6

2.3K 193 20
                                    

"Nah!" kata Alex kasar seraya menghempas kasar makanan yang dipesan oleh Melindsa sebentar tadi. Kemudian, dengan perlahan dia meletakkan minuman yang Melindsa dan Lara pesan. Belum sempat Melindsa bersuara, Alex terus melangkah laju ke bahagian dapur kafe untuk mengambil makanan yang dipesan oleh pelanggan yang lain.

Melindsa memuncungkan mulutnya tanda protes dengan perangai Alex tadi. Lara yang dari tadi menahan tawanya dari tadi terus meletus apabila melihat Melindsa memuncungkan mulutnya.

"Babe, Lawak gilaaa hahahaha. OBVIOUSLY HE DOESN'T HAVE ANY INTEREST WITH YOU" kata Lara membuatkan Melindsa tersenyum nipis.

"Dia jual mahal lah tu dengan aku...kau tahu kan berapa ramai lelaki berebut nak aku" balas Melindsa penuh yakin.

"Suka hati kaulah Mel. Yang pasti, Rude guy tu memang susah kau nak dapat dia"

"Habistu Mike? senang nak dapat?" tanya Melindsa sambil menjongketkan keningnya.

Kini, Lara pula yang membuatkan muka.

"Asal aku rasa yang Mike tu murah sangat bila kau cakap macam tu?" tanya Lara.

Melindsa tersenyum sinis.

"Sebab tu aku minat rude guy tu. Memang susah nak dapat dia, tapi bila dah dapat...it's worth it "Melindsa tersenyum lebar sambil memandang Alex yang masih menghidangkan makanan dan minuman untuk pelanggan yang berada selang tiga meja dari meja mereka selepas ayat terakhir itu diucapkan.

Alex yang perasan pandangan Melindsa itu hanya membiarkan sahaja. Malas mahu melayan nanti makin menjadi jadi perangai perempuan tu.

"kring" bunyi loceng daripada pintu kafe itu membuatkan Alex memandang si empunya yang baru masuk ke dalam kafe. Terus Alex menuju ke arah orang itu dan membaling nota kepada orang itu.

"Lain kali jangan datang lambat. Menyusahkan orang saja" kata Alex kasar dan terus dia masuk ke ruang dapur untuk menyambung kerjanya.

Lelaki tersebut memandang Mike.

"Kenapa dengan dia? dah pandai cakap kasar sekarang"

Mike hanya menjongketkan bahunya tanda tak tahu.

Malas mahu memikirkan masalah Alex, dia terus mencapai uniformnya dan mula bekerja.

Mike menggelengkan kepalanya lalu matanya terpandang Lara. Lara yang juga memandang Mike pada waktu itu terus kelam kabut. Dia terus mengalihkan pandangannya pada Melindsa yang sedang menikmati spaghetti dan kemudian pandangannya beralih ke arah luar kafe pula.

'Kenapa aku pergi pandang dia...kan dah kantoi..'

Lara menggosok tangannya dan menggigit bibir apabila Mike masih memandangnya.

"Woi!" sergah Melindsa apabila dari tadi Lara seperti tidak tentu arah.

Lara yang tersentak terus memandang Melindsa dan tersenyum kekok.

"Ha ye, ke- kenapa?" Soal Lara.

Melindsa mengerutkan dahinya lagi.

"Sejak bila kau jadi gagap ni?" Tanya Melindsa pula.

Bebola mata Lara bergerak ke arah Melindsa, Melindsa terus menoleh ke belakang dan terserlah Mike yang sedang memandang mereka.

Opps! Bukan mereka. Tapi Lara

Melindsa memandang semula ke arah Lara sambil tersenyum kambing.

"Acah acah je lah kau ni. Malu konon" ujar Melindsa.

Lara mencubit lengan Melindsa.

"Takpayahlah! Dia dengarlah!" Kata Lara dengan nada yang sangat rendah.

Melindsa hanya mampu ketawa dan menganggukkan kepalanya. Kemudian, dia mencapai secawan iced latte yang dipesannya tadi.

Dia mengacau iced latte tersebut dengan straw kemudian menghirup sedikit air tersebut.

Dia menutup matanya, menikmati iced latte itu.

"As expected from the rude guy" gumam Melindsa.

'Haihhh, rude guy tu langsung taknak layan aku..' bisik hati Melindsa.

Jujur, memang dia minat dengan lelaki itu. Disebabkan itulah dia sanggup memalukan dirinya dengan mengusik lelaki itu walaupun lelaki itu seperti tidak berminat dengannya.

Aura dia lain daripada yang lain.

Takpe Mel, jangan mengalah!

—————

"Lara jom" Panggil Melindsa dan Lara akur. Dia berdiri lalu mengikuti Melindsa ke bahagian kaunter. Tetapi apabila dia melihat Mike yang sedang bertugas pada waktu itu terus dia berhenti dan membiarkan Melindsa sahaja yang menuju ke kaunter.

Melindsa yang sedar akan hal itu hanya tersenyum sinis.

Dia berdiri di hadapan kaunter dan menberitahu nombor mejanya kepada Mike.

Mike mengangguk dan mencari nombor meja tersebut di dalam tablet kafe itu.

"Mike" panggil Melindsa dan Mike memandangnya. Senyuman lebar diberi kepada Mike.

"Um..boleh tak saya nak nombor awak?" Tanya Melindsa lembut.

Mike mengerutkan dahinya. Apabila melihat mata Melindsa yang menjeling ke tepi. Dia sudah agak apa yang dirancang oleh Melindsa.

Dia membalas senyuman Melindsa dan mengangguk.

Nota kecil dikoyakkan dan dia menulis nombor telefonnya di atas nota tersebut.

Sedang dia menulis dia bersuara.

"Untuk kawan awak ya?" Tanya Mike.

"Ya, saya nampak awak dengan dia asyik pandang pandang je tadi. Tak syok lah kalau tak kenal kenal kan?" Tanya Melindsa.

Mike mengangguk dan menyerahkan nota tersebut kepada Melindsa.

Melindsa cepat cepat menyimpan nota tersebut ke dalam poket seluarnya.

"Total makanan tadi?" Tanya Melindsa lagi.

"Oh jap"

"$20" Melindsa mengeluarkan wang berjumlah $20 kepada Mike.

"Kalau kawan saya tak malu, dia text awak okay?" Mike ketawa kecil dan mengangguk.

"I'm waiting" balas Mike.

Melindsa menarik Lara yang berada tidak jauh daripada mereka dan keluar daripada kafe tersebut.

Mike memandang nota yang dikoyakkan tadi. Perlahan lahan, dia tersenyum lebar dan menggosok belakang lehernya.

Alexander, The BoyWhere stories live. Discover now