"Hei Toru, jom ke hutan ,kita buat sedikit latihan sebelum balik" ajak Kai kepada aku
"Tapi aku masih tidak mempunyai senjata" kata aku kepada Kai.
"Kalau kau nak tahu , senjata kau telah ada dalam diri kau cuma kau perlu pandai mengeluarkannya" kata Kai kepada aku.
"Kau ikut seperti yang aku suruh lakukan" kata Kai lagi kepada aku.
Aku mengikut sepertiyang disuruh oleh Kai akhirnya selepas beberapa kali memcuba, keluar satu cahaya dari belakang aku. Selepas cahaya cahaya itu mula menghilang keluarlah satu pedang yang tersisip kemas di belakang aku.
Aku menari pedang tersebut. Dan Kai yang duduk di sebelah terkejut besar.
"Dia berkata kepada aku bahawa pedang itu merupakan salah satu pedang yang sangat jarang dan berkuasa" katanya kepada aku.
Aku berpaling semula ke arah pedang tersebut dan melihat pedang itu dengan jelas. Pedang tersebut bewarna hitam dan mempunyai jalur yang bewarna putih dan merah.
Aku berkata kepada Kai bahawa aku ingin mencuba kekuatan pedang tersebut.
Ketika sedang berjalan memcari mangsa. Aku dan Kai merasakan kawasan yang kami pijak bergegar.
Kami melihat ke depan, apa yang kami lihat adalah satu per satu pokok tumbang dan akhirnya keluarlah seekor Orc yang tiga kali ganda besar daripada kami.
"Lariiiiiiiii" kata aku menyebabkan membuka aku dan Kai membuka langkah seribu sambil memegang senjata kami.
Kai sedikit lambat kerana dia merupakan jenis fighter manakala aku pula assasin. Aku mula mengangkat hud dan bersembunyi di sebalik kawasan gelap di dalam hutan tersebut.
"Toruuuuu..kau memang tidak guna" kata Kai sambil menyumpah seranah aku kerana Orc masih lagi mengejarnya.
"ZUSHHHHH"
Satu libasan menyebabkan kepala Orc tersebut terputus dari badan. Kai memandang ke arah belakang dan mendapati Orc itu telah mati akibat terkana libasan pedang aku.
"Siapa yang tidak guna " tanya aku kepada Kai. Kai membuat senyuman malu.Kitorang berehat dipadang tersebut selepas keletihan kerana dikejar oleh Orc tadi.
Aku cuba menekan butang log out tapi tidak boleh keluar. Kai berkata kepada aku bahawa kita semua tidak boleh keluar selagi tidak menewaskan ketua di peringkat pertama hingga seratus. Kata-kata Kai membuatkan aku terkejut.
"Telah ramai yang cuba menewas ketua pertama tapi ramai juga yang telah terkorban menyebabkan ramai orang takut. Yang terkorban dalam dunia ni terkorban juga di dunia yang sebenar" kata Kai dan sekali lagi mengejutkan aku.
Malam itu, kami tidur di rumah yang dibeli oleh Kai dalam game tersebut.
Keesokan harinya aku memberitahu Kai bahawa aku ingin ke bandar yang kedua dalam peringkat pertama ini.
Aku telah keluar dari team Kai. Semata-mata ingin ke bandar kedua dan mencari pintu kedudukan ketua yang pertama
Aku mengharungi pelbagai rintangan yang datang seperti serigala, Orc, dan raksasa-raksasa lain.
Akhirnya aku tiba di bandar kedua dengan kecedaraan yang teruk dan life bar di tepi aku menunjukkan nyawa aku berada pada tahap merah iaitu tahap kritikal.
Aku memulihkan badan yang cedera di bandar tersebut.
Selepas badan aku pulih sepenuhnya, aku membuat keputusan untuk menyertai satu organisasi yang akan ke tempat ketua pertama dalam masa dua hari lagi. Nama organisasi tersebut ialah 'THE GUARDIAN OF ALTAR CITY' iaitu organisasi yang dicipta untuk melindungi bandar ke dua.
YOU ARE READING
THE GAMER WARRIOR
AdventureCerita ini mengisahkan tentang seorang pemain game yang berada di ranking teratas(GAMER) yang akhir telah termasuk ke dalam game selepas memcuba game baharu yang diterima daripada sebuah syarikat yang tidak diketahui..... nantikan apa yang akan berl...