Part 1
Jiao Ran menguap sebelum matanya terpisat-pisat melihat sekelilingnya yang terasa cerah. Dia melihat suasana di luar dari sebalik kaca lut sinar. Kemudiannya dia bangun dari atas tilam empuk tempat dia berbaring sebelum berjalan keluar.
Dia yang kini bukan lagi seekor musang, berjalan di atas dua kakinya ke ruang tamu sebelum tubuhnya kembali kaku.
"A-Uin?!" panggil Jiao Ran.
A-Uin tidak menoleh saat namanya dipanggil.
"A-Uin, bukan?" sekali lagi Jiao Ran memanggil.
Setelah itu barulah A-Uin menyedari tentang dirinya yang dipanggil sebelum dia menoleh ke arah Jiao Ran. Matanya terkebil-kebil.
"Permaisuri Wilayah Qin Yian?" A-Uin membuka mulut untuk bersuara.
Jiao Ran menghela nafas lega. Pada malam itu dia tidak dapat melihat dengan jelas tambah lagi dengan kehadiran lelaki yang menakutkan itu. Kelam-kabut dibuatnya. Sekarang barulah dia dapat memastikan tentang tekaannya itu.
"Apa yang Mika buat disini? Bonda Mika sangat risaukan Mika. Siapa yang bawa Mika ke sini?" soal Jiao Ran sambil kakinya melangkah mendekati A-Uin.
Gadis itu sedang berdiri di hadapan sebuah pintu. Dia kelihatan teragak-agak untuk masuk ke dalam. Jiao Ran yang kini turut berdiri di hadapan pintu tersebut melihat ke arah pintu yang tertutup rapat. Dari luar pintu, dia dapat mendengar samar-samar suara seseorang di dalam.
"Tuanku, mujurlah Lui Yen tiba tepat pada masanya. Lui Yen tidak dapat bayangkan jika Tuanku.." kata-katanya itu kemudiannya dihentikan oleh satu lagi suara yang kedengaran serak dan mendalam.
"Lupakan. Benda sudah jadi. Aku bukan lagi semakin kuat, cuma semakin lemah. Usia aku juga bukan semakin muda. Di sisa akhir hayat aku, aku cuma mahu bersama dia."
Dahi Jiao Ran berkerut seribu. Perbualan mereka kedengaran sangat menyedihkan.
Tok! Tok!
Dia mengetuk pintu sebelum beberapa saat selepas itu pintu tadi dibuka dari dalam.
"Jiao Ran?" Lui Yen yang membuka pintu tersebut kelihatan terkejut.
A-Uin yang melihat peluang, lantas meluru masuk ke dalam bilik dan menuju ke arah katil di mana seorang lelaki sedang duduk bersandar.
"Li Er!" dia bersuara sambil memanjat naik ke atas katil seperti anak kucing yang rindukan ibunya.
Part 2
Hann Li terkedu. Bukankah gadis kecil ini sering kali memanggilnya Dali?
"Mika tak apa-apa?" soal A-Uin sambil duduk melutut disisi Hann Li.
"Xiao Huo?" soal Hann Li.
"Un." A-Uin mengangguk.
Jiao Ran yang mendengar panggilan itu memandang Fu Hann Li dengan mulut yang sedikit terbuka.
"Xiao Huo? Bukankah dia manusia yang ------" belum habis soalan Jiao Ran, Lui Yen menekup mulutnya.
"Shh!! Cakap lagi sepatah, Tuanku pasti akan patahkan leher Mika!" bisik Lui Yen.
Jiao Ran lantas mengangguk. Faham. Benda yang perlu dihiraukan akan dihiraukan. Pedulikan saja. Buat tak pernah dengar atau tak pernah tahu. Dia bukanlah lembab sangat sampai tak boleh nak memahami maksud disebalik kata-kata Lui Yen. Setelah itu mereka keluar dari bilik dan menutup pintu.
Hann Li merenung pintu yang kini telah tertutup rapat. Sesaat kemudian dia kembali melihat ke arah A-Uin sebelum tersenyum. Rambut A-Uin diusap dengan tangannya yang berlapikkan sarung tangan hitam. Sekalipun dia tak pernah buka jika dia mahu menyentuh gadis itu.
A-Uin menutup matanya dan mulutnya sedikit terbuka. Wajahnya tenang saja seolah-olah suka apabila kepalanya diusap dan digosok. Macam kucing. Senyuman Hann Li semakin lebar. Saat itu mereka kelihatan sangat serupa.
Xynn Ri yang sangat suka tidur di dalam pelukannya dan A-Uin yang suka diusap. Macam haiwan peliharaan.
