Bab 19 : Hati Boleh ke Mana?

30 4 0
                                    

*Najmuddin*

Aku bangun awal seperti biasa. Kelihatan Dahlia sudah mengemas ruang tamu, ibu hanya berdiam diri dan berbual dengan Mak Yam. Kewujudan Dahlia tidak dia peduli.

"Eh, si suami pula bangun dulu. Si isteri mana?" jenaka ibu pagi-pagi. Aku hanya tersenyum dan menyalam tangan ibu.

"Mawar masih tidur. Biarlah, dia penat gamaknya. Si Ilyas Maain ni pergi ke mana, ibu? Cucu ibu tu kerja main sahaja" tanyaku sambil menghirup kopi.

      "Ada di luar dengan Tuah. Sedang tengok kambing si Tuah, kerja main pun tak apa. Janji cucu halal." sindir ibu. Aku perhatikan riak Dahlia yang murung, perlahan-lahan dia turun dari tangga.

 "Ibu, saya nak tolong apa?" tanyanya.

"Pergilah kemas rumah. Sapu halaman rumah. Nanti tok kadi datang dengan bakal suami kamu tu" sindir ibu lagi. Aku yang sudah berasa ketengangan mulai berdehem.

  "Dahlia, tolong kejutkan Mawar. Lambat makan nanti perut sakit." ujarku. Dahlia angguk pantas dan berlari mendapatkan Mawar di dalam bilik.

 "Nasi sudah menjadi bubur. Saya tahu ibu tak boleh terima lagi, Mawar juga terkejut. Tetapi apa kita hendak buat?" tanyaku. Aku mengeluh.

 Ibu terduduk lesu. Wajah tuanya mempamerkan muka sedih dan kecewa. Tangannya yang berkedut lapuk itu memicit kepalanya, yang terasa berat bagiku.

 "Sudahlah tu, ibu. Makin lama ibu fikir, makin serabut nanti jadinya. Sekarang ni kita sediakan dulu apa yang wajib untuk akad nikah Dahlia nanti." ujarku, aku memicit lembu bahu ibu. Ibu tersenyum sambil mengusap tanganku.

 Orang ramai sudah pun berada di luar rumah, menunggu jemputan tuan rumah untuk diajak masuk ke dalam. Dahlia berpakaian biasa, berbaju kurung putih dan berselendang. Mukanya tidak begitu ceria, matanya hitam dek air mata.

Aku duduk di tepi tok kadi manakala Mawar sudah mengambil tempat di tepi Dahlia.

  Sedikit bacaan ayat suci menenangkan keadaan yang agak tegang dan keruh, hanya kerabat terdekat sahaja yang datang menghadiri majlis ini. Aku melihat Talib yang sudah pun berasa tak selesa ketika disuruh lafaz.

 "Engkau tunggu apa?" tanyaku apabila sedar Talib sering menjeling ke luar pintu. Matanya terkerdip-kerdip seakan memikirkan sesuatu.

 "Anak, anak bersedia atau tidak?" tanya tok kadi, mulai hilang sabar. Tidak sah perkahwinan ini jika diselangi heningan yang lama. Aku menyiku Talib, dia hanya termenung lama.

"Talib, Talib. Tak guna kau!" jerit Dahlia kuat, Talib sudah pun membuka langkah seribu, melompat daripada tangga rumah. Semuanya dalam sekelip mata, aku tergamam di hadapan tok kadi. Dahlia sudah tenggelam dalam air mata deras.

  "Apa yang terjadi ni, Najmuddin?" Tanya Tok Kadi dengan keliru. Aku menghela nafas yang berat, seakan-akan meremuk dadaku. Aku sendiri runsing.

  "Maafkan saya. Maafkan saya, tok.  ujarku tersekat-sekat. Aku tahu apa yang patut aku lakukan nanti. Dinding rumah yang berkayu itu kutumbuk kuat, bentak dengan perangai sial Talib. Tok kadi itu terkejut, dia hanya mampu menggelengkan kepalanya sebelum dia mengemas barang-barang yang sudah tersedia bagi akad nikah itu.

 Ibu dan Mak Yam sudah bertapa di dapur, tidak mampu untuk melihat kejadian itu. Mawar sedang ligat menenangkan Dahlia yang masih menangis. Kedengaran orang masjid berbisikan antara satu sama lain sebelum mereka mengangkat kaki daripada rumah ini. Memang betul kata orang tua, perahu itu tidak karam sebelah. Aku juga turut merasai kepahitan yang Dahlia alami walaupun pokok hal ini berpunca daripada perbuatannya sendiri.

Selaut KasihWhere stories live. Discover now