"Melllll!" Jeritan Lara membuatkan Mel bangun daripada tidur.
"Kenapa Lara?" Tanya Melindsa yang masih lagi mamai. Rambutnya yang mula kusut digosok kasar kerana masih mengantuk.
"Mike! Balas mesej aku bongok!" Jawab Lara dengan nada yang ceria.
Melindsa mengeluh kasar.
Dibalingnya bantal tidur pada Lara yang sedang angau itu.
"Kau ni pun, takpayahlah sampai nak kejutkan aku. Penat tahu tak, aku baru cover balik tidur aku" bebel Melindsa yang betul betul menyampah pada masa itu.
Dia mengarahkan supaya Lara keluar daripada biliknya.
Lara hanya tersengih sengih, ingat dia kisah? Yang penting dia boleh text dengan Mike. Lara mengalihkan semula pandangannya pada telefon bimbitnya yang berdering.
Lara tersenyum lagi apabila tertera nama Mike dia notification Lara. Dia membuka message tersebut.
'Esok awak datang kafe tak? Saya nak berbual lagi dengan awak...'
Lara meloncat gembira.
"Melllllllll" Lara berlari menuju ke bilik Melindsa semula.
Tapi malangnya, pintu bilik Melindsa berkunci.
"Melllll bukaklahhhhh, Mike cakap dia nak berbual dengan aku esok dekat kafeeee!" Jerit Lara sambil mengetuk pintu bilik Melindsa.
"Ya Lara Ya! Bagi aku tido pleasee aku nak kerja kejap lagi" Jerit Melindsa semula.
"Okieeee"
——————
"Babe, don't forget our date tomorrow" kata Lara dengan nada yang lembut.
Melindsa memandang Lara dengan pandangan 'kau apahal syaitan...'
"Lebih baik aku pergi kerja sekarang, kang nanti tak pasal pasal kena sampuk dengan jin gedik" balas Melindsa menyampah.
Disarung kasut high heels yang berjenama itu. Kemudian, dia mencapai beg yang berada di bahu Lara.
Lara tersengih sengih lagi pada Melindsa.
"Jangan lupa tau"
"Ya aku tau, nanti aku balik saja dari kerja kita terus pergi kafe" balas Melindsa lagi.
"Bai Melll" Ucap Lara.
—————
"Melindsa, customer" kata rakan kerjanya dengan nada yang halus. Melindsa terus berdiri dan membuat kerjanya.Pelanggan tersebut menghampiri Melindsa yang sedang bertugas lalu dikenyitkan mata kepada Melindsa.
"Hi pretty" ucap lelaki itu.
Melindsa memberikan senyuman yang sangat kekok kerana tidak selesa dengan kehadiran pelanggan tersebut.
"What's your name?" Tanya lelaki tersebut
"Why do you ask?" Tanya Melindsa pula.
"Because I want to know if this angel has a name.." nada lelaki itu mula berubah.
"I'm so sorry sir, but I'm not interested and I'm so fucking busy right now" balas Melindsa masih dengan nada yang lembut.
Lelaki tersebut mengerutkan dahinya.
Mungkin...upset?
Nampak macam Melindsa kisah ke?
Lelaki itu memandang Melindsa dengan pandangan yang tajam.
Melindsa mengacau cawan yang berisi air tersebut sambil memandang lelaki itu.
"Yeah, I know that you are our customer but please. I'm not easy as you think. Don't even try me, even if you rich" kata Melindsa lagi.
Lelaki tersebut mendengus kasar dan beredar dari situ.
Melindsa tersenyum sinis.
Partner Melindsa yang berada di sebelahnya sejak daripada tadi hanya termenung selepas kejadian tadi.
Selepas beberapa minit, dia menegur Melindsa.
"Melindsa, kenapa tolak? Nanti bos marah macam mana?" Tanyanya risau.
Melindsa mengangkat bahunya.
"Lantaklah, aku tak ada masa nak layan lelaki macam diaorang" balas Melindsa menyampah.
Terus rakannya mendiamkan diri. Takut jika Melindsa tiba tiba meletup jika dia bertanya lagi.
"Nanti pukul 8 aku nak balik, kawan aku nak pergi kafe" Rakannya hanya mengangguk.
—————
"Alex!" Jerit Bella apabila dia melihat kelibat Alex sedang berjalan keluar daripada apartmentnya.
Bella menarik lengan Alex supaya berhenti tetapi Alex menarik kasar tangannya daripada ditahan oleh Bella.
"Who ask you to call me by my name?" Tanya Alex geram.
Bella menggigit bibirnya.
"Encik..." panggil Bella lembut.
Alex diam.
"Saya minta maaf pasal kes hari tu...saya memang nak kenal dengan encik. Saya dah minat sangat sebab tu saya cuba nak tau pasal encik. Tapi sumpah saya tak jumpa apa apa!" Tipu Bella.
Alex tertawa sinis.
Dia menjeling Bella lalu ditarik rambut Bella dengan lembut tetapi boleh dirasakan betapa marahnya dia.
"Aku tak bodoh tau" kata Alex ringkas
Kemudian dia melepaskan Bella dan berlalu pergi. Bella hanya memerhatikan pemergian Alex dengan hati yang duka.
'Kenapa Alex layan aku macam sampah?' Bisik hati Bella.
Tidakkah Bella tahu, Alex tak pernah berminat dengan dia kerana dia hanya seorang staf di apartment tersebut.
Tidakkah dia tahu Alex sikit pun tidak merasakan kehadiran Bella kecuali apabila Bella cuba menceroboh tentang rahsia yang dia cuba hapuskan...supaya dia dapat menjadi insan yang lebih baik dan pulang ke pangkuan keluarganya apabila perkara itu terjadi.
YOU ARE READING
Alexander, The Boy
Lãng mạnSelepas dibenci oleh keluarganya sendiri akibat daripada kekhilafan diri dia mula membawa diri ke Australia. Ditinggal semua kerja kotornya. Dia cuba untuk memulihkan diri serta semangatnya. Dia menjadi seorang yang pendiam Bekerja di satu kafe keci...