3

3.1K 201 18
                                    

"1 Hot Chocolate And 1 Ice Latte"

"K" balas Alex lalu tangannya mula lincah membuat kerja.

Setelah siap, dia mengambil dulang dan meletakkan minuman tadi dan dibawa ke meja yang memesan makanan tersebut.

Dia menghidangkan makanan dan minuman tersebut dengan penuh berhati hati. Sesekali matanya mengerling ke arah dua orang wanita yang memesan minuman tadi.

Seorang sedang memandang Mike.

Seorang sedang memandang dia.

Alex tahu dibalik ekor matanya wanita itu sedang memerhatikan dia tapi dia malas mahu memandang wanita itu semula. Tangannya lebih cepat meletakkan makanan dan minuman tadi lalu dia beredar.

Dulang tadi diletakkan di atas meja. Alex melabuhkan punggungnya di atas kerusi lalu menghelakan nafas pendek.

"Asal dia pandang aku?" Gumam Alex keliru. Dia memerhatikan pakaian kerjanya.

'Tak ada benda pun'

'Ah lantaklah! Dia bosanlah tu' bisik hati Alex dan dia mengambil pancakes ke meja yang sama.

Tidak mahu melengahkan masa di situ, terus diletakkan pinggan yang berisi pancakes dan berkata "silakan makan" tanpa sebarang senyuman.

"Malas aku nak senyum" gumamnya lagi dan terus dia masuk ke bahagian dapur semula.

————

"Weh, seriuslah lelaki tu kau minat?" Tanya Lara lagi.

Melindsa hanya mengangguk sambil tersenyum tipis.

"Aku suka aura dia, kau juga yang nak aku pilih kan? I already got my candidate and I'm ready to know him" kata Melindsa lembut.

"Suka hatilah, memanglah handsome. Tapi aura dia tu macam dark" balas Lara.

"Baguslah, aku tak minatlah aura acah innocent padahal bad boy" balas Melindsa pula.

Lara mencebik dan menjeling Melindsa.

"Perlilah tu" kata Lara.

"Memang pun"

"Jahat"

"Jahat ni lah yang selalu tolong kau"

"K mel k" Lara melajukan langkahnya ke hadapan dan meninggal Melindsa di belakang.

Melindsa menggelengkan kepalanya.

"Dahlah depan tu ada anjing" gumam Melindsa. Belum sempat dia melangkah ke depan suara Lara mula bergema di lorong kecil itu.

"Anjinggg" jerit Lara sambil berlari mendapatkan Melindsa yang sudah ketawa.

"Weh larilahh" jerit Lara. Melindsa yang ketawa tadi mula berlari jauh meninggalkan Lara yang takut itu.

"Mell! Aduhh menyesal aku suruh dia lari" rungut Lara sambil berlari laju.

                                    ————

"Mike" panggil Alex perlahan. Mike yang sedang mencuci cawan hanya menyahut sahaja panggilan Alex.

"Ya, kenapa?" Tanya Mike.

"Kawan kau ke yang perempuan dua orang tu?" Tanya Alex. Punggung dilabuhkan di atas meja yang kosong.

"Yang mana? Ramai sangatlah pelanggan kita tadi" balas Mike pelik.

"Yang menjerit kuat tiba tiba tu" balas Alex pula.

Mike mengerutkan dahinya sebelum menjawab "aku pun tak kenal sebenarnya, tapi aku cam lah muka diaorang sebab kes tadi. Kenapa lau tanya?"

"Tak ada apa, saja tanya" balas Alex lalu dia berdiri dan meninggalkan kawasan dapur tersebut.

"Aku nak tengok kaunter jap, lepastu aku balik" kata Alex dan Mike hanya mengangguk sahaja.

Alex berjalan menuju ke kaunter dan melihat jika semua barang dan duit yang disimpan di laci ada.

Apabila kesemua barang tersebut masih tersimpan elok dan rapi, Alex terus mengambil jaketnya dan keluar daripada kafe tersebut.

"Woiii tepiiii!" Jeritan seseorang menyentakkan Alex yang sedang berjalan. Dia melihat seorang wanita sedang berlari laju menuju ke arahnya.

Wanita tadi.

Alex terus beralih ke tepi sambil memerhatikan dia yang sudah berpeluh. Tapi, wanita tersebut tidak menuju ke arahnya. Malah, dia masuk ke dalam kafe tempat kerjanya.

Alex kerut dahi.

"Suruh ke tepi tapi tak lalu pun" gumam Alex.

"Tolongggg" kedengaran suara wanita lagi menjerit. Alex mengalihkan pandangannya lagi untuk melihat.

Wanita tu jugak, yang menjerit dalam kafe.

Alex menggelengkan kepala apabila wanita tersebut sudah berpeluh teruk dan masuk ke dalam kafe yang sama juga.

"Apalah yang diaorang buat" kata Alex dan dia terus berjalan pulang ke rumah.

                                   ————

"Syaitan punya Melindsa!" Jerit Lara sebaik sahaja dia masuk ke dalam kafe tersebut. Melindsa yang sedang lelah hanya ketawa pendek sahaja melihatkan Lara yang berpeluh teruk itu.

Lara menuju ke meja yang Melindsa duduk dan merehatkan kepalanya di atas meja.

"Bapak penat" rungut Lara.

"Tu lah kau, taknak dengar cakap aku" balas Melindsa.

"Kau mana ada cakap apa-"

"Cik" ayat Lara dipotong oleh Mike.

Terus Lara mengunci mulutnya.

Melindsa yang faham terus memandang Mike dan mengangkat keningnya.

"Kedai kami dah nak tutup ni" kata Mike.

"Ohhhh lupa, maaflah kami ni baru lepas marathon. Amnesia kejap" kata Melindsa dan terus dia berdiri sambil menarik tangan Lara.

"Maaf ya" kata Melindsa lagi dan Mike mengangguk.

"Yang perempuan kat sebelah cik tu suruh hati hati ya. Nampak macam peluh teruk tu" kata Mike dan Melindsa tersenyum.

Lara yang mendengar terus menekup mukanya malu.

'Aku tak sepatutnya datang sini tadi...' bisik hati Lara.

Apabila mereka berdua sudah keluar, Mike tersenyum lalu menggelengkan kepalanya.

'Macam macam betullah diaorang ni'

Alexander, The BoyWhere stories live. Discover now