35

527 58 10
                                    

Part 1

Shiehan terjaga dari tidur. Perlahan-lahan matanya dibuka dan silau cahaya dari luar tingkap membuatkan dia menutup matanya dengan tapak tangan. Beberapa saat selepas dia selesakan diri, Shiehan bangun dan duduk di atas katil. Badannya masih terasa sakit dan lenguh.

Dia melihat lengannya yang masih berbekas merah kerana digenggam oleh Jiao Wu Ying malam tadi. Dia mengeluh sebelum bangun dan melihat diri sendiri di hadapan cermin. Tubuhnya penuh kesan yang dibuat oleh lelaki itu. Seluruh badannya berbekas, lebam dan merah.

"Wu Ying tak guna!" Shiehan membebel seorang diri.

Dia melihat ke arah katil. Lelaki itu masih nyenyak tidur. Barangkali kerana dia telah mendapat kepuasannya dan berasa letih. Tidurnya kali ini sangat aman dan nyenyak. Nafasnya sekata turun dan naik. Shiehan mendekati Jiao Wu Ying yang sedang baring di dalam selimut. Hanya mukanya saja yang kelihatan.

Satu jari diletakkan pada dahi Jiao Wu Ying. Baru sekarang Shiehan mempunyai peluang untuk melakukannya. Kuasanya sudah kembali sedikit demi sedikit. Dia kini berjaya mengumpulkan kuasanya untuk kembali mengunci kuasa Jiao Wu Ying. Shiehan tak boleh terus biarkan lelaki itu hilang kawalan.

"..........~~~~~~………" Shiehan membaca satu mantera yang sukar untuk difahami bahasanya.

Beberapa minit selepas itu, tanda merah pada dahi Jiao Wu Ying kembali muncul semula seolah-olah tidak pernah hilang sebelum ini. Shiehan menghela nafas lega. Dia mula merasakan tubuhnya kembali lemah. Betul-betul, mengunci kuasa Jiao Wu Ying adalah sesuatu yang sangat memenatkan.

Baru dia faham sekarang kenapa cuma Fu Hann Li saja yang sering melakukan perkara tersebut. Raja itu mempunyai kuasa yang luar biasa jadi benda sebegini boleh dianggap sebagai perkara kecil. Tapi buat Shiehan, dia rasa kuasanya yang baru saja dia dapat semula kembali menghilang.

Buk! Shiehan rebah di atas katil, kembali tidak sedarkan diri.

Part 2

Jiao Wu Ying memusingkan tubuhnya supaya lebih selesa. Dia masih mamai dalam tidurnya.

"Urgh.." tangannya meraba sesuatu disisi.

Saat itu dia terus terjaga, segar dari tidurnya. Jiao Wu Ying bangun dan melihat di tepinya. Shiehan berada disitu, terbaring dalam keadaan yang sangat pelik. Terus Jiao Wu Ying mencampakkan selimut ke tepi dan melompat turun dari atas katil.

"Apa..yang berlaku?" soal Jiao Wu Ying. Pelik. Dia tak ingat apa-apa.

Macam mana dia boleh balik ke rumahnya? Kenapa Shiehan ada disitu? Bukankah dia sepatutnya mencari A-Uin? Terlalu banyak perkara yang tidak jelas. Kepala Jiao Wu Ying terasa sakit dan berpinar. Dia mengenggam kepalanya dengan tangan.

"Argh.. Urghh.." Jiao Wu Ying mengerang.

Dia terduduk di tepi katil sambil bersandar pada dinding. Bunyi dia yang mengerang kesakitan membuatkan Shiehan yang berada di atas katil akhirnya terjaga. Shiehan bangun dan melihat katil yang kosong tanpa kelibat Jiao Wu Ying.

Matanya kemudian mencari lelaki itu dan menemuinya di bucu dinding, di bahagian tepi katil. Lelaki itu kelihatan sangat menyedihkan. Shiehan lantas berdiri dan berjalan ke arah Jiao Wu Ying.

"Wuwu.. Kenapa ni?" lembut saja Shiehan menyoal sambil dia melutut di hadapan musang itu. Semakin lama semakin mengecil tubuhnya.

"Sakit..sakit.." Jiao Wu Ying mengadu.

"Sakit dekat mana?" soal Shiehan.

Jiao Wu Ying menunjukkan ke arah kepalanya. Shiehan mengeluh. Dia tahu lelaki itu sakit. Sudah tentu. Selepas beberapa hari kuasanya hilang kawalan, pasti saja akan ada kesan implikasinya. Kini dia berasa sakit kepala yang teramat sangat kerana memorinya yang kucar-kacir.

Shiehan menarik tubuh Jiao Wu Ying ke dalam pelukannya. Belakang lelaki itu diusap dengan tapak tangannya.

