Bab 25: Penantian yang Berhujung

25 4 0
                                    

"Cinta? Entah." Dia mula ketawa berdekah.

"Biarlah si bunting tu yang jaga. Pandai buat anak, pandailah jaga si pembikin anak. Siapa suruh mengandung pada masa ini? Menyusahkan!" bentaknya sambil menghentakkan kakinya.

Aku menutup mulut. Dadaku berombak kencang. Api kemarahan terasa membakar hangus tubuhku. Andai bisa abang Din mendengar setiap kata-kata yang keluar daripada isteri keduanya sendiri, sudah tentu dia menyesal kerana menduakan isterinya. Puteri keluar daripada bilik yang berbau harum itu. Aku pun turut serta secara perlahan-lahan. Mataku meliar kerana mencari susuk tubuh Puteri. Seperti harimau menghendap, aku masuk ke dalam bilik dengan pantas.

"Kamu buat apa, Dahlia?"

"Opocot! Ya allah, ibu! Terkejut Dahlia." Aku terloncat setelah mendengar suara ibu. Terasa jantungku bagai hendak luruh.

"Kamu sedang mengintip apa?" tanya ibu lagi sambil melipat baju-baju untuk disimpan ke dalam almari.

"Tiada apalah, ibu."ujarku dengan riak gelisah. Ibu hanya berdiam diri. Tiada balas.

"Adakah Ibu rasa abang Din bahagia dengan Puteri?" tanyaku sambil menolong ibu melipat kain. Ibu berdecit.

"Apalah soalan kamu, ni. Mestilah bahagia. Puteri isteri dia, bukan?" jawab ibu dengan selamba. Agak sukar untuk aku terangkan kepada ibu jika dia tidak mendengar perbualan Puteri dengan rakannya tadi.

"Dahlia rasa Puteri tu jahatlah, ibu. Dahlia rasa dia tidak cintakan abang Din pun." Ujarku lagi. Aku mencebik saat ibu sudah mula bertukar menjadi ketam dan mencuit-cuit pehaku.

"Tidak baiklah kamu cakap sebegitu, Dahlia. Apa pun yang terjadi, jangan masuk campur dalam urusan rumah tangga orang. Tidak elok." kata ibu samil menggelengkan kepalanya. Itulah ibu aku. Suka sangat berfikiran baik walaupun memang patut difikirkan sebegitu. Namun begitu, otak aku tidak mampu berfikir baik selepas mendengar perbualan Puteri. Aku mula rasa tidak senang duduk. Aku akan pastikan dia akan menjaga abang Din esok. Hampir sebulan sudah kak Mawar menjaga abang Din seorang diri.

Usai mengemas bilik, aku keluar untuk mejenguk Ali. Hampir seharian aku tidak melihat anakku seorang itu.

"Ali anak ibu..." panggilku sambil membuka pintu bilik itu. Dia tersengih apabila melihatku.

"Lamanya ibu tak nampak ibu. Ali sedang bermain apa dengan abang Ilyas ni?" Aku duduk di belakangnya. Kepalanya kuusap perlahan-lahan.  Aku melihat Ilyas yang sedang menyiapkan tempat tidur untuk Ali. Bukunya penuh di atas meja. Aku hampir lupa. Ilyas bukanlah budak kecil lagi. Dia sudah berumur 10 tahun. Aku tersenyum melihat dia yang sudah pandai berdikari, menyusun buku di dalam beg sekolahnya.

"Ilyas, pembelajaran kamu di sekolah bagaimana?" tanyaku membasa-basi. Ilyas duduk menghadapku. Matanya memerhati tangan kecil Ali yang ligat bermain dengan patung itu.

"Pembelajaran Ilyas baik sahaja. Cuma tempoh hari, cikgu Ilyas beri banyak tugasan selepas Ilyas dan bonda pulang ke kampung tetapi Ilyas sudah siapkan semuanya." Ujar Ilyas dengan penuh rasa bangga. Aku menepuk tanganku sebagai tanda sokongan.

"Baguslah Ilyas. Nanti boleh ajarkan Ali apabila Ali sudah besar." Pujiku sekali lagi. Ilyas hanya mengangguk laju dengan senyuman. Mungkin dia teruja kerana menganggap dirinya sebagai abang.

"Erm, seronokkah Ilyas dapat bonda baharu?" tanyaku lagi. Aku menggigit bibir. Soalan yang agak bahaya untuk ditanya.

"Bonda baharu? Makcik Puteri?" Ilyas menjawab dengan pertanyaan. Sesekali dia mencebik.

"Entahlah. Tidak seronok. Makcik Puteri selalu keluar lewat malam. Dia tak pernah bawa Ilyas keluar bersiar-siar. Dia selalu cakap dengan kawan-kawan. Bonda sedang menjaga walid di hospital, Ilyas bosan di sini." Ilyas tertunduk sedikit. Buat kali pertama aku mendengar keluhan anak ini. Aku hanya mampu mengusap kepalanya. Pipi itu kucubit.

Selaut KasihWhere stories live. Discover now