"Pfftt~" Hann Li tidak lagi dapat menahan ketawa, lalu pecah dan dia ketawa berdekah. "Hahahaa!!"
"Kenapa Mika ketawa?" A-Uin menyengetkan sedikit kepalanya.
"Xiao Huo, mari sini." panggil Hann Li sambil mendepakan tangannya.
A-Uin tidak bergerak untuk beberapa saat. Dia hanya melihat tangan yang didepakan di hadapannya itu sebelum kemudiannya dia merangkak ke dalam pelukan. Hann Li merangkul tubuh gadis itu di atas pahanya. Pelukannya dieratkan bagai tidak mahu lepas.
Wajahnya dibenamkan pada pangkal leher A-Uin. Dia menarik nafas dalam sebelum menghembusnya. Kemudian dia seolah-olah tertidur sambil memeluk si gadis. Menyedari si lelaki tidak lagi bergerak, perlahan-lahan tangan A-Uin menyentuh belakang Hann Li. Kemudian dia menarik tubuh Hann Li untuk merapatkan lagi pelukan mereka.
Bibir Hann Li kemudian membentuk satu senyuman kecil. Jarinya menyimpul rambut A-Uin yang panjang dan dia bermain-main dengan helaian rambut tersebut. Merasai pergerakan pada tubuhnya, A-Uin menunduk ke bawah bagi melihat namun sedar saja lelaki itu telah membaringkannya di atas katil.
"Xiao Huo, sejak semalam tak tidur lagi sebab jagakan Kita. Tidur la." pesan Hann Li sebelum dia bangun dari atas katil.
Part 3
A-Uin berbaring sambil mendepakan tangannya di atas katil yang kini terasa luas dan lapang. Tangannya digerakkan ke atas dan ke bawah seolah-olah seperti dia bermain dengan salji seperti di Wilayah Beku.
Hatinya terasa pilu dan hiba. Entah mengapa sejak lelaki itu keluar dari bilik meninggalkannya seorang diri, dia berasa sangat sedih. Air matanya hampir saja mengalir namun dia sendiri tidak pasti kenapa. Matanya kini dipejam dan akhirnya dia tertidur.
********
"Lui Yen, bawa Xiao Huo pergi. Pastikan dia selamat." suara lelaki itu bagai merobek hatinya. Sakit.
Prak! Sedikit rekahan terhasil.
Tubuhnya ditolak ke arah Lui Yen oleh Hann Li lalu dewa itu membina satu tembok lutsinar bagi menghalang Lui Yen dan dirinya daripada masuk. Tembok itu memisahkan mereka dan kini cuma Hann Li dan lelaki pelik itu sahaja yang berada di dalamnya.
"Tuanku! Tuanku!" jerit Lui Yen. Dinding lutsinar yang keras itu ditumbuk dan dihentak namun langsung tidak berkutik sedikitpun.
Prakk..krakk.. Beberapa rekahan lagi terhasil. Retak dan serpihan dari rekahan jatuh berderai.
"Li Er!!"
Hann Li memandang ke arahnya dari dalam tembok yang dibina dengan kuasanya. Dia merasakan wajahnya bertukar pucat kerana terkejut saat melihat darah yang mengalir pada tubuh dewa itu. Namun begitu, Hann Li masih tersenyum ke arahnya.
Air matanya yang ditahan sejak tadi mengalir deras apabila melihat lelaki itu cedera. Hingga begitu sekali perhatian yang diberikan oleh Hann Li kepadanya. Perasaan bersalah mula menyelubungi diri. Kenapa? Kenapa lelaki itu melayannya sebegitu?
"Xiao Huo, Kita cintakan Mika"
Saat itu dia teringat kata-kata Hann Li pada malam sebelum ini.
"Tidak.. tidak! Li Er! Mika tak boleh cedera! Mika tak boleh.. tolong.. jangan tinggalkan Kita!!" saat itu, buat pertama kali dia telah menyuarakan hasrat di hati. Dia tidak mahu melihat lelaki itu cedera disebabkan olehnya.
Ini kerana dia juga turut mempunyai perasaan yang sama kepada dewa itu.
Kita cintakan Mika.
********
Prang!!!!
Serpihan yang jatuh berderai pecah dan hancur.
A-Uin terjaga dari tidurnya dengan pipi yang basah dengan air mata.
YOU ARE READING
Lagenda Tiga Alam Dunia (Completed)
Historical Fiction#BOOK 2 (DUNIA KAYANGAN) siri tiga alam dunia #sambungan love like flowers #please read love like flowers first atau tak akan faham jalan cerita~ #please read the prince and the dancer for behind the scene punya story~ Buku ini berlatar belakangkan...