01

1.4K 85 45
                                    

Part 1

A-Uin menguap. Mengantuk. Majlis hari jadinya sedang disediakan oleh dayang istana menyebabkan dirinya langsung tak ada kerja. Bila dia cuba untuk membantu, semua orang menghalaunya. Macam la A-Uin nak musnahkan majlis hari jadinya sendiri.

"Huh.. tak seronok langsung." A-Uin membebel sambil dia memandang keadaan sekeliling.

"Kemana saja kau pergi, macam kau ni penyakit. Semua halau kau." tegur seseorang.

A-Uin mengeluh lagi. Siapa lagi yang rajin nak menegur dia kalau bukan hantu dah roh orang mati?

"Apa kau nak.. jangan kacau Kita." balas A-Uin, tak ada mood.

"Eh? Bila aku kacau kau? Aku tegur pun salah." si roh mencebik.

Akhirnya A-Uin menoleh ke arah hantu tersebut. Seorang lelaki yang boleh tahan rupanya. Langsung tak menakutkan macam hantu lain. Tak, rupanya tak ada cacat cela. Nampak normal macam orang lain yang masih hidup.

"Eh?" A-Uin terdiam. Pertama kali dia melihat roh yang sangat elok rupanya.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" roh itu menyoal.

"Rupa kau. Tak macam hantu yang selalu Kita lihat." balas A-Uin.

"Hantu? Oi, oi.. kau fikir aku hantu ke? Kejamnya!" marah si lelaki.

Bertambah bulat mata A-Uin yang asalnya itu memang sudah bulat besar. Comel.

"Habis tu, kau ni apa? Kita tak kenal!" A-Uin bersuara sambil melangkah beberapa tapak ke belakang.

Lelaki yang dianggap hantu oleh A-Uin itu mengeluh sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"Kasihan. Aku? Akulah Raja tempat ni! Ohoho!!" ujar si lelaki yang kemudiannya mula menuding jari ke arah langit sambil ketawa seorang diri.

A-Uin?

Dia dah lama lari. Tak ada kerja nak berbual dengan orang tak betul macam tu. Lelaki itu menoleh namun kelibat A-Uin telah hilang. Dia mengeluh lagi.

"Hmm.. tak percaya pula dia." si lelaki mengomel sendirian. Saat itu rupanya bertukar menjadi orang lain.

Rambutnya menjadi hitam pekat bagai kegelapan yang menyelubungi begitu juga dengan anak matanya. Anak mata itu turut ada sinar yang berwarna merah darah. Di belakangnya pula ada satu sayap yang berbulu hitam bagai burung gagak.

"A-Uin, kita bertemu kembali." dia tersenyum.

Walaupun gadis kecil itu melarikan diri, lelaki itu tidak risau. Kemana saja gadis itu lari, lelaki itu pasti akan dapat menangkapnya semula. Kerana gadis itu telah ditakdirkan untuk bersama dengannya.

Part 2

"Nenda? Nenda! Di mana nenda berada?" laung A-Uin di dalam kawasan istana.

Puas dia mencari nendanya itu namun tidak juga dia jumpai. Tak lama lagi majlis hari jadinya yang ke 1000 tahun bakal bermula. A-Uin tidak mahu nendanya itu terlepas.

"Di kamar pendeta agaknya." fikir A-Uin lantas dia menuju ke sebuah bangunan kecil di dalam kawasan istana.

Bangunan itu mempunyai banyak tumbuhan menjalar yang berbunga. Sangat cantik pada pandangan mata. Pintu yang sentiasa tertutup itu dibuka oleh A-Uin.

"Nenda?" panggil A-Uin.

Tiada sahutan. A-Uin melangkah masuk. Di tengah bilik itu ada sebuah kolam ikan yang sangat besar namun cuma ada dua ekor ikan di dalamnya. Ikan yang boleh meramal nasib penduduk kayangan.

Lagenda Tiga Alam Dunia (Completed)Where stories live. Discover now