Part 1
Lui Yen hanya memerhati dari tepi saat rajanya itu memasak di dapur. Ya, memasak. Tuanku Raja Fu Hann Li sedang memegang senduk di sebelah tangan manakala satu lagi tangan memegang kuali. Tanganya sibuk mengacau masakannya.
Gaya dan lagaknya macam seorang chef yang profesional. Sekejap dia campak bahan masakan dalam kuali, lepas tu sibuk memotong sayur. Kemudian dia mengacau dan mula mengambil periuk yang bersih dari atas almari.
"Tuanku.." panggil Lui Yen.
"Hm?" jawab Hann Li, masih sibuk 'berperang' dengan senduk dan kuali.
"Apa yang Tuanku buat sebenarnya ni?" soal Lui Yen, masih tak percaya dengan apa yang dia lihat.
"Basuh baju." balas Hann Li selamba.
Lui Yen menepuk dahi.
"Tuanku.. Kenapa tak minta orang lain saja yang buatkan? Kan ada orang gaji?" Lui Yen mula protes.
"Xiao Huo cakap tak sedap." Hann Li sedikit pun tak menoleh ke arah Lui Yen. Tangannya masih bergerak laju bagi menyediakan hidangan makan untuk orang tersayang.
Lui Yen mengeluh. "Ambil la orang gaji lain." cadangnya. Risau bila Hann Li buat semua kerja sendiri. Sejak rajanya itu muncul kembali, dia telah banyak berubah. Lui Yen perasan perubahan tersebut. Memandangkan dia paling rapat dengan Hann Li, perkara kecil pun dia perasan.
"Aku tak nak ada orang lain semak dalam rumah ni." Hann Li masih menjawab soalan Lui Yen dengan sabar.
"Tuanku tinggal dengan A-Uin berdua je selama ni? Dekat sini?" tiba-tiba Lui Yen rasa nak ambil tahu.
"Hm.. Kawasan rumah ni cantik. Ada tasik. Xiao Huo suka tengok tasik tu. Lagipun dekat dengan bandar. Nak guna kenderaan awan pun senang." cerita Hann Li. Tak ada kena mengena dengan soalan Lui Yen.
Lui Yen kembali mengeluh. Saat itu dia perasan akan darah yang mengalir masuk ke dalam makanan yang sedang disediakan oleh Hann Li. Membulat mata Lui Yen. Sepantas kilat dia menarik tangan Hann Li sebelum luka di jari itu disembuhkan oleh kuasanya. Pisau di tangan Hann Li terlepas.
Part 2
"Apa Tuanku buat ni?! Hati-hati la, kan dah cedera! Bahaya pegang pisau!" marah Lui Yen. Mulutnya tak boleh berhenti membebel.
Hann Li tersenyum kecil. Terhibur dengan pembantunya yang sangat setia itu. Sungguh dia sayangkan Lui Yen yang sentiasa ambil berat tentangnya. Tapi kali ini dia memang sengaja. Dia tak berniat mahu Lui Yen risau. Dia fikir Lui Yen tak akan perasan. Hanya luka kecil.
"Tak perlu." ujar Hann Li sambil menolak tangan Lui Yen yang masih memegang tangannya. Dia kemudiannya mengambil pisau yang terjatuh tadi.
Jarinya kembali ditoreh sedikit dengan pisau. Luka yang telah sembuh kembali berdarah. Beberapa titis dimasukkan ke dalam masakan. Lui Yen yang melihat bertambah laju degupan jantungnya. Sungguh dia tak sangka.
"Tuanku.. Berikannya pada Xiao Huo? Kenapa? Darah Tuanku.." sangat istimewa sehingga mampu menghidupkan mereka yang telah menghembuskan nafas terakhir.
Lui Yen hanya mampu menyambung ayat berikutnya di dalam hati.
"Hm.. Sekurang-kurangnya bila aku dah tak ada nanti dia masih mampu hidup dengan sendiri. Dia tak perlukan kuasa aku untuk kekalkan dia di dunia ni." terang Hann Li, seolah-olah mampu membaca fikiran Lui Yen.
Lui Yen mengetap gigi.
"Kenapa? Tuanku sanggup korbankan segalanya.. Kenapa?! Tuanku tahu tak kalau Tuanku teruskan perkara ni, nyawa Tuanku.." akan hilang.
Lui Yen tertunduk. Baru dia sedar. Patut la sejak kebelakangan ni Hann Li terlalu lemah dan asyik tidak sedarkan diri. Dewa itu sekejap-sekejap akan pengsan atau dia akan terseksa dengan kesakitan yang melampau. Terasa sukar untuk bernafas.
