10

860 66 19
                                    

Part 1

Shiruo memandang Shiehan yang sedang menggumpal salji menjadi bentuk bujur. Kemudiannya dia meletakkan dua daun kecil di atasnya supaya kelihatan seperti seekor arnab.

Shiruo tersenyum kecil. Adiknya itu sentiasa nampak tenang seperti tidak pernah ada masalah. Seperti hidup di dalam dunianya sendiri. Disebabkan sikapnya yang tidak pernah ambil kisah, Shiehan tidak ada ramai kawan.

Jiao Wu Ying. Cuma musang putih itu saja yang sudi menjadi kawan Shiehan. Kadangkala perkara itu membuatkan Shiruo risau. Bukan apa, Shiruo cuma takut Shiehan akan menjadi mangsa buli.

Shiehan cuma satu-satunya adik yang dia ada. Adik kembar Shiruo. Kesayangannya dirinya.

"Shiehan, tak mahu keluar bermain?" tegur Shiruo. Akhirnya dia memberanikan diri untuk melangkah masuk ke dalam 'dunia buatan' Shiehan.

Shiehan menoleh ke arah Shiruo. Wajahnya biasa, tidak ada reaksi. Matanya berkelip-kelip memandang Shiruo yang mempunyai wajah lebih kurang serupa sepertinya.

Walaupun sudah lama mereka bersama, Shiehan masih tidak biasa. Setiap kali dia memandang Shiruo, dia terasa seperti melihat ke dalam cermin. Cuma bezanya wajah di hadapannya itu sentiasa ceria dengan senyuman.

Berbeza dengan Shiehan.

"Tak mahu." balas Shiehan, pendek.

Kemudiannya dia kembali membuat arnab salji tadi. Sekeliling dirinya sudah penuh dengan arnab salji yang dibuatnya. Bertindan tindan. Shiruo mengeluh. Senyumannya hambar.

"Apa yang Mika mahukan sebenarnya?" soal Shiruo, perkara yang sudah lama dia mahu tanya.

Pergerakan Shiehan terhenti namun beberapa saat selepas itu dia kembali semula menggumpal ais. Seperti tidak ambil kisah dengan keadaan sekelilingnya.

"Keamanan." jawab Shiehan.

Shiruo merenung adiknya.

"Keamanan?" tanyanya lagi.

"Kenapa perlu berperang sedangkan mereka boleh berbincang? Kenapa perlu tamak sedangkan masing-masing sudah mencukupi? Kenapa perlu bergaduh sedangkan boleh berkawan? Kenapa tidak mahu memahami sedangkan boleh bercerita? Kenapa perlu pekakkan telinga kalau telinga boleh mendengar? Kenapa perlu butakan mata sedang mereka boleh melihat? Kenapa? Sedang akal mereka boleh berfikir tapi masih membuat bodoh dan kerosakan.." balas Shiehan.

Shiruo terdiam. Pertama kali dia mendengar adiknya itu bercakap banyak. Sebelum ini Shiehan hanya menjawab sepatah demi sepatah setiap soalannya. Kini ayat yang dilontarkan kepada Shiruo itu bagai menusuk kalbu.

Shiruo menelan liur. Entah apa yang bermain di dalam fikiran Shiehan, hingga kini dia tidak pernah faham. Namun Shiruo juga tahu, disebalik sikap Shiehan yang sebegitu sebenarnya dia lebih mampu dari Shiruo untuk menjaga dirinya sendiri.

Entah mengapa dia rasa tenang. Kini dia yakin bahawa keputusan dirinya tepat. Cuasa sejuk membeku bagai menyengat sehingga ke tulang. Shiruo menghela nafas dan wap udara sejuk dapat dilihat keluar dari hidung dan mulutnya.

Shiruo mendekati Shiehan lalu mengusap rambut kembarnya itu dengan penuh kasih membuatkan Shiehan terkejut. Dia menoleh namun kelibat kakaknya itu telah hilang. Shiehan terdiam. Hatinya rasa tidak sedap.

Apa? Apa yang telah dia terlepas?

Part 2

Shiehan melihat arahan yang dia terima dari istana. Perintah dari seorang puteri.

"Keluar dan merantau. Bawa bersama ikan pendeta dan jaga dengan baik. Jangan pulang sehingga Mika berjaya menjadi seorang dewa."

Tulisan di atas kain sutera itu dipandang lama. Kemudiannya dia memandang pula istana yang kini cuma nampak bumbungnya saja. Dia telah berada jauh dari kawasan istana.

Lagenda Tiga Alam Dunia (Completed)Where stories live. Discover now