BAB9: TRAINING

35 1 0
                                    

             Aku sampai awal sebelum Haruka dan skuadnya. Ketika sedang menunggu aku terlihat Leon dan skuadnya bergerak ke dalam hutan.

             "Haii.... awak tengok apa tu." Tanya Haruka membuatkan aku terkejut dari lamunan.

             "Jadi mana skuad awak." Tanya aku kepada Haruka.

             "Tuuuu" kata Haruka sambil menunjukkan belakang aku.

             Terdapat empat orang kesemuanya, dua lelaki dan dua perempuan bermaksud ada enam orang puak assasin dalam guardian.

             "Pertama perkenalkan diri kamu" kata aku kepada mereka berempat.

              "Nama saya ialah Sento. Saya merupakan antara yang tertua dari kami beempat. Kuasa saya ialah ice sword." Katanya kepada aku.

              "Nama saya pula ialah Himeka. Kuasa saya adalah belati yang mampu mengawal tanah." Kata salah seorang gadis kepada aku.

              "Nama saya pula ialah Tagiyama. Awak boleh panggil saya Tagi. Saya mempunyai spear yang boleh mengeluarkan kuasa api." Kata salah seorang yang bernama Tagi.

              "Nama saya pula ialah Denese. Saya adik perempuan kepada Haruka. Saya mempunyai pedang yang mengawal air." Kata adik kepada Haruka tersebut.

               "Okey...nama saya pula ialah Toru. Saya merupakan leader untuk kumpulan kamu yang dinamakan sebagai Guardian" kata aku kepada mereka.

                Mereka beempat seperti terkejut besar kerana orang yang melatih mereka merupakan leader untuk kumpulan mereka.

                "Jom kita bergerak sekarang takut lewat pula pulang nanti." Kata aku kepada mereka semua.

                Ketika berjalan di dalam hutan. Tiba-tiba terdengar suara orang menjerit.

               "ARGHHHHHHH" kami semua bergegas ke sana.

                Apabila tiba di sana, kami terperanjat bahawa skuad sapport telah diserang oleh sekumpulan Orc yang bewarna biru.

               Kelihatan Fiona dan skuadnya cuba melawan tapi walaupun mereka ramai mereka masih tidak cukup kuat untuk melawan mereka.

               Tanpa berlengah mereka iaitu Sento, Himeka, Denese, Tagi dan Haruka mengeluarkan senjata mereka masing-masing dan menyerbu ke arah kumpulan Orc tersebut.

               Aku hanya melihat pertarungan itu sahaja dari jauh.

               "HIYARHHHHHHHH" laung Haruka sambil mengeluarkan kuasanya. Satu letupan berlaku tapi tidak menjejaskan Orc itu langsung.

                Denese berjaya memutuskan kepala salah seekor Orc. Lalu semua Orc menyerbu ke arahnya dengan laju kerana marah. Tiba-tiba,

                "ZUSSSHHHHHH" semua Orc mati dengan satu libasan gelombang yang kuat dan telah mengejutkan semua orang.

                 Orang yang menghasilkan gelombang itu ialah Toru. Semua orang memandang ke arah aku tanpa berkelip.

                Aku mula mengubah topik dengan berkata :

                "Jom kita sambung bergerak sebelum lewat" kata aku.

                 Mereka tanpa bertanya banyak dan hanya mengikut langkah untuk memasuki hutan .

                  Mereka berjaya menaik level mereka walaupun masih lagi terkejut dengan apa yang berlaku terhadap semua Orc tadi.

             

             

THE GAMER WARRIORWhere stories live. Discover now