Part 1
Dunia Manusia
"Tuan, ini rekod kewangan bahagian kedua. Bahagian pertama dah pun siap diedit oleh akauntan. Tuan ada apa-apa lagi arahan seterusnya?" soal seorang lelaki yang umurnya telah mencecah 60 tahun namun masih setia berkhidmat.
"Hm. Huo Bai, apa perkembangan terkini syarikat?" saat itu, kerusi yang sejak awal tadi menghadap tingkap kaca berpusing ke arah Huo Bai.
Seorang lelaki yang elok rupa parasnya memandang ke arah Huo Bai sambil tangannya memusingkan pen di jari. Wajahnya serius, langsung tiada senyuman untuk menghiasi wajah kacak itu. Huo Bai lantas memberikannya tunduk hormat.
Walaupun lelaki itu nampak jauh lebih muda daripada Huo Bai, semua orang boleh lihat betapa hormatnya Huo Bai terhadap lelaki muda itu. Seolah-olah lelaki muda itu orang yang lebih tua darinya.
Satu fakta yang tiada sesiapapun tahu melainkan Keluarga Huo sahaja. Orang yang mereka panggil Tuan itu adalah seorang yang telah mereka jaga sejak beratus-ratus tahun. Barangkali lebih dari itu kerana mereka sudah tidak lagi mengira.
Apa yang Keluarga Huo tahu, lelaki itu adalah dari keturunan mereka dan tidak boleh mati. Selamanya kelihatan kacak dan muda tanpa sebarang kedutan kerana usia yang meningkat. Lelaki itu sentiasa sihat.
Dia merupakan Huo Yue Lan. Seorang Immortal. Satu anugerah bagi Keluarga Huo. Siapa sangka ahli keluarga mereka itu akan berjaya mencapai tahap seorang immortal? Namun hakikat sebenar tiada sesiapa pun yang tahu.
Betapa Yue Lan tersiksa sepanjang hidupnya. Dia terpaksa melihat satu per satu orang yang dia sayang pergi meninggalkan dirinya. Mereka yang lain hanyalah manusia biasa. Paling lama pun mereka mampu hidup seratus tahun atau lebih sedikit.
Perkara tersebut akhirnya telah membekukan hati seorang lelaki yang dahulunya seorang periang dan baik hati. Kini tiada lagi senyuman manis. Tiada lagi ketawa riang. Tiada lagi kata-kata cinta dari bibirnya. Semuanya hilang ditelan masa dan memori yang sangat pahit.
Part 2
Tamat saja kerjanya di pejabat, Yue Lan bergegas pulang ke rumahnya. Kereta Mini Cooper tersadai di garaj kereta. Sudah dua bulan terbiar tidak dipandu. Sejak dua bulan lepas, ke mana saja dia pergi akan dihantar oleh pemandu.
Kata Huo Bai, Yue Lan merupakan Tuan Besar keluarga mereka jadi dia tidak mahu Yue Lan susah-susah memandu. Rumah agam yang sangat besar tersergam indah namun malang sekali kerana rumah itu cuma mempunyai dua orang saja penghuni.
Sunyi dan sepi. Orang yang datang cuma pengemas rumah atau tukang kebun yang menjaga taman di sekeliling rumah tersebut. Selain itu, tidak ada tetamu. Huo Bai yang tua dan setia itu saja yang ada untuk menjaga Yue Lan. Keluarga yang lain sibuk bekerja dan ada rumah sendiri.
"Tuan, makan malam dah sedia. Mari turun makan." ajak Huo Bai apabila tiba waktu untuk makan.
Yue Lan yang baru saja selesai membersihkan dirinya mengangguk. Selepas itu dia memakai baju dan siap untuk turun makan. Kelihatan makanan untuk seorang terhidang di atas meja kayu besar dan panjang untuk 20 orang. Yue Lan diam.
Dia tidak duduk di atas kerusi untuk makan sebaliknya dia memandang ke arah Huo Bai yang tertunduk.
"Tuan, tak mahu makan?" soal Huo Bai.
"Kenapa ada satu saja hidangan?" Yue Lan bersuara hairan.
"Sebab cuma Tuan saja yang akan makan." jawab Huo Bai.
Yue Lan menggeleng.
"Bukan ke aku dah pesan, kau pun makan sekali? Huo Bai, dah berapa lama kau kerja dengan aku?"
Huo Bai yang sejak tadi tertunduk mula mengangkat wajahnya. Dia mengeluh.
"Huo Bai, sebelum ni kau tak bagi aku memandu, aku ikut. Kau tak bagi aku keluar sendiri tanpa pengawal, aku ikut. Sekarang ni kau nak aku makan seorang diri ke?" tanya Yue Lan, kali ini dengan nada yang tegas.
