Sebuah parti telah dilakukan secara kecil-kecilan di sebuah kedai. Kami mengadakan parti sempena kemenangan ke atas ketua pertama. Aku duduk di balkoni kawasan tersebut sebelum datang seseorang dengan memakai hud.
Dia ialah perempuan yang menjadi kumpulan aku ketika Kamito masih merupakan leader kumpulan tersebut.
Dia membuka hudnya dan menunjukkan rupanya. Aku terkejut buat seketika, seorang perempuan yang cantik mempunyai mata dan rambut bewarna oren.
"Hai, nama saya Kosaka Haruka. Selamat berkenalan." Katanya sambil senyum ke arah aku.
"Err...nama...saya Hazen Toru. Err...selamat berkenalan". Kata aku pula.
"Jadi awaklah leader kumpulan ni sekarang" tambahnya lagi.
"Ya ..." ringkas sahaja jawapanku.
"Awak boleh panggil saya Haruka dan saya juga nak mengucapkan terima kasih sebab menyelamatkan saya hari tu" katanya lagi.
"Awak boleh panggil saya Toru dan memang tugas saya untuk melindungi korang semua." Kata aku pula dengan gugup.
"Haiee...kene cakap saya awaklah pulak." Bisik aku perlahan.
"Oi....dating ke" kata seseorang dari arah pintu.
Apabila kami melihat ke arahnya, jelaslah satu susuk tubuh yang sasa sedang berdiri di situ. Orang itu ialah Ace leader untuk skuad tank. Gelaran yang diletakkan kepadanya ialah Ace the Giant kerana badannya yang besar dan kuat.
"Ehh...tidak ada apa-apalah" kata aku ringkas.
"Habis kenapa duduk dekat luar ni, berdua-duaan pulak tu.... jomlah masuk". Katanya pulak.
"Tidak apalah kau masuklah dulu" kataku pula.
"Jomlah kita dah mula nak berbincang ni awak pun sama" kata Ace sambil menundingkan jari telunjuknya pada Haruka.
"Baiklah.." kata aku pasrah. Aku dan Haruka masuk ke kedai diiringi oleh Ace.
YOU ARE READING
THE GAMER WARRIOR
AdventureCerita ini mengisahkan tentang seorang pemain game yang berada di ranking teratas(GAMER) yang akhir telah termasuk ke dalam game selepas memcuba game baharu yang diterima daripada sebuah syarikat yang tidak diketahui..... nantikan apa yang akan berl...