Part 1
Dunia Kayangan
Shiehan memandang Jiao Wu Ying dengan perasaan serba salah. Sekejap-sekejap tangannya cuba dihulur untuk menyentuh wajah lelaki itu namun kemudiannya ditarik semula dan diletakkan ke atas paha macam tak ada apa-apa yang berlaku.
"Auch.." Jiao Wu Ying melekapkan ais yang dibalut dalam kain ke pipinya. Sikit pun tak perasan akan pandangan mata Shiehan.
Shiehan mengeluh. Dia akhirnya mengalah dan bangun dari duduknya untuk mendekati Jiao Wu Ying. Bekas ais diambil dari tangan Jiao Wu Ying dan dia membantu meletakkan ais tadi pada pipi yang kini biru kerana lebam.
"Sakit?" tanya Shiehan, wajahnya risau.
"Hmm.. Mika lupa agaknya Mika ni tangan Dewa. Kita ni cuma musang.." perli Jiao Wu Ying.
Mana taknya, kekuatan Shiehan dan dirinya masih ada beza. Tambah lagi Jiao Wu Ying kini telah mengunci kuasanya dengan tanda sihir di dahi. Dia tidak sekuat yang dulu. Kalau ditumbuk oleh Dewa yang pangkatnya Great High God, dia masih akan merasa sakit.
Bukan setakat sakit, kalau Shiehan menggunakan seluruh kekuatannya Jiao Wu Ying mungkin akan maut ditangan Dewa itu. Merajuk! Jiao Wu Ying tak peduli, dia nak merajuk juga. Mana taknya, Shiehan tumbuk dia macam dia buat salah besar.
Heh! Padahal sebelum ni dia pun sebenarnya suka juga. Tapi lepas tu nak pukul Jiao Wu Ying. Mana adil. Macam la dia langsung tak salah. Shiehan yang goda dirinya dulu. Siapa suruh menawan sangat?!
"Huh! Mika nak bunuh Kita!" Jiao Wu Ying lantas menepis tangan Shiehan lalu merampas bekas ais tadi lalu memalingkan tubuhnya ke arah lain.
Eii..gedik betul. Shiehan mengetap giginya, geram.
Dasar budak!
"Siapa suruh Mika lebih-lebih?!" marah Shiehan. Dia mencekak pinggang sambil merenung belakang Jiao Wu Ying macam mata dia boleh keluarkan api dan bakar musang tu sampai hangus.
"Bila masa Kita melebih?" Jiao Wu Ying tak mahu mengaku.
"Mika..Mika lupa ke?!" Shiehan dapat rasa kepala dia berasap kerana terlalu marah.
"Lupa apa?" musang yang seekor itu masih berpura-pura tidak bersalah.
Part 2
Krak!
Jiao Wu Ying perlahan-lahan menoleh ke belakang untuk melihat Shiehan saat telinganya menangkap bunyi sesuatu patah.
Kelihatan tempat letak tangan di kerusi duduknya telah patah dua.
Wajah Shiehan merah macam buah ceri. Bibirnya menggigil dan tangannya digenggam erat sambil matanya merenung Jiao Wu Ying lama.
"Shie..han.." panggil Jiao Wu Ying sebelum menelan liur. Jujur, dia tak pernah lihat Shiehan marah sebegitu sekali.
Selalunya sekejap saja Shiehan pasti akan memaafkan dirinya. Disebabkan itu, Jiao Wu Ying tak kisah untuk menyakitkan hati Shiehan. Kerana dia tahu Shiehan pasti memaafkannya. Tapi kenapa kali ini Dewa Keamanan itu marah yang amat sangat?
Tak jadi merajuk.
Dia perlu ambil hati Shiehan sebelum Dewa itu meletuskan lahar gunung berapi.
"Shiehan.." panggil Jiao Wu Ying dengan suara yang mengada-ngada. Selalunya Shiehan lemah dengan perangai dia yang manja ni.
"Aarrghhh!!!"
Jiao Wu Ying menutup telinganya. Bingit. Jeritan Shiehan menyebabkan kawasan Wilayah Beku dilanda gempa. Tanah di kawasan sekitar bergegar membuatkan bangunan runtuh dan pokok-pokok bergoyang sebelum tercabut dari tanah.
YOU ARE READING
Lagenda Tiga Alam Dunia (Completed)
Ficción histórica#BOOK 2 (DUNIA KAYANGAN) siri tiga alam dunia #sambungan love like flowers #please read love like flowers first atau tak akan faham jalan cerita~ #please read the prince and the dancer for behind the scene punya story~ Buku ini berlatar belakangkan...