"Bukan macam tu. Tuan. Semua orang bercakap tentang reputasi Tuan. Huo Bai, tak sanggup tengok nama baik Tuan tercalar sebab Huo Bai. Keluar dengan pembantu, makan dengan orang gaji atau layan orang bawahan macam kawan." akhirnya Huo Bai meluahkan dilemanya.
Apa yang diberitahu olehnya benar. Semua orang mengata tentang Yue Lan yang berlagak tidak sama seperti statusnya. Dia terkenal sebagai orang bisnes yang mempunyai aset berjuta-juta dan lebih daripada itu dalam dunia perniagaan. Masih muda namun sudah berjaya, mempunyai syarikat yang tersendiri.
Malah Yue Lan juga mempunyai agensi dalam dunia industri muzik dan lakonan. Dia mempunyai ramai artis terkenal di bawah naungannya. Siapa saja yang tidak mahu bersama dengan lelaki kaya dan hebat sepertinya? Cuma lelaki itu sangat sukar didekati.
Pembantu yang sentiasa setia disisinya itu merupakan penghalang. Disebabkan itu, nama baik Yue Lan tercalar dengan gosip murahan si pendengki yang mahu menjatuhkannya. Pasti ada saja yang tidak kena. Ada saja salah yang mereka nampak.
"Hah.." Yue Lan ketawa hambar. Dia menjeling ke arah Huo Bai lantas duduk di atas kerusi untuk menjamu selera.
"Suka hati kau la." ujar Yue Lan buat kali terakhir sebelum kembali diam.
Part 3
Dari tepi, Huo Bai menghela nafas lega. Dia sudah kenal dengan Yue Lan sejak dia masih kecil lagi. Apabila ayahnya memberitahu bahawa dia juga akan berkhidmat kepada Yue Lan, dia sangat gembira. Sejak kecil itulah cita-citanya.
Semasa dia kecil, Yue Lan yang selalu bermain dengannya. Kini, dia pula yang menjaga lelaki itu. Umurnya semakin meningkat namun rupa Yue Lan masih sama seperti dahulu. Langsung tidak berubah. Dia takut, jika dia ditakdirkan pergi tidak lama lagi, siapa yang akan menjaga Yue Lan?
Sebelum dia mati, dia cuma mahu mencari pasangan hidup untuk Tuannya itu. Walaupun dia tahu yang Yue Lan mungkin tidak setuju, dia tetap akan berusaha. Sebab itulah, langkah pertama adalah jarakkan diri daripada Yue Lan. Dia perlu berlagak seperti butler sejati.
Sepanjang masa lelaki itu makan, Huo Bai tersenyum kecil melihat.
"Tuan, artis terkenal Jia Ruo tu cantik betulkan?" ujar Huo Bai tiba-tiba.
Yue Lan terhenti mengunyah makanan. Selepas beberapa saat, dia kembali menyambung semula.
"Tuan, dengar cerita dia sukakan Tuan." celah Huo Bai lagi.
Yue Lan masih berlagak biasa.
"Tuan, pelakon Wen Chong Qi pun suka dekat Jia Ruo." Huo Bai tak mahu mengalah.
Wajah Yue Lan tetap sama tanpa reaksi.
"Tuan, sebelum Wen Chong Qi rampas dia, apa kata Tuan ambil hati Jia Ruo dulu?" cadang Huo Bai.
Puuffrttt!!
Makanan dalam mulut Yue Lan tersembur keluar. Terbuntang mata Huo Bai. Eh, pertama kali dia nampak Yue Lan hilang kawalan dengan dirinya sendiri. Mungkin ke, Yue Lan pun ada hati dengan Jia Ruo?
"Uhuk! Uhuk!"
Tersedak Yue Lan. Dia mengurut dadanya yang terasa sesak. Huo Bai tersengih sambil membantu Yue Lan.
"Tuan, Tuan kena cepat sebelum Jia Ruo kena rampas orang lain." bisik Huo Bai.
Bang!
Yue Lan menepuk meja dengan tangannya. Bergegar meja kayu itu sehingga pinggan di atasnya terus terjatuh. Beberapa saat selepas itu, meja kayu yang tebal dan besar itu merekah dan patah dua.
Sekali lagi Huo Bai terbeliak. Terkejut. Yue Lan merenung Huo Bai tajam. Walaupun dia tahu niat Huo Bai baik, tapi dia sudah tidak lagi percaya perkara tersebut. Lantas dia bangun dan berlalu masuk ke dalam biliknya.
Suka? Cinta?
Mengarut.
Dalam dunia ni tak ada lagi orang yang dia mampu cintai. Mereka semua sudah pergi tinggalkannya.
YOU ARE READING
Lagenda Tiga Alam Dunia (Completed)
Historical Fiction#BOOK 2 (DUNIA KAYANGAN) siri tiga alam dunia #sambungan love like flowers #please read love like flowers first atau tak akan faham jalan cerita~ #please read the prince and the dancer for behind the scene punya story~ Buku ini berlatar belakangkan...