Aku masuk ke dalam dunia maya tersebut. Perkara pertama yang perlu dibuat ialah memasukkan akaun dan password seperti permainan yang lain dan seperti biasa aku meletakkan nama aku sebagai 'THE BLANK'. Selepas meletakkan nama , keluar senarai yang menunjukkan puak yang perlu dipilih. Aku berfikir buat seketika
"Hmm....kalau aku nak pilih yang mane heh....." kata aku dalam hati.
Dalam game ni terdapat pelbagai puak iaitu assasin, fighter, mage, maskmen, tank, dan support.
"Hmm...kenape susah sangat nak buat pilihan ni...." kata aku sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
"Aku lebih suka bertarung jarak dekat dari jauh jadi pilihan aku samada assasin, fighter dan tank" kata aku dalam hati.
Akhirnya aku memilih assasin kerana aku suka jenis yang pantas dan kuat. Selepas memilih aku rasa seperti aku lain dan apabila aku membuka mata aku telah berada di tempat yang lain termasuk juga pakaian yang aku pakai telah berubah daripada sebelumnya.
Aku berjalan keliling kawasan tersebut "bagai rusa masuk ke kampung". Ketika sedang berjalan ada seorang remaja mungkin sebaya dengan aku memanggil aku dari arah belakang.
"Hai nama aku Kai" kata remaja tersebut sambil memperkenalkan diri.
"Jadi kaulah the blank" katanya kepada aku. Aku baru teringat yang aku meletakkan diri sebagai 'THE BLANK' dan bukan nama sebenar aku.
"Hooo.... patutlah semua player game ni memandang aku dengan pelik je dari tadi" kata aku dalam hati." hoiiii.. kau dengar ke tidak ni" marah remaja tersebut dan seterusnya telah mengejutkan aku dari mengelamun.
"Ye. Akulah the blank. Maaflah jika tidak memperdulikan kau dari tadi" kata aku kepada lelaki itu.
Aku mula melihan ramaja tersebut dari atas sampai ke bawah. Aku mendapati bahawa lelaki tersebut dari puak fighter kerana dia memakai baju perisai, mempunyai pedang dan berperisai. Ia mundah membezakan tank dengan fighter kerana beza tank mereka menggunakan kapak atau tangan kosong sebab kerja mereka hanya perlu lindungi puak support atau puak marksmen.
Beza fighter dan assasin pula ialah assasin tidak memakai perisai kerana akan melambatkan pergerakan mereka. Dan puak assasin mempunyai hud atau topeng muka untuk menyamar.
"Aku nak kau jadi pathner aku dalam game ni" kata remaja tersebut menyebabkan aku terkejut dengan kata-katanya.
"Mana bolehlah kau dari puak fighter ,aku pula assasin" kata aku.
"Heh...nampaknya kau belum faham game ni sepenuhnya , mari aku terangkan" kata remaja itu.
"Dalam game ni kau boleh memilih untuk bergerak dalam team atau solo. Jika ingin bergerak dalam team, setiap team mempunyai limitnya iaitu sebanyak 10 orang satu team. Ahli dalam team tidak perlu datang dari puak yang sama tapi ahli tersebut perlulah bersetuju dengan menekan butang accept apabila diinvite oleh leader team tersebut. Jadi kau dah faham " tanya remaja tersebut kepada aku selepas menerang tentang game tersebut sambil menekan butang invite pada aku.
Aku pun mengganguk tanda faham apa yang diterangkan olenya. Tertera satu mesej di depan aku. Sebelah kiri butang menerima dan sebelam kanan butang tolak.
Aku pun tekan butang sebelah kiri tanda menerima.
"Yes salamat datang ke team aku" kata lelaki itu kepada aku menyebabkan ramai yang memandang ke arahnya sambil membuat muka tidak puas hati.
"Okey, jadi lepas ni jangan panggil aku the blank lagi tapi panggil nama sebenar aku iaitu Toru" kata aku kepada Kai.
"Okey Toru" katanya kepada aku.
YOU ARE READING
THE GAMER WARRIOR
AventuraCerita ini mengisahkan tentang seorang pemain game yang berada di ranking teratas(GAMER) yang akhir telah termasuk ke dalam game selepas memcuba game baharu yang diterima daripada sebuah syarikat yang tidak diketahui..... nantikan apa yang akan berl...