Melihat Lui Yen yang murung, Hann Li meletakkan pisau ke dalam sinki. Dia kemudian menghulurkan tangannya kepada Lui Yen. Perasan akan tangan di hadapannya, Lui Yen mencebik. Dia mengambil tangan Hann Li lalu disembuhkan luka kecil di jari rajanya itu.
"Aku tahu apa yang kau nak cakap. Tapi kau juga kena tahu, nyawa aku ni hanya pinjaman. Aku sepatutnya mati sebelum ni. Tapi Xiao Huo dah ubah perkara yang sepatutnya terjadi. Kau tak perlu sedih. Lambat laun, aku tetap akan mati. Fakta yang kau tak boleh ubah." pujuk Hann Li.
Lui Yen terdiam. Dia melihat tangan Hann Li yang masih dipegang olehnya. Tangan itu kemudiannya digenggam erat. Terasa seperti tidak mahu dilepaskan. Dia tak mahu lepaskan. Hann Li adalah rajanya. Dewa yang telah diakui olehnya. Dia telah bersumpah untuk berkhidmat kepada Hann Li sampai mati.
Satu-satunya dewa yang boleh buli dia. Dewa yang boleh beri arahan padanya. Raja yang dia hormati. Dia tak pernah kisah tentang perkara lain kecuali dewa itu. Nyawanya telah lama diberikan pada Hann Li. Dewa itu boleh membunuhnya jika dia mahu. Lui Yen tak akan marah.
Sehingga begitu sekali dia setia.
Part 3
"Tuanku.." panggil Lui Yen.
Tanpa sedar, buat pertama kali air matanya menitis.
"Oi, kau dah besar. Jangan berlagak macam budak." tegur Hann Li.
"Tapi..tapi.." Lui Yen mengesat air mata dengan sebelah tangan. Sebelah tangan lagi dia masih belum mahu lepas. Masih memegang tangan Hann Li.
"Dah. Xiao Huo lapar. Aku nak hidangkan makanan." tegur Hann Li seraya menarik semula tangannya. Dia kemudiannya tanpa mempedulikan Lui Yen, menghidang makanan di atas meja makan.
Lui Yen mencebik. Dia memerhati dari tepi. Selagi rajanya itu masih hidup, dia akan bersamanya. Dia akan kekal di sisi sehingga akhir nafasnya. Lui Yen tekad. Tak ada sesiapa pun boleh halau Lui Yen. Walaupun Hann Li sendiri yang menyuruhnya pergi, cuma arahan tersebut saja Lui Yen tak akan ikut.
"Xiao Huo~" Hann Li berjalan ke dalam bilik.
Kelihatan si gadis sedang melukis sesuatu. Kertas lukisan penuh berselerak di atas lantai. Pensel, pen dan pensel warna pula bersepah di kiri dan kanan. A-Uin pula duduk di tengah-tangah, berbaring di atas perutnya dengan bantal di bawah badan sebagai pelapik.
"Buat apa ni?" tegur Hann Li sambil tangannya mencapai salah satu lukisan.
Melihat lukisan di atas kertas, Hann Li kaku. Lukisan yang dilukis A-Uin, semuanya perkara yang pernah berlaku sebelum ini. Umpama memori mereka bersama yang telah dilukiskan pada kertas tersebut. Semuanya digambarkan dengan sangat jelas dan terperinci.
Macam album gambar.
"Xiao Huo.." Hann Li memandang si gadis yang masih sibuk melukis.
"......." A-Uin tak pedulikan Hann Li. Dia macam dalam dunia sendiri.
"Xiao Huo." panggil Hann Li sekali lagi.
Kali ini barulah A-Uin dengar. Dia mendongak sedikit. Apabila dia melihat si lelaki berdiri disitu, dia tersenyum gembira. Sengihannya melebar sambil dia mencapai salah satu lukisan.
"Dali, tengok ni!" dia menunjukkan lukisan di tangan.
Seorang perempuan, seorang lelaki.. Tangan mereka bertaut, sambil berjalan di kawasan bandar yang penuh dengan bunga yang mekar dan kembang. Wajah mereka mempamerkan reaksi yang menunjukkan rasa bahagia. Suasana yang sama..
Sebelum perempuan tersebut pergi meninggalkan lelaki itu buat selamanya.

YOU ARE READING
Lagenda Tiga Alam Dunia (Completed)
Historical Fiction#BOOK 2 (DUNIA KAYANGAN) siri tiga alam dunia #sambungan love like flowers #please read love like flowers first atau tak akan faham jalan cerita~ #please read the prince and the dancer for behind the scene punya story~ Buku ini berlatar belakangkan...