"Sudah 3 bulan engkau tidak menjenguk Mawar, Najmuddin. Sudah 3 bulan. Tidakkah engkau rasa engkau sangat keterlaluan?" tanya Walid. Bonda sudah bagai cacing kepanasan di situ. Dia melibas-libaskan selendang merahnya ke leher manakala Puteri hanya mendiamkan diri.
"Jadi, apakah yang patut Najmuddin lakukan sekarang? Ceraikan Mawar kali kedua? Najmuddin perlu tahu siapa diri Najmuddin yang sebenarnya. Mengapa semua penghuni rumah ini seolah-olah menghalang?" tanyaku sambil memegang kepala yang terasa berdenyut.
"Engkau gila, ya Najmuddin? Cerai sahaja dengan Mawar! Engkau sudah tahu seperti apa Mawar perempuannya, bukan?" tempelak bonda. Puteri hanya berpelukan dengan bonda. Dia yang diam sejak tadi sudah bermandikan air mata.
"Apa yang engkau menangis, Puteri? Bukankah Mawar juga isteri aku?" tanyaku sambil menolak bahunya. Marahku menggila saat wajahnya yang tersenyum, berpelukan dengan lelaki lain menerpa dalam ingatanku. Ingin sahaja aku menampar mukanya yang tiada riak bersalah itu.
"Engkau beritahulah semua orang dalam rumah ini! Apakah hubungan engkau dengan lelaki bernama Yusuf itu, yang engkau angkat tinggi ke langit daripada suami engkau sendiri?" Semua orang dalam rumah itu terkejut, terutamanya bonda yang masih memeluknya dengan erat.
Aku mengambil sampul surat berwarna coklat itu daripada tangan Mak Yam. Dia hanya tertunduk lesu, air mata yang laju menitis seumpama menangis kealpaanku. Gambar-gambar di dalam sampul coklat itu kutuang di hadapan bonda. Jatuh semuanya di atas kakinya.
"Bonda tatap gambar itu sehingga habis nafas bonda. Sayangilah menantu bonda ini. Muka sahaja cantik tetapi perangai durjana! Najmuddin bertekad, Najmuddin mahu mencari Mawar. Jika bonda dan walid tidak memberitahu di mana kampungnya, Najmuddin boleh pergi dan mencarinya sendiri. Assalamualaikum." kataku sebelum berlalu dengan hati yang pedih kerana merintih. Mak Yam sudah kembali ke dapur, tidak mahu bertembung mata dengan sesiapa.
Songkok yang terletak elok di atas meja kecil kupakai. Buku nota kecil Mawar dan gambar-gambar Nur Kasih terus laju disimpan di dalam bagasi sebelum aku menuju ke luar pintu. Tiba-tiba kakiku ditarik daripada bawah, kelihatan Puteri sudah jatuh tersembam di atas lantai memohonku supaya tidak tinggalkannya.
"Tolonglah, Najmuddin. Aku minta maaf. Aku berdosa, Najmuddin! Berikanlah aku satu peluang, aku mohon..." serak suaranya bersulamkan tangisan. Jari-jemarinya yang memaut erat pada kakiku ditepis.
"Berikan engkau peluang? Adakah kau masih ingat bagaimana aku terus menceraikan Mawar tanpa memberikannya peluang? Aku patut lakukan sebegitu kepada engkau awal dahulu tetapi aku bodoh, aku memilih sampah daripada permata." Kataku lalu meninggalkannya terpinga-pinga di luar pintu itu, menjerit dan memanggilku.
"Engkau ni siapa?" tanyaku, masih dibelenggu dengan kemarahan.
"Saya Pak Mail." balasnya dengan senyuman. Aku tidak mengenali orang tua ini tetapi sedikit sebanyak mukaku mengingatkan aku kepada seseorang yang terasa sangat rapat. Aku berpaling ke belakang saat bebola matanya melihat seseorang di belakangku.
Mereka saling beranggukan sebelum lelaki tua itu membukakan pintu kereta untukku. Aku melihat Mak Yam daripada sisi cermin, kelihatan mukanya tersenyum, menangis kegembiraan.
Pagi itu aku tidak menjamah sebarang makanan. Perut yang dihiasi dengan irama musik yang rancak kuhiraukan. Aku hanya mahu tiba di destinasi dengan secepat yang mungkin. Aku melihat orang tua di hadapanku, dia diam sejak tadi. Kehadirannya pun menjadi tanda soal kepadaku tetapi jika dia tahu keberadaan Mawar sekarang, dia pasti orang yang rapat denganku dahulu.
Buku kecil yang terletak di atas pehaku dibuka sekali lagi. Aku menarik nafas yang dalam sebelum membaca bait-bait ayat itu.
Aku sangat takut jika aku perlu berpindah ke bandar. Kota yang sentiasa menjadi tanda tanya kepada orang-orang kampung di sini. Ada anak-anak mereka yang sudah berkerja, sesekali membawa orang tuanya berhijrah dan melawati kota raya jauh di sana. Mereka kata suasanya indah, banyak kenderaan yang berkerumuni jalan yang berwarna hitam itu dan banyak juga bangunan yang berlumba-lumba untuk menjadi pencakar langit. Aku masih di sini, bagai katak di bawah tempurung dan aku berasa sangat selesa di sini. Tidak mengapalah jika aku menjadi katak sekalipun. Asalkan aku dapat bersama ibu dan Dahlia.
YOU ARE READING
Selaut Kasih
RomanceSeisi alam terpaku dan berhenti melihat wajahmu, Kasturi. Cinta pertamaku. Sekilas ikan di air, ku tahu jantinanya. Namun sekilas pandanganmu ke hatiku, hatiku jadi tak menentu. Sakitkah aku, Mawar?