Semua guardian bersiap sedia dengan peralatan mereka tapi bagi puak assasin mereka hanya perlu menyediakan senjata mereka. Tidak seperti yang lain perlu memakai sut besi, perisai, kapak dan banyak lagi.
"Dengar semua sentiasa berhati-hati dan jaga diri kamu. Ingat berjuanglah dengan bersungguh-sungguh dan jangan menyerah" kata-kata Kamito membuatkan semua guardian bersorak.
Selepas Kamito membuka pintu ke gelanggan pertempuran. Semua guardian berlari dengan pantas dan menyerang ketua.
"Hiayaaaaaahhhhhh!!! Pekikkan para guardian.
"ROOOOARRRR!! Ngauman ketua pertama.
Aku dan perempuan tersebut sedang menyerang dua ekor pelindung kepada boss tersebut.
Salah seekor mahu menyerang perempuan tersebut tapi sempat dihalang oleh aku. Kami sambung menyerang sehingga dia mati.
Aku melihat ke arah pertempuran dengan ketua dan aku sangat kagum dengan Kamito kerana setiap arahannya menjadi.
Kemudian aku sambung menewaskan pelindung kepada ketua pertama. Kami dapat menewaskanya dengan mudah disebabkan oleh bantuan mage.
Aku dan perempuan tersebut berhenti buat seketika kerana banyak menggunakan kuasa.
Pertempuran antara bos pertama dan kumpulan lain akhirnya hampir tamat kerana life bar ketua pertama menunjukkan ianya berada dalam keadaan kritikal.
Akhirnya ketua pertama melontarkan perisai dan kapaknya. Kamito memberi arahan agar guardian lain berhenti menyarang.
Kamito mengambil keputusan untuk menyerang ketua pertama dengan segala yang dia ada tapi maklumat yang diperoleh tidak benar ketua pertama bukan meletakkan senjata tapi mengeluarkan senjata yang lebih bahaya.
Tanpa disedari oleh Kamito, ketua pertama melompat tinggi dan menyerang Kamito. Menyebabkan semua orang ke belakang hasil daripada impak jatuh ketua pertama.
Selepas debu mulai menghilang, semua guardian tergaman kerana Kamito telah tewas di tangan ketua pertama.
Semua guardian menjadi marah dan mula menyerang ketua pertama tapi tidak berhasil kerana sejata yang digunakan oleh ketua pertama bukan senjata biasa.
Senjata yang digunakan ialah sebuah pedang besar dan panjang. Kamito sedang terbaring lemah. Aku mendekati Kamito. Dia memberikan aku sesuatu dan berkata:
"Kamulah ketua untuk kumpulan guardian ni pula...tolong lindungi semua orang" kata-kata terakhirnya sebelum lenyap.
Aku mengangkat black sword aku dan bersedia untuk menyerang ketua pertama sambil memegang sebuah rantai yang diberikan oleh Kamito tadi.
"Hiyaaaaaahhhhh!! Aku berlari ke arah ketua yang pertama dengan laju dan bersedia untuk menyerangnya.
Bersambung....
YOU ARE READING
THE GAMER WARRIOR
AdventureCerita ini mengisahkan tentang seorang pemain game yang berada di ranking teratas(GAMER) yang akhir telah termasuk ke dalam game selepas memcuba game baharu yang diterima daripada sebuah syarikat yang tidak diketahui..... nantikan apa yang akan berl...