*Mawar*
Aku menuruni anak tangga yang sungguh megah dengan hiasan batu marmar yang berkilau itu. Rumah ini sangat berbeza dengan rumah asalku.
Tiap pagi, kelihatan setiap hariku seperti hari kejutan. Aku masih tidak biasa dengan rumah ini. Pasu-pasu yang tersusun di penjuru rumah amat sukar untuk aku bersihkan. Aku tak dapat bayangkan kalau pacu yang jumlahnya mencecah ribu itu jatuh dan pecah kerana tanganku sendiri.
Aku memutuskan untuk menolong Mak Yam apa yang patut. Memasak, mencuci pinggan, membasuh baju, menyapu dan mengemop lantai. Bukanlah satu paksaan bagi Mak Yam kepadaku, malah dia juga berkali-kali melarang aku daripada membuat kerja sedemikian.
Rumah agam ini sunyi. Tiada apa yang boleh aku lakukan. Hendak ke kedai bunga pun, aku masih tidak tahu selok-belok bandar ini.
Kadang-kadang, aku hanya bersiar-siar di taman yang maha luas itu. Aku sering dilanda kebosanan apabila Najmuddin pergi berkerja. Ilyas pula selalu bermain di rumah kawannya.
Sedang aku melihat kepulan awan yang menghiasi langit, aku melihat bonda keluar dari pintu.
"Bonda mahu pergi ke mana? Cantiknya bonda hari ni. " ujarku sambil tersenyum. Kelihatan ibu mertuaku sungguh menawan. Tubuhnya menaik tetapi masih elok disertakan dengan kebaya hijau pisang itu.
"Hah, Mawar. Engkau tolong bersihkan kereta. Aku mahu bawa kawan aku bersiar-siar di bandar. " ujar bonda dalam keadaan tergesa-gesa. Aku mengangguk laju.
Cepat sahaja tanganku mengetuk tempat duduk yang berdebu itu. Cermin kereta kucuci dengan berhati-hati, sengaja aku letakkan bunga kasturi yang kuambil dari belakang agar kereta tersebut bau wangi.
Jeritan bonda mengejutkanku. Aku segera mematikan langkah dan berlari ke arah bonda. Dia kelihatan tergamam melihat kereta itu.
"Mengapa, bonda???" tanyaku cemas.
"Ini, apa ini?! " jerkahnya lantang. Ditangannya, dikepulkannya bunga-bunga kasturi yang aku letakkan dalam kereta tadi.
"M-maaf, bonda. Mawar mahu biarkan kereta bonda bau wangi. Jadi, Mawar letakkan sedikit..." ujarku perlahan. Aku mengigit bibir. Makin tersekat nafas kurasa apabila bonda membuka langkah ke arahku.
Pang! Pipiku terasa panas. Aku menahan air mata daripada mengalir. Tangan bonda pantas menampar pipiku.
"Engkau nak malukan aku depan kawan-kawan akukah, Mawar?!" jeritnya lagi. Rambutku ditarik kasar, disumbatnya bunga itu ke dalam mulutku. Air mataku tidak tertahan lagi. Aku hanya mampu mengucap di dalam hati.
"Engkau jangan ingat aku beri engkau tinggal di sini, maknanya aku sudah terima engkau. Entah apa yang engkau beri makan anak aku sampai dia tergila-gilakan engkau. " ujarnya kasar. Rambutku sekali lagi ditarik dan badanku ditolak sehingga mukaku mencecah tanah.
"Hish, penatlah aku mahu melayan engkau!" Aku melihat bonda berjalan ke keretanya. Dipandunya laju keluar dari perkarangan rumah.
"Ya Allah, Puan Muda!" jerit Mak Yam kuat. Aku hanya melihat Mak Yam sambil menangis teresak-esak. Apa yang lagi teruk daripada ini? Tidak diterima ibu mertuaku sendiri. Aku sentiasa dianggap penumpang. Aku tahu benda ini akan terjadi. Tetapi siapalah aku mengingkari keingingan ibu mertuaku untuk kembali bersama anaknya?
Tubuhku diangkat perlahan-lahan. Perut aku terasa pedih dan cekang ditendang bonda selepas dia menolakku.
"Mak Yam, Mawar baiklah. Jangan risau. " ujarku perlahan. Aku melihat air muka Mak Yam yang berubah.
"Puan Muda, saya minta maaf..." ujarnya tersekat-sekat sambil menangis. Dia terduduk dihadapanku. Tanganku diramasnya berkali-kali. Aku juga turut tenggelam di dalam tangisan kesakitan.
YOU ARE READING
Selaut Kasih
Roman d'amourSeisi alam terpaku dan berhenti melihat wajahmu, Kasturi. Cinta pertamaku. Sekilas ikan di air, ku tahu jantinanya. Namun sekilas pandanganmu ke hatiku, hatiku jadi tak menentu. Sakitkah aku, Mawar?