BAB8:THE MEETING

35 1 0
                                    

            Aku, Ace dan Haruka masuk awal ke dalam bilik perbincangan. Kami menunggu beberapa orang leader untuk setiap skuad.

            Selepas beberapa minit menunggu, muncul satu per satu leader setiap skuad.

            Leader yang pertama sampai ialah Ace. Leader dari skuad tank.

            Leader yang kedua pula ialah Haruka. Leader dari skuad assasin. Dia terpilih menjadi leader skuad assasin kerana teknik penyamaran dan pergerakannya yang pantas dan sukar diduga.

              Leader ketiga yang sampai ialah Fiona Hertafilia. Leader dari skuad sapport. Dia terpilih menjadi leader kerana mempunyai magic healer yang sangat kuat dan dia juga pandai dalam menjimatkan tenaganya.

               Leader keempat pula ialah Amy Oceana. Leader dari skuad mage. Dia mempunyai kekuatan magic yang paling tinggi dan nilai tenaga yang banyak sekali.

               Yang kelima tiba ialah Leon Bastia. Leader dari skuad fighter. Dia mempunyai susuk badan yang tegap dan mempunyai kekuatan yang sangat luar biasa serta mempunyai perisai yang keras dan sukar untuk ditembusi.

                Yang terakhir ialah Clint. Leader untuk maksmen. Dia dipilih kerana mempunyai mata yang tepat dalam menembak dan pelurunya boleh menembusi dinding yang keras.

                Dengan itu bermulalah perbincangan hari ini iaitu tentang ketua tingkat dua.

                "Skuad kita telah mendapatkan beberapa maklumat mengenai ketua tingkat dua" kata aku sebagai permulaan. Semua orang senyap dan memberikan tumpuan sepenuhnya untuk apa yang akan disampaikan oleh aku.

                 "Ia dikenali sebagai grood. Koordinat kedudukannya masih lagi tidak diketahui.Dia mampu menghasilkan tumbuhan untuk menghalang kita daripada pergi dekat dan dia boleh mengawal tumbuhan untuk menyerang kita semua. Serangan terhebatnya ialah POISON DESTROY. Serangan mampu membuatkan kita lumpuh untuk beberapa jam. Sebab itu ramai yang terkorban ketika hendak menyerangnya. Ada apa-apa soalan." Kata aku sebelum menamatkan perbincangan.

                "Macam mana kau melakukan serangan kau yang terkuat hari tu ketika melawan ketua pertama" tanya skuad leader untuk skuad mage iaitu Amy kepada aku.

                "Maksud kau Hell Slash" tanya aku semula kepadanya. Dia pun menganguk.

                " ianya ialah secrat tecniq semua orang mempunyainya apabila orang itu mencapai level 20." Kata aku kepadanya.

                 "Berapa level awak sekarang ni" soalan dilontarkan oleh Haruka pula.

                  "Itu awak tidak perlu tahu" kata aku kepadanya.

                  Apabila aku teliti, nampaknya level mereka belum mencapai level 15 lagi. Aku pun mendiamkan diri.

                  "Kita akan bertolak dalam masa 5 hari dari sekarang. Jadi korang mempunyai masa untuk tingkatkan kebolehan kamu dan skuad kamu. Jadi saya sebagai leader kumpulan ni menamatkan perbincangan. Dan nama kumpulan kita ialah THE GUARDIAN." Kata aku sebelum semua leader beredar.

                   Sebelum beredar aku melihat ke arah Haruka. Haruka berjalan perlahan ke arah aku.

                    "Boleh awak latih saya dan skuad saya esok. Awakkan merupakan seorang assasin juga" katanya kepada aku.

                     "Boleh tapi korang kena berada di hutan tepat pukul 7.00 a.m" kata aku.

                     "Ok..." katanya dengan ringkas sebelum beredar

THE GAMER WARRIORWhere stories live. Discover now