"Mellll!" Jerit Lara sebaik sahaja kelibat Melindsa berada di hadapan rumahnya. Lara yang sejak daripada tadi berdiri menunggu Melindsa terus menutup pintu rumah dan pintu terus dikuncinya.
Melindsa tersenyum nipis apabila melihat Lara yang memang tak sabar nak berjumpa dengan crush dia. Penat yang Melindsa rasa selepas bekerja tadi dia hiraukan. Yang penting sekarang adalah kegembiraan sahabatnya itu. Melindsa mencapai tangan Lara.
"Jom Lara" kata Melindsa lembut.
Lara tersengih.
"Jom mellll" balas Lara ceria. Tangan Melindsa yang memegangnya Lara capai dan dieratkan tautan tangan mereka.
"Kau nak naik apa Lara?" Tanya Melindsa.
"Kalau kau tak larat, kita boleh naik bas?" Cadang Lara.
Dia tahu Melindsa penat, lihat muka saja dia sudah tau bahawa sahabatnya itu penat. Tapi Melindsa tidak merungut dan sanggup menemaninya untuk berjumpa dengan Mike. Lara tidak boleh tipu bahawa dia sangat terharu kerana mendapat sahabat sebaik Melindsa. Yang tidak pernah jemu melayan karenahnya yang seperti budak budak.
Siapa saja tak terharu? Walaupun sebagai kawan?
Melindsa hanya mengangguk apabila Lara bercadang untuk menaiki bas. Lalu, mereka berjalan menuju ke bus stop. Kelopak mata Melindsa perlahan lahan semakin tertutup sambil menunggu bas.
Kemudian matanya kembali terbuka, cuba menahan mata daripada tertutup yang akhirnya membuatkan dia tertidur.
Lara yang perasan hanya membiarkan, dia tidak mahu menganggu Melindsa yang sedang penat. Dia hanya menggenggam erat tangan Melindsa.
"Kau tidurlah, kalau bas dah sampai aku kejutkan kau" akhirnya Lara bersuara.
Melindsa yang mendengar terus bersandar dan menutup matanya.
Memang dah penat sangatttt!
——————
"Hi Alex" tegur Harry.
"Kenapa?" Tanya Alex kasar.
"Wowowowo, sejak bila Alex kita pandai berkasar? Dah hampir 6 bulan kat sini baru kau tunjuk belang kau ya?" Kata Harry dengan nada yang sarkastik.
Alex hanya membiarkan kata kata Harry, malas mahu melayan orang toksik seperti Harry ini.
Tangannya lincah membuat kerja, Alex memotong bahan yang mungkin digunakan untuk hari ini. Kemudian dia membersihkan tangannya di sinki dan mencuci pinggan mangkuk yang tidak bercuci di sinki.
Dalam kepalanya, bermacam macam perkara yang sedang dia fikirkan.
Tentang bagaimana dia perlu keluarkan Bella daripada terus mengganggu privasinya, tentang keluarga yang dia rindu...
"Umairah..." nama kakak iparnya dia sebut perlahan.
Rasa bersalah mula mencengkam jiwanya. Kerana perasaan bodohnya dahulu, dia hampir membunuh kakak iparnya sendiri.
'I'm so sorry...I'm so sorry..' bisik hati Alex
Kalaulah dia dapat meminta maaf kepada Umairah atas kekhilafannya dulu...
Tidak mahu terlalu memikirkan hal tersebut, Alex kembali fokus mencuci pinggan mangkuk. Matanya sekejap memandang jam di dinding.
'Hmm lagi 15 minit kedai nak bukak'
Setelah siap membuat kerja di dapur, Alex menuju ke bahagian depan pula. Alex memandang meja yang masih belum dilap supaya nampak bersih.
"Harry!" Jerit Alex
YOU ARE READING
Alexander, The Boy
RomanceSelepas dibenci oleh keluarganya sendiri akibat daripada kekhilafan diri dia mula membawa diri ke Australia. Ditinggal semua kerja kotornya. Dia cuba untuk memulihkan diri serta semangatnya. Dia menjadi seorang yang pendiam Bekerja di satu kafe keci...