Haruka dan ahli-ahli assasin yang lain termasuklah dengan Fiona dan ahli-ahli sapport yang lain masih lagi mendiamkan diri walaupun ketika makan.
Manakala ahli-ahli puak lain masih lagi bercerita tentang pengalaman mereka semasa berlatih tadi.
Aku demi menghilangkan suasana itu. Aku meminta izin untuk ke balkoni selepas siap mencuci tangan.
Ketika di balkoni, Haruka datang dan membuat renungan yang tajam ke arah aku. Aku kehilangan kata-kata buat seketika.
"Macam mana awak boleh membunuh kesemua Orc yang kuat sebegitu dengan hanya satu serangan sedangkan saya telah menggunakan sepenuh tenaga untuk menghapuskan salah seekor." Tanya Haruka kepada aku dengan panjang lebar.
"Sebenarnya level saya sekarang ini ialah 78." Kata aku menyebabkan Haruka terkejut.
"Macam mana." Tanya Haruka lagi kepada aku.
"Aku bukan berasal dari bandar Altar tapi bandar East yang berada berpuluh-puluh kilometer jarak ketika di tingkat 1 . Dalam masa perjalanan ke bandar Altar, aku telah melawan beribu-ribu musuh yang kuat dan ganas. Aku beruntung kerana sampai ke bandar Altar dalam keadaan yang kritikal dan tidak mati. Dalam masa perjalanan juga aku telah menaikkan level dan kemahiran aku." Kata aku kepada Haruka.
"Sebab itu jugalah Kamito memberikan aku tanggungjawab sebagai leader kepada Guardian, seorang leader boleh melihat level dan life bar orang bawahnya." Kata aku lagi.
"Woooo...jadi patutlah kau hebat semacam ketika melawan ketua pertama." Kata seseorang dengan tetiba membuatkan aku dan Haruka terkejut.
Rupanya orang itu Ace." Patutlah kau tidak mahu memberitahu kami apabila ditanya dalam mesyuarat hari itu." Katanya lagi.
"Aku berasa sangat kagum sebab mempunyai ketua sekuat engkau." Kata Ace lagi.
"Korang tidak marah ke sebab aku dah menipu korang." Tanya aku dengan gugup pada Ace dan Haruka.
"Kenapa pula kitorang nak marah. Kau tipu pun bersebab." Muncul semua ahli-ahli Guardian di belakang Ace termasuklah dengan leader yang lain.
"Kalau level kau rendah mesti kami sudah mati tadi." Kata Fiona dan disokong oleh semua ahli-ahli puak sapport yang lain.
"We need you help Toru." Kata Haruka pula kali ni.
"Saya akan tolong awak semua." Kata aku pula.
Malam itu aku dan Haruka serta semua puak assasin yang lain bercakap seperti sedia kala semula.
Keesokan harinya, aku tiba di padang pada pukul 7.05 a.m. Aku lewat 5 minit seperti yang dijanjikan membuatkan semua puak assasin dan sapport menjadi marah.
Demi mengelakkan berlaku pertengkaran, aku terus mengajak mereka ke hutan untuk berlatih. Dalam hutan kami menjumpai beratus-ratus makhluk yang berbahaya.
Kami menewaskan mereka dengan mudah sehinggalah kami termasuk dalam jerat seekor Orc. Kami semua tidak boleh bergerak kecuali Haruka. Haruka terpaksa menewaskan Orc tersebut untuk melepaskan kami semua.
Haruka menggunakan penyamaran dan menyerang Orc tersebut dari belakang tapi tidak berjaya kerana Orc tersebut berjaya mengesan Haruka.
"ARGHHHHHHH." Haruka menahan rasa sakit selepas diserang oleh Orc tersebut.
Haruka tidak mengalah dan cuba menyerang lagi tapi sekali lagi tumbukan yang kuat terkena pada Haruka menyebabkan dia terbuang jauh ke belakang. Aku mengetap gigi kerana marah tapi aku masih lagi tidak boleh bergerak.
Orc itu bergerak ke arah Denese dan menumbuk Denese dengan kuat sehingga terpelanting jauh menyebabkan gadis itu pengsan.
Kami tidak mampu membuat apa-apa. Kami hanya melihat dengan perasaan yang marah.Tiba-tiba kami merasakan sebuah kuasa yang kuat dari arah belakang.
Kami berpusing dan melihat ke arah belakang. Kami terkejut kerana Haruka bangun dengan darah merah mengalir di kepala tapi bukan itu sahaja pedangnya mula bercahaya dan terdapat tulisan purba terlakar pada pedang Haruka.
BERSAMBUNG...
YOU ARE READING
THE GAMER WARRIOR
AdventureCerita ini mengisahkan tentang seorang pemain game yang berada di ranking teratas(GAMER) yang akhir telah termasuk ke dalam game selepas memcuba game baharu yang diterima daripada sebuah syarikat yang tidak diketahui..... nantikan apa yang akan berl...