"DUSHHHHHHHHH"
Semua orang tergamam selepas aku ditumbuk oleh Leon.
"Kenapa kau tidak selamatkan mereka." Katanya kepada aku yang sedang terduduk akibat daripada tumbukan Leon yang kuat itu. Sebenarnya Leon marah kerana Denese cedera kerana Denese merupakan buah hatinya.
"Leon, sudahlah tu . Bukan salah...." kata-kata Ace tergantung apabila aku bangun dan menghalangnya.
Aku merenung ke arah Haruka dan Denese yang sedang terbaring di atas katil dan masih tidak sedarkan diri.
"Aku memang tidak guna kerana tidak mampu melindungi mereka." Kata aku.
"Aku tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Kamito dengan betul." Kata aku lagi.
"Kalau aku tidak bodoh termasuk ke dalam perangkat Orc hari itu semua ini tidak akan terjadi." Tambah aku lagi.
Aku menekan butang setting kemudian, aku mencari nama Ace. Aku memberikan jawatan aku sebagai leader kepada Ace. Semua orang terkejut dan tidak mampu mengeluarkan kata-kata.
"Sekarang leader korang adalah Ace." Kata aku sebelum menekan butang yang bewarna merah iaitu keluar pada klan.
"Tolong jangan beritahu Haruka dan Denese tentang aku keluar pada klan ini." Ace hanya mengangguk. Tidak mampu mengeluarkan walaupun sepatah perkataan.
Aku keluar dari rumah tersebut dengan perasaan hiba kerana terpaksa bersendirian lagi.
Aku bergerak ke bandar untuk membeli makanan dan sebagainya.
Tiga hari kemudian.
Level aku sekarang ini sudah 365. Selepas bertarung siang dan malam. Level aku cepat naik kerana berlawan di waktu malam, pada waktu malam raksasa-raksasa yang menyerang adalah berpuluh-puluh kali ganda lebih kuat berbanding waktu siang. Sedang berjalan di dalam hutan, tiba-tiba aku terlanggar sebuah pintu yang sangat besar. Aku membuka pintu tersebut dengan berhati-hati.
Ketika melangkah masuk ke dalam, tiba-tiba pintu gergasi itu tertutup dengan sendiri dan semua lampu menyala dengan sendiri sehingga ke lampu yang terakhir, aku tergamam seketika kerana terserlah seekor raksasa sedang duduk di atas kerusi. Raksasa itu berbadankan kayu yang dililit dengan akar-akar yang menjalar.
"Grooooddd...." itu sahaja perkataan yang keluar dari mulut aku.
Grood kemudian bangun dari tempatnya kemudian menhentakkan kaki di lantai. Keluar akar menjalar memegang aku. Aku tidak dapat bergerak walaupun sedikit.
Grood kemudian mencipta sebuah penukul dan perisai daripada akar dan batang pokok. Dia meluru ke arah aku sambil mengangkat penukulnya yang besar.
"GROOOOAAAHHH."
BERSAMBUNG...
YOU ARE READING
THE GAMER WARRIOR
AdventureCerita ini mengisahkan tentang seorang pemain game yang berada di ranking teratas(GAMER) yang akhir telah termasuk ke dalam game selepas memcuba game baharu yang diterima daripada sebuah syarikat yang tidak diketahui..... nantikan apa yang akan berl...