Melindsa memakai baju uniform kerjanya. Kemudian dia mengoleskan gincu berwarna nude di bibirnya. Rambutnya dirapikan sehingga rambut panjang ikal mayangnya itu kelihatan kemas. Beg kerja dicapai dan dia gantungkan beg tersebut di bahunya.
Selepas memeriksa telefon bimbitnya, dia tiba tiba duduk di atas katilnya dan mengeluh perlahan.
Lara yang berada di hadapan pintu hanya memerhatikan perlakuan Melindsa itu.
"Kau kenapa Mel?" Tanya Lara.
"Tak, aku cuma malas nak pergi kerja. Tak best" Jawab Melindsa.
"Lah, tak syok pun tapi gaji masyuk apa...so kira nice lah tu banyak gaji masuk walaupun kau tak suka kerja tu" Jawab Lara.
Melindsa yang mendengar jawapan Lara itu terus mengeluh sekali lagi. Kepala digelengkan sambil dia memicit pelipis dahinya. Lara terdiam sebentar. Dia berfikir adakah dia sudah membuat rakannya itu terasa.
"Err kau okay ke Mel?" Tanya Lara.
Mel hanya mengangguk, dia bangun daripada duduknya itu dan kemudian bergerak menuju ke ruang tamu. Roti bakar yang disediakan oleh Lara diambil lalu disuapkan ke mulutnya.
"Sedap! Thanks Lara!" Jawab Melindsa dengan nada yang ceria. Lara hanya memandang rakannya itu dengan pandangan yang keliru.
'Aik? Bukan tadi dia macam sedih ke'
"Opp!" Lara memandang Melindsa yang tiba tiba berpusing menghadapnya. Melindsa menyandarkan sisi badannya di tepi dinding lalu mengangkat kening ke arah Lara.
"How was it yesterday?" Usik Melindsa. Seperti tahu apa yang dimaksudkan oleh Melindsa, terus merah muka Lara apabila dia teringat kes semalam. Nafasnya seolah olah tersekat mengingatkan kejadian tersebut.
Melindsa tergelak kecil dan terus melambaikan tangannya kepada Lara.
"Byeee aku pergi duluuu, jangan ingat aku tak perasan kenapa Mike dukung kau semalam" Kata Melindsa dan terus dia berlari keluar.
"Heyyy mana ada macam tu lahhhh" jerit Lara.
Terus dia teringat kejadian tersebut.
Warning!!!! Scene 🔞
'Do you really love me?' Tanya Mike sebaik sahaja mereka ke tempat lain untuk memberi privasi kepada Alex dan juga Melindsa. Lara yang terkejut dengan soalan Mike itu hanya mengangguk kecil. Dilihat raut muka Mike seolah olah kecewa saja lalu Lara mengerutkan keningnya kerana pelik.
Mike memuncungkan bibirnya.
'Kenapa saya rasa macam awak tak suka saya? Saya text awak pun awak macam nak tak nak balas....the only text that makes me go crazy is when you said that you love me...tapi sekali je saya dapat then we're back to normal....' Kata Mike.
Lara hanya memandang wajah Mike, tidak tahu bagaimana caranya untuk dia menjawab soalan Mike itu. Dia bukannya jual mahal atau tidak suka. Tetapi dia malu....
'Aaaa bukannn...emmm saya sebenarnya busy haaa busy' Lara menjawab sambil matanya melilau memandang ke semua tempat.
Mike mengecilkan mata.
'Looks like you're lying to me Lara' Jawab Mike.
Lara terdiam.
Aaa sudah....nak cakap apa ni.
Alex mengeluh, Lara sudah mula risau apabila melihat reaksi Mike seperti itu. Mike memandang tepat ke mata Lara yang sudah nervous kerana risau jika Mike tiba tiba mahu putus kerana sikapnya yang timid sebegini.
YOU ARE READING
Alexander, The Boy
RomanceSelepas dibenci oleh keluarganya sendiri akibat daripada kekhilafan diri dia mula membawa diri ke Australia. Ditinggal semua kerja kotornya. Dia cuba untuk memulihkan diri serta semangatnya. Dia menjadi seorang yang pendiam Bekerja di satu kafe keci...