BAB6:EPIC WAR(2)

51 2 0
                                    

              Aku meluru terus ke arah ketua yang pertama dengan laju. Aku melibas pedang aku ke arahnya dan pada ketika itu aku melihat jalur dan tulisan purba pada pedang aku mengeluarkan cahaya yang bewarna merah.

              Ketua pertama turut melibas pedang besarnya. Dan akhirnya pedang kami berdua bertembung dan menghasilkan impak yang sangat kuat.

               "BOOOOOMMMMM"

                Menyebabkan lantai tempat kami berpijak merekah. Aku dan ketua pertama terpelanting ke belakang. Tiba-tiba ketua pertama meraung kerana sakit.

                Rupa-rupanya perempuan tadi (team aku) menyerang ketua yang pertama dari belakang tanpa dapat diketahui. Kami semua tergamam buat seketika.

                 Ketua pertama dengan marah melibas pedangnya ke arah perempuan itu(aku tidak tahu nama) dan perempuan tersebut tidak sempat   untuk mengelak.

                "BOOOOOMMMMM" satu lagi impak yang besar berlaku. Ketua pertama terkejut kerana melihat aku menahan serangannya.

                 Akibat dari menahan serangan tersebut, aku dan perempuan tersebut terbuang ke belakang. Kami tidak dapat bergerak buat seketika kerana menahan sakit.

                 Tanpa disedari, ketua pertama telah berada berada di hadapan kami sambil mengangkat pedang besarnya. Aku dan perempuan tersebut berasa takut dan terkejut. Tiba-tiba

                 "BOOOOMMMMM" satu impak yang kuat dari arah balakang aku menyebabkan ketua pertama terbuang kebelakang.

                 Apabila aku berpusing ke belakang, aku terkejut kerana yang menahan serangan ketua pertama tadi ialah kunpulan tank.

                 Semua orang dari kumpulan kami dengan pantas berlari ke arah ketua pertama.

                  Ketika ketua kumpulan tank itu, menolong aku dan perempuan itu bangun dan berkata:

                  "Terima kasih kerana telah memberikan mereka masa untuk berehat leader dan sekarang masa untuk kamu berdua pula berehat" aku terkesima dengan kata-katanya sebentar tadi.

                  Ketua pertama bangkit dengan marah kerana melihat sekumpulan orang datang untuk menyerangnya. Ketua pertama mengangkat pedangnya tinggi dan pedangnya mula mengeluarkan cahaya yang bewarna hijau. Apabila ketua pertama melibas pedangnya, satu serangan yang maha besar datang ke arah kumpulan tersebut. Ramai yang menahan serangan itu mangakibatkan ramai yang cedera teruk terutamanya kumpulan tank yang berada di barisan hadapan.

                   Ketua pertama melompat sangat tinggi untuk melakukan serangan seperti yang dilakukan olehnya kepada Kamito. Tanpa berlangah aku mengumpul tenaga aku ke dalam pedang dan menyebabkan tulisan purba dan jalur pada pedang itu becahaya merah.

                   "Secret tecniq, HELL SLASH" satu serangan yang lebih besar daripada ketua pertama tadi menuju ke arah ketua pertama tersebut selepas dilibas oleh aku.

                    Mereka semua kembali menyerang ketua pertama selepas ia tumbang selepas terkena serangan besar tadi dan akhirnya perlawanan tamat selepas life bar ketua pertama menunjukkan kosong.

                   Semua orang gembira kerana telah tamat perang menentang ketua pertama. Semua orang bersorak dengan kuat sekali.

                  "Tahniah kepada semua yang telah berjaya menewaskan ketua pertama" kami semua terdiam buat seketika dan memberikan perhatian kepada suara itu.

                   "Kamu semua boleh ke tingkat dua melalui kawasan teleportasi yang berada di belakang kerusi ketua pertama, dan kamu semua akan diberi tiga pilihan hadiah dimana kamu hanya boleh memilih satu sahaja daripada tiga pilihan tersebut, semoga berjaya di tingkat yang kedua" suara itu pun lenyap.

                    Aku memilih sebuah kot yang bewarna hitam sebelum ke belakang kerusi ketua. Selepas kami memasukinya kami telah lihat sebuah kawasan yang luas dan lebih cantik daripada tingkat pertama. Kami berjalan bersama-sama mencari bandar di tingkat dua tersebut untuk merawat kecederaan dan memulihkan tenaga kami semula.

                                            
                   

THE GAMER WARRIORWhere stories live. Discover now