"Shh..jangan risau. Nanti sakit hilang la tu." pujuk Shiehan.

Mereka duduk berpelukan disitu untuk beberapa minit. Selepas Jiao Wu Ying menenangkan diri, barulah Shiehan melepaskan pelukan.

"Dah baik?" soal Shiehan dengan senyuman di bibir.

Jiao Wu Ying memandang Shiehan dengan wajah yang penuh tanda tanya. Saat itu dia perasan akan sesuatu di leher Shiehan. Tangannya dihulur dan kolar tersebut disentuh dengan jari. Bibir Jiao Wu Ying terbuka sedikit seperti mahu berkata sesuatu namun kembali rapat.

Tangannya menggigil. Dia dapat rasakan kuasanya mengalir dalam kolar tersebut. Dalam erti kata lain, dia adalah pemilik kolar yang dipakai Shiehan. Dia yang meletakkan sumpahan itu pada Shiehan. Tapi bila? Kenapa dia tak ingat?

Part 3

"Wuwu?" panggil Shiehan apabila dia melihat perubahan pada tindakan Jiao Wu Ying. Lelaki itu kelihatan keliru dan takut.

Zap!

Tangan Shiehan ditarik oleh Jiao Wu Ying dan lengan bajunya diselak. Kemudian dia menarik pula kolar baju Shiehan dan dibuka. Kesan lebam dan merah pada tubuh Shiehan jelas kelihatan pada pandangan matanya. Jiao Wu Ying semakin ragu-ragu dengan diri sendiri.

Dia bangun dan berdiri sebelum keluar dari situ, meninggalkan Shiehan yang terpinga-pinga. Shiehan hanya mampu melihat lelaki itu pergi tinggalkan dia. Dia tahu Jiao Wu Ying yang sekarang ni sedang mengalami konflik dengan diri sendiri.

Dia keliru, takut dan tidak faham dengan apa yang berlaku. Lelaki itu selalu begitu perangainya. Jika ada masalah, dia akan lari. Personaliti yang dah sebati sejak kecil. Shiehan hanya mampu mengeluh.

Dalam masa yang sama, Jiao Wu Ying duduk di tepi sungai di belakang rumahnya. Bunyi air sungai yang mengalir buat dia rasa tenang sedikit. Tangannya masih menggigil. Dia tak tahu tapi dia rasa sangat bersalah kepada Shiehan.

Apa yang dia dah buat? Apa yang dia tak ingat? Benda penting? Apa yang dia lupa sebenarnya?

Shiehan...

Shiehan...

"Kita cintakan Mika."

Saat itu, suara asyik milik Shiehan bergema di gegendang telinganya. Umpama masih segar dalam memori. Sedikit demi sedikit, memorinya kembali tersusun elok. Setiap perkara yang berlaku..

Tangan Shiehan yang merangkul leher miliknya, tubuh Shiehan yang terasa lembut pada sentuhan.. dan suara Shiehan saat dia menjerit nama Jiao Wu Ying...

Wajah lelaki itu bertukar merah dan dia berasa panas secara tiba-tiba. Apa.. Yang dia ingat ni? Mimpi? Gila betul.. Tapi bila dia fikir balik, tubuh Shiehan yang penuh kesan tadi..

"Tidak, tak mungkin. Mustahil.. Apa yang.. Berlaku?" Jiao Wu Ying masih keliru.

"Wuwu.." panggilan Shiehan membuatkan Jiao Wu Ying kembali semula ke alam nyata.

Dia menoleh dan melihat ke arah tingkap bilik rumahnya yang menghadap ke arah sungai tempat dia sedang duduk. Shiehan berdiri di situ sambil tangannya memegang tepi tingkap. Wajahnya penuh risau dengan keadaan Jiao Wu Ying.

Lantas Jiao Wu Ying bertukar semula menjadi musang dan dia berlari di atas empat kaki ke arah Shiehan. Dia melompat naik ke atas dan melihat Shiehan dengan mata bulatnya. Shiehan mengambil musang itu ke dalam pelukan lengannya.

Tingkap kembali ditutup oleh Shiehan. Dia sebenarnya tak kisah pun jika musang itu ingat atau lupa. Dia masih tetap sayangkan Jiao Wu Ying. Musang yang tidak sempurna itu juga yang dia rasa menarik.

"Wuwu, jangan tinggalkan Kita." ujar Shiehan seraya berbaring di atas katil.

Dia memeluk musang berbulu putih itu rapat ke dadanya sebelum dia kembali tertidur kerana penat.
.
.
.
.
.

****************
.
.
.
.
.

Author's Note:

End of their story.. Author is crying but author has done a great job at finishing the first ark.. Lmao..lol..
(ง ;͡ ͡°; ͜ ʖ ;͡ ͡°;)ง

Lagenda Tiga Alam Dunia (Completed)Where stories live. Discover now