9

998 86 16
                                    

"Mel, tadi Mike tanya aku kenapa aku tak makan" Kata Lara sebaik sahaja Melindsa masuk ke dalam rumah.

Melindsa duduk bersandar di atas sofa sambil mengeluh kepenatan. Dia memandang wajah Lara yang mencebik sambil menunggu reaksi darinya.

"Habis tu? Kau cakap apa?" Tanya Melindsa

"Emmm aku cakap aku tak tahu nak makan apa" jawab Lara sambil dia mengusap sofa jenis baldu itu.

"Mike marah ke?"

"Emmm dia tak marah, cuma dia pesan suruh makan je" Jawab Lara

"Habistu kenapa muka kau ketat je" Tanya Melindsa.

"Taklah, aku cuma rasa bersalah sebab tak jawab mesej dia sangat tapi dia okay je + boleh lagi care pasal aku. Dia tak nampak macam terasa ke apa dengan aku" adu Lara.

"Ohhh" itu sahaja ayat yang keluar dari mulut Melindsa. Bukan tidak mahu melayan, tapi dia benar benar kepenatan sehinggakan dia tidak mampu fokus 100% dengan perbualan ini.

Lara yang seakan faham bahawa Melindsa sudah kepenatan. Dia terus bangun dari duduk dan mengajak Melindsa untuk tidur. Lagipun, jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.

"Eh nanti tolong kejutkan aku pukul 8 okay" pesan Melindsa sebelum dia masuk ke dalam bilik tidurnya.

"Ya baik sayangggg" jawab Lara dengan manja sekali.

Melindsa hanya tersenyum dan terus memasuki biliknya.

"Lara" Panggil Melindsa.

Lara memandang wajah Melindsa yang tersenyum tipis dengan matanya yang kuyu itu.

"Jangan jual mahal sangat, both of you love each other. Just be yourself and he will love it. You don't have to hide it Lara. Be clingy, annoying as much as possible until he kick your ass off"

Terus Melindsa menutup pintu biliknya.

Lara tersenyum. Melindsa seakan akan faham apa yang Lara fikirkan sebenarnya.

Dia membuka telefonnya dan memulakan dahulu perbualan dengan Mike.

      ' Goodnight Mike, sweet dreams and i love you so much!' - Lara

Melindsa berbaring di atas katil, dia mengiringkan badannya sambil mengingatkan peristiwa di kafe.

Dia tersenyum nipis apabila dia teringat wajah Alex yang dingin apabila dia menyentuh bahu Alex.

"Such a rude guy... Don't worry, i love being the first one who started the game"

Melindsa mengigit bibirnya sambil perlahan lahan menutup mata.

Ah! Rindunya nak usik Alex setelah sekian lama dia tak usik Alex. Padahal baru berapa hari.

Tunggu lah, bila dia ada masa dia akan datang dan mengusik Alex lagi.

"I hope i can make you mine rude guy..."

————

"Alex" Panggil Mike.

"Hmm?" Alex yang sedang membasuh pinggan menjawab dengan bersahaja.

"Kenapa kau tak nak layan si Melindsa tu?" Tanya Mike.

Alex terdiam sejenak. Tapi tangannya masih lincah melakukan kerjanya.

'Melindsa? Macam mana dia tahu nama perempuan tu?'

"Kenapa kau tanya? Lagi satu, macam mana kau tau nama dia?" Soal Alex.

Pelik juga apabila Mike tahu nama perempuan itu sedangkan perempuan itu tidak pernah memperkenalkan dirinya sepanjang mereka berjumpa di kafe ini.

"Tak adalah, aku kasihan saja dengan Melindsa tu. Dah berapa kali nak try kau tapi tak dapat. Kau dingin sangat lah, cuba jangan dingin sangat dengan perempuan. Dah kira satu peluang besar tu kalau ada perempuan suka kita. Ingat senang ke perempuan nak suka lelaki macam tu je?" Jawab Mike.

"Jawapan untuk soalan kedua?" Tanya Alex lagi.

"Kawan dia beritahu, so sebab tu aku tahu nama dia" jawab Mike lagi.

Alex mengangguk tanda faham. Mike pula masih memandang Alex untuk mendengar jawapan daripada Alex tetapi Alex seakan akan tidak mahu menjawab soalannya. Mike mengeluh perlahan lalu ditundukkan mukanya.

Alex hanya memerhatikan gelagat Mike. Dia tahu Mike masih menunggu jawapan daripadanya.

Pinggan terakhir yang Alex cuci dilapkan dengan bersih lalu Alex simpan pinggan tersebut di dalam laci bersama sama pinggan yang lain.

Dia memusingkan tubuhnya menghadap Mike.

"I'm not that perfect for someone to fall in love with me Mike. Sure, she has the package and everyone will falls in love with her when they see her appearances" Mike mengangkat wajahnya memandang Mike yang sedang bercakap sambil bermain dengan jarinya.

Alex tersenyum tipis apabila mengingatkan gelagat spontan Melindsa setiap kali mereka bertemu.

"If i was the old me before I changed myself to someone who is cold + evil. I would, I would love to date her"  Mike mengerutkan dahinya.

'Did something happened to him before? So that's why he become someone that is so secretive + cold?'

'Betul ke Alex apa yang kau cakap? Tapi dulu kau lagi jahat dan kau songsang' bisik hatinya sendiri.

Tanpa sedar Alex mengangguk.

Kalau Alex yang dulu, mungkin dia akan jatuh cinta dengan Melindsa dahulu. Siapa sahaja yang mampu tahan dengan gelagat Melindsa yang spontan itu? Dan siapa sahaja yang berani seperti Melindsa? That's completely Alex ideal type when he was a teenager. Dan mungkin juga dia mampu menjadi seorang yang lebih baik. Jika dia berbuat sedemikian, pasti hidupnya menjadi sebuah pengakhiran yang indah....hidup bersama orang yang tersayang. Bukan seperti sekarang, yang sudah menjadi seakan akan neraka buatnya kerana kesunyian yang amat ketara dalam hidupnya.

"Tapi itu dulu, bukan sekarang. I'm not ready to hold her heart yet because I don't want to hurt her. I might be cold, but I'm still aware of other feelings Mike. I want to improve myself so that i can be better"

Ya, dia ingin menjadi seorang yang lebih baik. Dia tidak mahu perkara lama berulang lagi.

Dulu dia jahat, tapi syukur sekarang personalitinya sudah berubah sedikit. Cuma dia masih tidak dapat mengawal perasaan marahnya jika perkara tersebut melibatkan kisah silamnya.

"If you want to be better, just go and be friends with her" Mike tiba tiba mencelah.

Kini, Alex pula yang mengerutkan dahinya.

"Maksud kau?"

"You need someone who you can trust Alex. I know you can't trust me and that's why you won't tell me your secret or to be exact your past that makes your personality completely change" 

"Melindsa can be your friend. Walaupun dia selalu usik kau tapi aku yakin yang dia boleh jadi seorang pendengar yang baik. Daripada apa yang aku perhati dekat dia, she looks like someone that's completely open minded. She won't judge easily because that is soooo not her style" sambung Mike.

"I won't use her Mike"

"Aku tak suruh kau gunakan dia, aku suruh kau berkawan dengan dia. You should have someone you can trust Alex....and I know Melindsa can"

"Because she's the only person who you actually comfortable with. You just keep denying it Alex"

Alexander, The BoyWhere stories live. Discover now