"Mom" Bisik Alex pada dirinya sendiri.
Ibu jari Alex mengusap sekeping gambar ibunya yang masih disimpan di frame yang berada di biliknya.
Dia menguntumkan senyuman yang tipis apabila melihat gambar ibunya itu. Terbit perasaan rindu dan sebak yang mula bercampur.
"I miss you. I'm sorry" bisik Alex umpama ibunya dapat mendengar ucapannya tadi.
Pandangan Alex beralih pada almari pula. Sebaik sahaja melihat gambar yang ditampal di almari itu, Alex mengeluh dan mula teringat pada Bella.
"Stupid Bella" bisiknya.
Bella mungkin sudah lihat gambar yang berada di pintu almarinya.
Gambar abangnya...
Gambar Rose...
Bodoh!
Sepatutnya gambar itu dia buang terus ke dalam tong sampah! Tak perlu simpan simpan kerana rindu! Tengok apa jadi sekarang! Bella dah nampak!
Gambar mereka yang sudah Alex tuliskan beberapa perkara yang mungkin akan disalah tafsir oleh sesiapa sahaja yang melihat tulisan di gambar tersebut.
Dia meramas kasar rambutnya.
Bukan itu niatnya..
Dia dah berubah..
Cuma dia sayang nak buang gambar tersebut..
Lama dia menunduk dan menekur pada lantai.
Selepas 15 minit dia termenung, dia bangun lalu mengambil gambar yang ditampal di pintu almarinya.
Terus dibaling gambar ke dalam tong sampah.
"Sorry"
Kemudian Alex menuju ke katilnya dan melabuhkan punggungnya di situ.
Telefon dicapai lalu dilihat skrin telefon tersebut. Jam di skrin telefon menunjukkan sudah pukul 2 pagi.
Alex mengeluh lagi.
"Esok kerja. Lebih baik aku tidur" gumam Alex pada dirinya sendiri dan dia baring di atas katil sambil mencari posisi tidur yang selesa untuknya.
Dia membayangkan keluarganya sebelum tersenyum dan terus lena...
—————
"Fuck! Apa aku nampak tadi?" Bisik Bella pada dirinya sendiri.
Gambar lelaki dan perempuan...
Dengan tulisan
He's mine!
She's a bitch
Dahi Bella berkerut apabila teringat kembali pada tulisan pada gambar tersebut.
Rose is red
But once it get killed by me it will no longer be red..but BLACK AS THOSE SHITTY PERSON THAT EXIST IN THIS WORLD!Takkanlah...
Alex yang tulis?
Tapi kenapa he's mine?
Lelaki yang berada di sebelah perempuan itukah yang dimaksudkan?
Gay?
Bella menggelengkan kepalanya.
"Tak mungkin" fikir Bella sambil otaknya ligat memproses apa yang dilihatnya di apartment Alex.
YOU ARE READING
Alexander, The Boy
RomanceSelepas dibenci oleh keluarganya sendiri akibat daripada kekhilafan diri dia mula membawa diri ke Australia. Ditinggal semua kerja kotornya. Dia cuba untuk memulihkan diri serta semangatnya. Dia menjadi seorang yang pendiam Bekerja di satu kafe keci...