TENG TENG TENG!
Alex bangun dalam keadaan yang mamai dan menuju ke arah telefonnya yang sedang berbunyi kuat.
Dia menutup alarm yang berbunyi tadi dan terus melihat jam di telefonnya.
6.30 pagi.
Alex menutup telefonnya dan menapak masuk ke dalam biliknya semula untuk mengambil tualanya.
Dia menanggalkan pakaiannya dan terus masuk ke dalam tandas untuk mandi dan bersiap ke tempat kerjanya.
7.30 pagi.
Alex menyembur minyak wangi di bahagian leher serta tangannya. Gel rambut diambil dan hanya dicalitkan sedikit di rambutnya dan dia mengemaskan rambutnya.
Kunci rumah diambil di atas meja dan terus dia keluar daripada rumah apartmentnya. Dia berjalan laju ke arah lif dan terus menekan butang GF sebaik sahaja dia masuk ke dalam lif yang tiada orang di dalamnya.
Apabila lif berhenti di tingkat GF, Alex dikejutkan dengan wanita semalam. Alex mengeluh lalu keluar dari lif itu dengan segera.
'Tak habis habis nak kacau'
"Encik! Encik!" Jerit wanita tersebut.
Alex menghentikan langkahnya lalu menoleh ke arah wanita tersebut.
"Ya, ada apa?"
"Ah, tak...macam ni saya nak kunci lebih apartment encik" kata wanita itu.
Alex mengerutkan dahi.
"Untuk apa?"
"Kalau apa apa terjadi, sekurang-kurangnya kami masih menyimpan kunci encik"
Alex terus menggelengkan kepala.
"Tak perlu, aku tau macam mana nak buat. Kau kerja je, takpayah risau pasal aku" kata Alex dan terus dia beredar.
Wanita tersebut mengeluh.
"Ish! Minta kunci pun tak bagi" gumam wanita itu geram.
—————
"Lara, perlahan lah sikit. Tak lari pun lah kafe yang kau cakap tu" kata Melindsa.
"Aku nak kita sampai tepat pada waktunya"
"Bukan kau dapat layanan first class pun dengan jejaka idaman kau tu" perli Melindsa.
"Biarlah, kau ni tak habis habis nak hancurkan plan aku tau. Depresi kang aku"
"Lantaklah" balas Melindsa selamba lalu dia berjalan meninggalkan Lara yang bingung.
"Ish kawan aku ni" kata Lara geram dan dia mengikuti Melindsa daripada belakang.
5 minit mereka berjalan dan akhirnya Lara berhenti di hadapan pintu masuk sebuah kafe.
Melindsa menjongketkan keningnya lalu bertanya.
"Ini?"
Lara mengangguk.
Belum sempat Melindsa bersuara, Lara menarik Melindsa masuk ke dalam kafe tersebut dan mereka terus disapa oleh seorang lelaki yang berpenampilan kemas.
"Hi selamat datang, sila duduk ya cik nanti kami akan datang dan ambil pesanan cik" kata lelaki tersebut dengan penuh ramah.
Lara memegang erat tangan Melindsa.
Ketika mereka berdua duduk, Lara terus menepuk bahu Melindsa dengan kuat lalu tersengih.
"Weh lelaki tu, itulah yang aku cakap. Handsome!!!! Kau tengok tadi dia senyum. Aku rasa aku dekat syurga" kata Lara bersungguh sungguh.
YOU ARE READING
Alexander, The Boy
RomanceSelepas dibenci oleh keluarganya sendiri akibat daripada kekhilafan diri dia mula membawa diri ke Australia. Ditinggal semua kerja kotornya. Dia cuba untuk memulihkan diri serta semangatnya. Dia menjadi seorang yang pendiam Bekerja di satu kafe keci...