Haruka bangun sambil menjeling tajam ke arah Orc tersebut. Orc tersebut berlari dengan laju ke arah Haruka. Tapi dengan tiba-tiba Haruka hilang.
Haruka muncul semula di hadapan Orc tersebut membuatkan Orc terkejut. Satu tumbukan daripada Haruka menyebabkan Orc itu terbuang jauh ke belakang.
Kami yang melihat situasi itu tidak mampu berkata apa-apa. Orc itu bangkit dengan keadaan yang marah. Lalu sekali lagi meluru ke arah Haruka tapi Haruka lenyap sekali lagi.
Orc itu berpusing-pusing mencari Haruka.
"Hei...tidak guna ,aku di sinilah." Kami mendengar suara Haruka. Kami melihat ke arah datangnya suara itu.
Kelihatan Haruka sedang terapung di udara sambil memegang pedangnya.
"Secret Tecniq, Lightning Sword." Kata Haruka.
Berpuluh-puluh pedang terapung di belakang Haruka. Orc itu terkejut melihat pedang yang terapung.
"HIYARHHHHHHHH". Laung Haruka membuatkan semua pedang bergerak ke arah Orc tersebut.
"BOOOOMMMMM." Satu letupan besar terhasil. Debu yang berterbangan mulai menghilang dan menampakkan Orc yang sudah mati akibat ditusuk beratus pedang.
Haruka akhirnya rebah menyembah bumi. Aku mengangkat Denese yang pengsan dan letakkannya di hadapan Fiona agar dirawat. Haruka juga aku angkat dan letakkan di sebelah Denese. Haruka pengsan kerana kehabisan tenaga.
Tiba-tiba ratusan Orc berlari ke arah mereka selepas melihat koloninya yang mati selepas diserang oleh Haruka.
Aku menyuruh Fiona melindungi Haruka dan yang lain. Aku bergerak ke hadapan untuk menentang dengan semua Orc yang datang.
"Ultimate tecniq." Tangan kanan aku telah mengeluarkan satu api yang bewarna hitam.
"Hell Burn, Amaterasu." Semua Orc yang datang ingin menyerang kami semua mati akibat dibakar oleh api hitam tersebut.
Semua yang melihat terkejut kerana semua Orc yang sangat sukar untuk ditewaskan hangus terbakar.
Bukan sahaja puak assasin dan sapport yang melihatnya malah seluruh ahli Guardian juga terkejut dengan kuasa di depan mereka.
Aku mengangkat Haruka manakala Denese pula diangkat oleh Ace yang kebetulan berada di situ selapas melihat semua Orc terbakar.
Kami membawa mereka pulang ke rumah tempat kami menginap untuk mereka dapatkan rawatan.
Pada masa yang sama aku merasakan diri seperti tidak berguna kerana tidak dapat melindungi dan menjaga mereka seperti yang dijanji sebagai seorang leader.
YOU ARE READING
THE GAMER WARRIOR
AdventureCerita ini mengisahkan tentang seorang pemain game yang berada di ranking teratas(GAMER) yang akhir telah termasuk ke dalam game selepas memcuba game baharu yang diterima daripada sebuah syarikat yang tidak diketahui..... nantikan apa yang akan berl...