Part 1
Wilayah Beku kelihatan serba putih dengan salji yang baru saja turun. Cuaca mula bertukar sejuk. Shi Ming mengambil baju sejuk yang diperbuat dari bulu tebal demon beast yang diburu olehnya bulan lepas. Baju tersebut disarung ke tubuh.
"Oi, dah siap?!" suara yang amat dikenali olehnya menjerit dari luar pintu bilik.
Shi Ming tersenyum. Selepas itu dia mencapai seutas rantai yang mana loketnya diperbuat dari kristal yang berbentuk silinder. Di dalam kristal tersebut, kelihatan cecair merah mengalir apabila digerakkan.
"Sudah. Jom." Shi Ming membuka pintu bilik dan keluar. Selepas itu, dia kembali menutup pintu sebelum menguncinya.
Yurong yang melihat kawan baiknya itu telah siap, terpaku. Baju sejuk yang dipakai Shi Ming adalah baju yang dijahit sendiri olehnya. Dalam hati, dia merasa satu perasaan hangat dan selesa.
"Mika pakai baju yang Kita jahit." tegur Yurong.
"Dah tentu! Terima kasih sebab jahitkan. Kita suka sangat!" Shi Ming membuat gaya memeluk baju tersebut rapat ke tubuhnya.
Yurong tersenyum gembira. Rasa bahagia sangat dalam hati. Langsung dia tak sangka yang Shi Ming akan pakai baju tersebut. Semasa Shi Ming membawa pulang demon beast yang diburu, Yurong telah menyatakan bahawa dia mahu akan bulu demon beast tersebut.
Dia kemudiannya telah menjahit sendiri baju sejuk untuk Shi Ming menggunakan bulu demon beast itu. Demon beast yang diburu oleh Shi Ming merupakan jenis Serigala putih yang terkenal dengan bulu mereka yang selesa. Siapa sangka, Shi Ming sangat sukakannya.
"Hari ni hari jadi Mika. Kita nak bawa Mika ke satu tempat." ujar Shi Ming lantas menarik tangan Yurong.
"Nak ke mana?" soal Yurong, hanya membiarkan saja Shi Ming mengheret dirinya.
Langkah kaki Shi Ming agak pantas. Yurong mempunyai masa yang agak sukar untuk mengikutinya. Setelah Yurong hampir tersadung, barulah Shi Ming berhenti. Dia melihat kawan baiknya yang tidak cukup nafas sebelum perasaan bersalah mula meresap ke dalam hati.
Shi Ming kemudiannya tersenyum sebelum menundukkan dirinya sedikit lalu tangannya memeluk pinggang Yurong manakala satu tangan lagi di belakang lutut. Dengan sekali angkut, dia mengangkat Yurong seperti seorang puteri.
Part 2
Yurong yang masih belum sempat memproses apa yang berlaku dapat merasakan wajahnya yang bertujar merah. Malu!
"Aa..aah! Shi Ming!!" Yurong meronta.
"Hari ni hari lahir Mika. Biarla." Shi Ming masih dengan wajahnya yang sentiasa tersenyum.
"Le..lepaskan.." Yurong menarik kolar baju Shi Ming. Wajahnya disorokkan kepada dada Shi Ming.
"Pfft! Lepaskan..tapi masih pegang baju Kita." ejek Shi Ming. Dia langsung tak pedulikan rungutan Yurong dan hanya buat apa yang dia suka.
Sepanjang perjalanan, dia masih mengendong Yurong. Tidak lama selepas itu, mereka tiba di sebuah kawasan lapang yang tidak mempunyai sebarang benda atau hidupan. Di hujung ufuk pula dapat dilihat tujuh warna yang bercampur.
Pemandangan yang sangat cantik.
Shi Ming menurunkan Yurong. Yurong yang terkesima hanya mampu melihat pemandangan di hadapannya itu. Kagum. Langsung Yurong tak sedar tentang tangannya yang masih mengenggam baju Shi Ming.
"Cantiknya. Macam mana Mika tahu tentang tempat ni? Tempat apa ni?" soal Yurong setelah lama mendiamkan diri.
Shi Ming hanya tersenyum. Dia menarik Yurong supaya berhadapan dengannya sebelum dia menyarungkan rantai yang dari tadi dia bawa.
YOU ARE READING
Lagenda Tiga Alam Dunia (Completed)
Исторические романы#BOOK 2 (DUNIA KAYANGAN) siri tiga alam dunia #sambungan love like flowers #please read love like flowers first atau tak akan faham jalan cerita~ #please read the prince and the dancer for behind the scene punya story~ Buku ini berlatar belakangkan...