"Lara!"
"Aku cakap aku taknak! Aku taknak jejak lagi kaki aku kat situ!" Jerit Lara.
"Lara, dia tegur kau berpeluh je...bukannya dia hina kau ke apa sampai kau taknak jejak kaki kat situ dah" balas Melindsa.
"Ah! Tak kira! Sebab anjing semalam tu aku kena dengan Mike. Kau tahu tak betapa malunya aku?" Tanya Lara. Dia mencebik tanda seperti mahu menangis.
Melindsa mengeluh lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Lara.
"Lara, bukan kau je tau malu. Lelaki yang aku kata aku minat tu pun nampak aku berlari macam babi semalam. Lagi teruk! Dia nampak muka aku tengah gelabah. Confirm tak cantik! Tapi aku okay je cuma malu sikit hahahahaha" terang Melindsa.
Lara memandang Melindsa kemudian tersenyum.
"Kau memang buruk, aku pasti lelaki tu dah tak suka kau lepas kes tu. opps! Lupa yang dia memang tak suka kau" kemudian Lara menghamburkan tawa yang kuat kepada Melindsa.
Melindsa mengembungkan pipinya dan berdiri semula.
"Dahlah! Aku ada kerja nak buat" Melindsa mencapai beret yang berada pada penyangkut.
"Hari ni kita tak pergi cafe tu kan?" Tanya Melindsa sebelum dia berlalu keluar daripada rumah.
Lara menggeleng dan Melindsa tersenyum.
"Malam ni aku masak, kau rehatlah"
"Tapi mesti kau penat.."
"Tak, aku dah biasa" balas Melindsa.
"You're the best mom I ever has"
"Otakko" jerit Melindsa dan terus dia keluar.
Lara tersenyum tipis.
—————
"Terima kasih datang lagi ya" ucap Mike mesra kepada pelanggan yang bergerak keluar daripada kafe.
Apabila Alex mendengar suara Mike yang mengucapkan ayat tersebut terus berdiri dan mengambil sesuatu di atas meja. Dengan tenang, dia keluar daripada dapur dan menuju ke arah Mike.
Mike yang perasan akan kehadiran Alex itu terus bersuara.
"24" Secara automatik, Alex menuju ke meja yang mempunyai nombor 24 dan membersihkan meja tersebut.
Mukanya kelat sahaja kerana hari ni dia tiada mood.
Mike yang perasan pada perubahan Alex terus membuka suaranya.
"Aku minta maaf, tapi itulah Zayn tak datang hari ni jadi kau kena buat kerja dia sekali"
Alex menggelengkan kepalanya.
"Takpe, aku okay je" balasnya dingin.
Mike menggosok belakang lehernya.
"Kau nampak lain hari ni"
Perbuatan Alex terhenti.
"Mungkin" jawab Alex sepatah.
Alex menyambung kerjanya semula.
Di dalam hati, perasaan marahnya masih bersisa pada perempuan jahanam tu. Tanggannya menggengam kuat kain yang digunakan untuk mengelap meja.
Hendak saja dia membunuh perempuan itu, tapi kerana prinsipnya untuk berubah dia batalkan sahaja niatnya untuk membunuh wanita itu.
"Gila punya perempuan" gumam Alex geram.
Apabila selesai membersihkan meja 24, Alex cepat cepat masuk ke dalam dapur dan meletakkan barang yang digunakan tadi di atas meja.
YOU ARE READING
Alexander, The Boy
RomanceSelepas dibenci oleh keluarganya sendiri akibat daripada kekhilafan diri dia mula membawa diri ke Australia. Ditinggal semua kerja kotornya. Dia cuba untuk memulihkan diri serta semangatnya. Dia menjadi seorang yang pendiam Bekerja di satu kafe keci...