Di Stadium Altar City, beberapa orang sedang menunggu ketibaan ketua yang akan memimpin mereka semua menentang ketua di peringkat pertama.
Selepas beberapa minit menunggu akhirnya ketua tersebut pun tiba. Dia mulakan dengan memberitahu tentang kekuatan dan kelemahan ketua pertama.
"Selamat datang saya ucapkan kepada semua guardian sekalian. Pertama sekali anda semua telah berada di sini untuk mencapai satu misi iaitu menewas ketua dalam game ni. Pertama sekali, nama saya adalah KIZIHAYA KAMITO. Kamu semua boleh memanggil saya sebagai Kamito leader untuk kumpulan ini. Okey, saya akan memberitahu tentang kelemahan dan kekuatan yang dikumpul daripada hasil penyelidikan kami. Kelemahannya adalah, dia akan melontarkan perisai dan senjatanya apabila life barnya berada pada tahap kritikal iaitu merah. Kekuatannya pula adalah empat ekor tentera kecil yang mempunyai nyawa dan kekuatan yang tinggi manakala dia mempunyai life bar sebanyak tiga puluh ribu" kata Kamito leader pasukan tersebut.
Semua menjadi terkejut termasuklah aku sendiri apabila memberitahu jumlah nyawa ketua pertama kerana nyawa mereka tidak sampai seribu pun.
"Guardian semua, saya nak kamu semua bentuk beberapa kumpulan untuk diberikan tugas masing-masing" kata Kamito kepada semua.
Ramai leader yang mengajak aku untuk masuk ke kumpulan mereka. Aku tidak tahu bagaimana hendak memilih. Akhirnya, aku ternampak seseorang yang menutup dirinya dengan hud.
"Adakah dia berseorangan" fikir aku.
Aku pun mula mendekatinya dan apabila sampai.
"Awak tidak mempunyai kumpulan lagi ke" tanya aku padanya dan dia pun menggeleng kepala tanda tidak mempunyai pasukan.
"Awak nak jadi ahli kumpulan saya" kata aku kepada dia.
Aku terpaksa memggunakan panggilan saya-awak dengan dia kerana mengikut pandangan dia merupakan seorang perempuan.
Dia membalas pertanyaan aku tadi dengan anggukan sahaja.
Aku mula menghantar invite kepada dia dan pula menekan butang accept.
"Kita sebagai guardian sekarang ini tidak boleh takut kerana kita perlu melindungi nyawa yang berada dalam bahaya" kata perempuan tersebut kepada aku. Aku tahu dia berkata sebegitu kerana melihat muka aku yang terkejut selepas mendengar bilangannya life bar ketua pertama.
Selepas itu, kami beredar dari stadium itu selepas habis semua perkara yang ingin diberitahu kepada kami dari leader Kamito.
Kami semua perlu berehat secukupnya pada malam ini untuk pertarungan epic esok.
YOU ARE READING
THE GAMER WARRIOR
AdventureCerita ini mengisahkan tentang seorang pemain game yang berada di ranking teratas(GAMER) yang akhir telah termasuk ke dalam game selepas memcuba game baharu yang diterima daripada sebuah syarikat yang tidak diketahui..... nantikan apa yang akan berl...