Bab 18 : Api Dalam Air

28 6 0
                                    

Mawar

Siang sudah melabuhkan tirainya. Aku berdiri di tepi jendela, melihat sawah-sawah yang kelihatan cantik berada dibawah sinaran bulan. Embun-embun di padi seperti berkilauan kerana pantulan cahaya bintang.

"Sayang tengok apa?" tanya Najmuddin sambil merangkul pinggangku erat.

"Najmuddin, ayuhlah pergi jalan-jalan. " ujarku sambil merenggangkan rangkulannya. Najmuddin hanya menuruti permintaanku.

Kami berjalan di tepi pantai, berpegangan tangan, bergelak ketawa. Sesekali Najmuddin ingin menolakku ke pantai.

"Mawar, ingatkah engkau tatkala hanya kita berdua di sini? Bercinta di bumi ini bagai kita sahaja yang bahagia. Ketika ombak bernyanyi deruan cinta, ketika langit cerah gembira, engkau dan aku bermesra-mesra di sini. " ujar Najmuddin sambil memeluk tubuhku erat.

Aku merehatkan kepalaku di dadanya sambil melihat laut yang kelihatan tiada penghujungnya.

"Mana mungkin aku lupa? Hari yang terindah dalam hidup aku, Najmuddin. Hari yang paling bahagia. Dengan engkau, dengan Ilyas, dengan kita berempat, tak akan aku lupa. " ujarku lembut. Aku tersenyum sambil mengusap tangannya.

"Adakah Mak yam tergolong juga?" tanyanya lagi.

"Tentulah. Tetapi kita berempat lebih membuatkan aku bahagia, bukankah kita satu keluarga. Aku, Ilyas, engkau dan... " ujarku lagi. Aku tersenyum sinis.

"Apa maksud engkau, Mawar..." tanya Najmuddin dalam kekeliruan. Dia berjalan laju berdiri dihadapanku.

"Dan bayi dalam kandunganku. " sambungku. Najmuddin menjerit seperti orang gila. Gempitanya bergema di lautan.

"Tetapi, bila Mawar? Kenapa... ? Bagaimana?" Najmuddin buntu. Pagi itu, aku tidak mahu makan. Mukaku pucat, kepalaku sakit. Mak yamlah yang menemankanku ke klinik ketika Najmuddin pergi ke kerja. Sengaja aku merahsiakan perkara ini daripada Najmuddin.

"Ya Allah, Mawar. Dengan izin Allah, akulah orang paling bahagia. Terima kasih kerana sudi jadi isteriku, ibu kepada anakku. " ujarnya sambil menitiskan air mata. Aku juga turut menangis melihat Najmuddin yang terpana. Sungguh ikhlas kasihnya!

"Anak-anak. " kataku dengan ketawa. Aku dan Najmuddin menghabiskan masa berdua di pantai. Angin malam yang menghembus lembut membuatkan aku getar kesejukan. Kami memilih untuk pulang ke rumah selepas penat berjalan.

Sedang kami berjalan pulang, aku dikejutkan dengan kelibat dua manusia disebalik semak-samun.

"Dahlia! Apa engkau buat ni?!" jerkahku dalam kegelapan melihat Dahlia yang bermesra dengan lelaki itu dalam kegelapan. Lelaki yang paling kukenali.

Aku menarik rambut Dahlia yang semakin panjang, menghempukkan tubuhnya ke tanah.

"Engkau!" Najmuddin mencengkak kolar lelaki itu. Ditumbuknya bertalu sehingga berdarah mulutnya.

"Engkau berdua ikut aku balik! Sekarang!" jerkahku. Aku memegang tangan Dahlia dengan kasar, mengheretnya sampai ke pintu rumah. Habis mukanya berdarah ditamparku.

"Ibu! Ini kerja Dahlia rupanya!" Aku menolaknya ke tangga. Berlari-lari Dahlia mendapatkan ibu dalam tangisan.

"Ya allah, Dahlia, Mawar. Kenapa ni?" tanya ibu dalam kerisauan.

"Ini, dia sedang berzina dengan Talib dalam gelap! Engkau datang sini!" ujarku sambil mencengkak rambutnya. Najmuddin hanya mendiamkan diri. Takkan mungkin aku biar dia berkata. Nanti dia berkata pakai tangan, bukan pakai mulut.

"Aku kesal dengan engkau, Dahlia. Aku pindah ke bandar, aku suruh engkau jaga ibu. Apa yang engkau buat?!" jeritku. Terasa bahang air mataku menyapa pipiku hangat setelah mendapat tahu dia dan Talib sudah melakukannya tidak terkira berapa kali.

