; 02

456 91 17
                                    


Tiitt--

Bunyi kata laluan dimasukkan aku sebelum melangkah masuk ke dalam bilik Min Yoongi. Sudah hampir setahun kami berkahwin. Agak terkejut jugalah dia tak pernah minta kami bercerai.

Aku tahu dia marah kalau aku masuk, tapi dia nampak macam tak sihat. Aku bawa masuk segelas mug coklat panas lalu diletakkan di atas meja kerjanya.

Yoongi tengah tidur...

Aku melutut di sebelahnya. Kepalanya diletakkan di atas meja beralaskan tangan. Aku usap pipinya. Mulus. Walaupun pucat tapi kulitnya lembut. Aku senyum. Bahagianya dapat sentuh lelaki ni. Kami tak pernah bersama selepas kahwin. Tapi aku tak kisah. Aku hormat kehendak dia. Aku dekatkan wajah kami. Cuba merasakan haba panasnya.

Dahinya aku kucup lama..

Aku tergesa-gesa bangun saat dia bergerak sedikit. Gelas mug aku capai dan aku berdiri menunggu dia buka mata.

"Erm." Dengusan halusnya kedengaran sebelum matanya digosok perlahan. Masih mengantuk mungkin.

"Sayang, saya ada buatkan coklat panas. Minumlah." Aku pegang sedikit bahunya. Dia masih menggosok matanya.

"Sayang.. " Sekali lagi aku cuba memanggil. Aku tahu dia benci panggilan tu tapi aku tak peduli. Aku memang sayang dia.

Tidak mempedulikan aku dia terus menghadap komputernya. Menekan papan kekunci dan membiarkan suasana sunyi. Aku mengeluh kecil.

"Sayan.."

"Aku dah kata jangan panggil aku macam tu, kan?"

Masih tak memandang aku..

"Tak, ni saya ada buatka.."

"Siapa bagi kau kebenaran masuk dalam bilik ni? Aku dah kata kau tak boleh masukkan?"

Suaranya meninggi sikit. Aku dah biasa tapi aku tetap takut.

"Awak nampak macam demam, jadi saya buatkan coklat panas." Aku hulurkan gelas biru itu kepadanya.

"Keluar."

"Awak minumlah du-"

"Aku kata keluar!"

Mug kaca itu pecah di lantai. Aku tergamam. Kasar dia bangun sebelum melangkah keluar. Aku masih berdiri di dalam bilik itu saat aku dengar pintu rumah berdentum kuat. Aku masih berdiri di situ saat deruman kereta sayup-sayup aku dengar meninggalkan rumah.

Aku melangkah keluar, menuju ke dapur dan mencapai kain buruk. Sudah aku hafal rutin sebegini. Aku kembali ke bilik Yoongi. Melutut membersihkan kotoran tadi. Serpihan kaca aku kutip teliti. Tak mahu diherdik lagi jika terpijak lelaki itu.

Kenapa buat saya macam ni?

Kenapa awak bencikan saya macam ni?

Kenapa sakitkan saya lagi?

Janganlah...

Yoongi..

Janganlah...

Air mata aku jatuh. Mengaliri pipi menuju ke dagu lalu menitis ke lantai. Aku tumpas. Aku tumpas dengan sikap Yoongi.

"Min Yoongi, janganlah.. "

Aku tekup muka. Menyembunyikan esakan. Aku tak mahu dia dengar aku menangis kalau dia tiba-tiba balik nanti.

Tapi esakan aku makin menjadi. Aku tak boleh tahan air mata aku lagi. Aku jadi lemah kalau macam ni hari-hari. Aku jadi lemah sebab dia, Min Yoongi.

Min Yoongi...

Janganlah..


hurt to love ; mygWhere stories live. Discover now