Bab 9 : Gerimis Kasih

61 5 0
                                    

"  Abang Din!! " Dahlia berlari-lari anak sambil menjerit namaku. Habis semua dilanggarnya saat dia meniti titi yang sudah tua. Aku menyeluk tanganku ke dalam air yang berais itu, cukup untuk menyejukkan ikan-ikan hasil tangkapan aku dan rakan-rakan nelayanku yang lain. Dahiku yang berpeluh kukesat dengan lengan.

  "Ada apa, Dahlia? Abang sedang bekerja ni. " Aku melihat Dahlia. Dia tercungap-cungap selepas berlari terlalu lama.

"Kak Mawar... K.. ak Mawar! " tersekat-sekat suaranya menarik nafas. Aku menggigit bibir. Dahlia hanya cuba bernafas sambil jarinya menunjuk-nunjuk ke arah rumahku.

  "Kak Mawar kenapa? " Aku sudah diselubungi keresahan.

  " Ahmad, engkau tolong tengokkan ikan ya. Aku mahu tengok Mawar. " Aku segera mengambil beg sandang yang dijahit Mawar dan berlari ke rumah. Sekarang aku tahu kenapa Dahlia bercakap macam tak cukup nyawa.

 Penduduk kampung berlari-lari ke arah rumahku. Seorang mak cik yang berlebaikan kain batik berlari terhuyung-hayang sambil membawa bekas berisi air. Semuanya menuju ke arah rumahku. 

 Aku teus menerpa pintu masuk tanpa salam. Kelihatan beberapa orang wanita sedang mengusap lembut dahi Mawar. Mukanya mengerut kesakitan.

 "Najmuddin, anaknya sudah mahu keluar. Cepat tolong aku carikan kain batik! " ujar salah seorang makcik tua di hadapan Mawar. Kaki Mawar diangkat perlahan-lahan. Aku berlari ke dalam bilik, mencapai apa yang perlu untuk persiapannya. Tangan Mawar kugenggam erat sementara Mawar meneran dalam kesakitan.

Perasaanku bercampur-baur. Aku melihat Mawar, air matanya tumpah seperti darah di badannya ketika dia hendak melahirkan anak sulungku. Aku mengetap bibir. Aku terlalu takut dan terlalu gembira.

 Mak cik yang sedari tadi duduk di hujung kaki Mawar membantu apa yang patut. Sejenis sesuatu tradisi yang tidak kutahu; melahirkan anak secara tradisional tanpa bantuan doktor.

"Mahu keluar dah, Mawar! Aku boleh lihat kepalanya. Ayuh tekan lagi! Kamu pasti boleh Mawar!" Makcik itu tersenyum, melonjak kegembiraan. Zikirku bersulam dengan kata-kata semangat buat Mawar.

   Selang beberapa minit, jeritan Mawar ditenggelami dengan tangisan seorang bayi. Semua bibir disitu menguntum senyuman yang manis. Aku duduk dalam keletihan, Mawar tercungap-cungap menarik nafas lega.

"Eh, engkau ni Najmuddin. Macam engkau pula yang melahirkan anak. " seloroh wanita tua itu. Aku menghampiri anakku, tali pusat sudah pun dipotong. Dia dibalut kemas dalam kain batik milik Nenda.

 Tanpa membuang masa, aku menghadap kiblat, merendahkan mukaku ke arah telinga kecil itu lalu mengazankannya dengan kalimah-kalimah suci Allah.

Dengarlah anakku. Engkau datang ke dunia dengan kiriman Allah, dengan keizinan Allah lalu engkau harus berjanji akan pulang ke pangkuan Allah. Kembali sebagaimana lahiriah engkau yang terpuji; sebagaimana engkau hadir ke dunia ini sebegitulah engkau akan pulang ke syurga nanti, anakku.

Titisan demi titisan air mataku jatuh menyembah bumi. Mawar turut berendam dalam air mata kegembiraan. Aku mengucup lembut dahi anak sulungku. Sesekali dia bergerak, merengang lembut tangan kecilnya itu.

"Anak kamu nama siapa? " Perempuan tua itu bertanya. Bila aku fikir kembali, mungkin makcik ini seorang bidan.

"Ilyas. Mohammad Maain Ilyas bin Najmuddin Haji Putera. " Aku menyebut nama penuh anak sulungku sambil menatap mukanya dengan penuh kasih. Inilah anakku. Anak sulungku. Anak yang soleh.


          ••


 Dahlia mengacau Abang Dinkah? " Dahlia datang kepadaku ketika aku sedang menyiapkan bubur panas untuk Mawar.

Selaut KasihWhere stories live. Discover now