Dahlia mencerlung ke arahku. Perlahan-lahan dia turun tangga, pipiku terasa panas ditampar secara kasar.

"Sudahlah! Kerana engkaulah, hidup aku rosak Mawar! Aku mahukan Najmuddin! Kenapa engkau yang jadi suri hati dia? Kenapa tidak aku?! Sepatutnya Talib telah rogol engkau sampai engkau mengandung! Sial! " bentak Dahlia sambil terus menolakku.

"DAHLIA!" Satu tamparan hinggap di pipi Dahlia. Mulutnya berdarah. Aku terpana melihat Najmuddin yang sudah berdiri di hadapanku.

"Jadi engkaulah yang rancang semua ni? Engkau tunggu. Aku heret engkau sampai penjara, Dahlia." gertak Najmuddin sambil berjalan naik ke atas rumah. Dia turun kembali dengan telefon bimbit di tangannya. Dahlia sudah pucat. Badannya terketar-ketar.

"Abang! Tolong! Jangan telefon polis, abang. Dahlia mengandung! Siapa nak jaga anak ini kalau Dahlia masuk penjara, abang?" jerit Dahlia sambil memeluk erat kaki Najmuddin memohon maaf.

"Astaghfirullah...Dahlia..." Aku melihat ibu yang sudah menangis sebelum tubuhnya hampir jatuh ke lantai. Aku menangis mendapatkan ibu yang lemah terkulai dihadapan pintu.

Najmuddin memimpin ibu  ke kamar tidur. Wanita tua itu terbaring lesu di atas katil. Sesekali Mak Yam menyapu wajahnya dengan air suam. Aku hanya mampu menangis mengenangkan hati ibu yang bagai kaca jatuh ke batu.

Aku keluar dari kamar, membiarkan Mak Yam menguruskan ibu. Najmuddin, Talib dan Dahlia dalam ketegangan di ruang tamu.

Aku duduk di tepi Najmuddin. Wajah Mawar kupandang lama.

"Sudah berapa bulan engkau mengandung, Dahlia?" tanyaku sambil menghela nafas yang berat. Dahlia hanya memilih untuk mendiamkan diri.

"Engkau gila ya, Dahlia? Kalau orang kampung tahu, habis engkau conteng arang di muka ibu! Engkau tak fikirkah susah payah ibu membela kita selepas bapa meninggal?? Tergamak engkau. " Sekali lagi air mataku menitis mengenangkan raut tua ibu dan bapa ketika mereka gembira. Betapa hancurnya mereka melihat Dahlia begini.

Nafasku terasa sekat. Aku sangsi melihat adik kandung aku sendiri. Memangnya salah apa yang ibu  lakukan sehingga dia boleh menjadi sebegini rupa?

"Esok kita adakan akad nikah kecil-kecilan." kata Najmuddin, menghentikan amarahku. Dia yang sedari tadi membisu telah berjaya membuat kami bertiga melopong. Najmuddin perasan akan perubahan pada wajah Talib.

"Kenapa? Adakah engkau menyesal hidup kau berkahwin awal? Tuhan bagi otak, engkau letak di mana?" sindir Najmuddin. Hangat sekali. Aku hanya mampu berdiam diri. Sejujurnya aku lebih takut apabila Najmuddin memarahi Talib dan Dahlia dengan kata-katanya, kerna aku tahu lidah lebih tajam daripada pedang.

"Mawar, pergi masuk bilik. Talib, engkau tunggu apa lagi? Pulanglah. Engkau nak berzina depan kami pula? Engkau jangan cuba lari ke mana-mana. Aku akan cari kau sampai lubang cacing. " ujar Najmuddin lagi. Dengan berat hati, Talib pulang. Tercapik-capik dia jalan.

"Hah, engkau Dahlia. Engkau tidur luar. Pakailah baju cantik yang ada untuk esok. Muka cantik, otak tiada." katanya lagi. Aku membiarkan apa sahaja yang diperkatakan Najmuddin menusuk ke telinga Mawar.

Mak Yam sudah berehat di dalam bilik, menemani ibu. Aku memeluk lengan Najmuddin dengan riak wajah kerisauan.

"Jangan risau. Mawar jangan runsing sangat, kasihan anak tu." Ujarnya lembut.

Perlahan-lahan aku baring di atas katil. Terasa luruh tulang-tulangku setelah lama mencengkam, mindaku yang bagai tali bersimpul kini sudah terungkai kembali. Perlahan-lahan aku menutup mata bersama Najmuddin yang mengusap ubunku lembut. Permandangan semakin kabur dan apa yang aku lihat, hanya satu kegelapan terang yang akan disirami dengan mimpi di dunia fantasi.

Selaut KasihWhere stories live. Discover now