"Alex, sana"
"Pelanggan panggil"
"Alex, cuci betul betul"
"Alex, kopi"
"Alex"
"Alex"
"Alex"
DUM!
Bunyi hentakan di meja menyentakkan rakan kerjanya.
Alex memandang tajam lelaki tersebut.
"Kau boleh tak jangan sibuk panggil nama aku, aku stres lah gila!" Kata Alex.
Lelaki tersebut mengulum senyumnya.
"5 bulan kau kat sini, ini kali pertama aku dengar suara marah kau" kata lelaki tersebut tenang.
Alex diam dan meneruskan kerjanya.
'Sebab aku nak berubahlah, kalau tak..kau dah lama aku bunuh'
'Apa kau fikir ni Alex?'
Alex cepat cepat menggelengkan kepalanya.
"Ha? Kau taknak ke?" kata lelaki tersebut.
Alex memandangnya sambil mengerutkan dahi.
"Taknak apa?"
"Tak nak balik?" Alex dengan cepat mengangguk. Apron yang dipakai dia tanggalkan dan disangkutkan dalam lokernya.
"Aku balik dulu" kata Alex perlahan dan terus dia keluar daripada kafe tersebut tanpa memandang sesiapa.
"Such a weird guy, tadi suara kemain kasar. Ni lembut balik" katanya pelik.
————
Alex mengeluarkan telefon bimbitnya daripada kocek seluarnya. Dilihat gambar pada lock screen telefonnya.
Dia tersenyum tawar.
Dia membuka mesejnya dan dibuka satu perbualan.
Terdapat 6 mesej yang belum dibaca.
Tapi hanya satu mesej yang dia fokuskan, terus dia membuka mesej tersebut dan dengan sekelip mata hatinya berasa lega.
Ditenung lama mesej tersebut.
Mom❤️
I'm sorry, I love you
SeenDon't give me those love..
I can't take it for now...
Just...
Be a good boy Alex
I trust you...
Because you are my son.Dia tak kisah jika mereka masih tidak memaafkannya, kerana dia memang layak untuk tidak dimaafkan.
Tapi dia juga terharu apabila ibunya sentiasa percaya padanya.
Tidak pernah putus kata baik daripada ibunya.
Daripada dulu, sehingga sekarang
Alex menekan butang tutup di telefonnya dan terus dia menyimpan telefonnya di dalam koceknya semula.
Dia memakai topi serta cermin mata hitam dan kakinya terus melangkah untuk melintas, menuju ke apartment kecilnya.
Sepanjang perjalanan, dia mendapat banyak panggilan tetapi hanya dihiraukan.
Biarlah, sekarang dia mula insaf.
Dia tahu sepatutnya dia berada di penjara.
Dan dia tahu Adonis melepaskan dia kerana ingin memberikan dia peluang.
Atas dasar sayang, dia mencuba untuk cuci tangan daripada perkara perkara lama yang telah dilakukan.
Bukan atas dasar sayang "gay" itu.
Tapi "sayang" sebagai seorang adik.
Dia mengerling ke arah lelaki yang berbadan tegap tegap berjalan melintasinya.
Dia menunduk.
Dan meneruskan perjalanannya.
'Aku nak berubah'
Matanya lebih tertumpu pada wanita.
Wanita.
Wanita.
Tapi hanya sekejap juga.
Takut jika mereka salah faham, mampuslah masuk lokap kat sini.
Sesampainya dia di apartment, dia bergerak menuju ke lif tetapi terhalang niatnya untuk masuk apabila seorang wanita menegurnya.
"Awal balik" kata si wanita itu.
Alex hanya menjulingkan matanya ke atas dan mendiamkan diri.
Tidak ada keinginan untuk bercakap dengan wanit tersebut.
Ditekan semula butang lif dan pintu lif tersebut terbuka. Alex masuk ke dalam lif tanpa memandang wanita tersebut.
"Sibuk pasal hal orang" gumam Alex menyampah.
————
"Melin" Melindsa yang sedang membelai kucing di kafe kucing terus menoleh memandang kawannya.
"Kenapa Lara?" Tanya Melindsa.
"Aku ada jumpa kafe yang jual kek sedap, tapi tak terkenal pun kafe tu. Kau nak?"
Melindsa meletakkan kucing tersebut di sebelahnya dan terus kucing tersebut berjalan jauh daripada mereka.
"Famous tak famous sama saja. Tapi ni mesti ada sesuatu sampai kau nak pergi sana kan? Takkan setakat kek sedap je" kata Melindsa sambil menjongketkan keningnya.
Sudah masak dengan perangai kawannya ini.
Lara tersengih sambil mengangguk.
"Aku nak cabar kau"
"Cabar apa pulak?" Tanya Melindsa keliru.
"Aku dengar kat situ ramai lelaki kacak. Aku nak jugaklah test market" kata Lara.
"Ohhh, ha cubalah"
"Tapi aku nak kau pun buat macam aku "
"Kita sama sama test market eh?"
"Nantilah aku fikir, aku banyak kerjalah" balas Melindsa malas.
"Jomlah weh, tinggalkan kerja bodoh kau tu kejap" pujuk Lara.
"Ish yela yela"
"Kat mana?" Tanya Melindsa lagi.
"Ikut sajalah nanti" Melindsa hanya mengangguk.
YOU ARE READING
Alexander, The Boy
RomanceSelepas dibenci oleh keluarganya sendiri akibat daripada kekhilafan diri dia mula membawa diri ke Australia. Ditinggal semua kerja kotornya. Dia cuba untuk memulihkan diri serta semangatnya. Dia menjadi seorang yang pendiam Bekerja di satu kafe keci...