kediaman pendeta.

Shi Xian menoleh ke arah pintu. Bagai tidak sabar mahu keluar, dia memandang semula ke arah pendeta di hadapannya itu dengan mata bulatnya.

"Pergi la."

Selepas mendapat kebenaran, Shi Xian tersenyum dan berlari keluar dari kediaman pendeta. Dia melambai ke arah rakan-rakanya.

"Jiao Shi Xian, ada bunga yang dah tumbuh di pergunungan belakang kawasan sana! Jom!" ajak salah seorang dari mereka.

"Bunga pertama! Kita dah jumpa dulu! Ahaha!!" salah seorang lagi ketawa seronok.

"Ah, jadi betul la musim bunga sudah tiba." ujar Shi Xian apabila dia teringat akan senyuman pendeta.

Dia mengikuti langkah rakan seusianya berjalan ke arah kawasan pergunungan. Jika mereka melintasi pergunungan tersebut, di kawasan sebalik sana merupakan Wilayah Qin Yian. Wilayah yang diperintah oleh Demon Beast. Disebabkan itu, pergunungan tersebut dinamakan sebagai Qi Sui. Separuh dilitupi salji, separuh lagi dipenuhi pokok-pokok hijau sepanjang tahun.

Di atas kawasan pergunungan itu juga didirikan sebuah institusi pembelajaran. Disitu merupakan tempat anak-anak dihantar untuk belajar. Tidak kira dari Wilayah Beku atau Qin Yian, semua dihantar ke situ. Walaupun institusi tersebut tidak terkenal seperti pusat akademik yang terletak di Wilayah Utama, mereka masih berpuas hati. Institusi tersebut merupakan kebanggaan Wilayah Beku.

Shi Xian dan rakannya berhenti apabila sampai di kawasan tempat bunga pertama mekar. Masing-masing memandang dengan penuh teruja. Entah berapa lama masa berlalu, akhirnya Shi Xian menegur rakannya.

"Sekolah akan mula tak lama lagi. Apa kata kita semua balik dulu untuk bersiap?"

"Alamak! Lupa la Kita perlu ke sekolah!" masing-masing macam lipas kudung berlari pulang ke rumah masing-masing.

Shi Xian ditinggalkan seorang diri. Dia memandang kelibat rakan-rakannya yang hilang satu per satu. Akhirnya dia mengeluh dan berjalan turun dari pergunungan tersebut. Langkah kakinya lambat dan bersahaja seperti sudah biasa ditinggalkan oleh rakannya.

"Oi." saat itu satu suara menegur.

Shi Xian melihat sekeliling. Sunyi.

"Oi~" suara tadi masih memanggilnya.

Lagenda Tiga Alam Dunia (Completed)Where stories live. Discover now